Pages

Friday, November 19, 2010

Shades Contest

Masa tengah syok menjalankan aktiviti BW, aku terjumpa la ngan satu contest ni.. anjuran Miss Genit.. tanpa membuang angin masa, aku pon nak try join la.. mana tau, untung nasib badan, dapat menang hadiah misteri dari Miss Genit dan Cik Mok.


Banner contest by Miss Genit a.k.a cik sab



Di sini, aku nak pertaruhkan 2 keping gambar aku yang hensem dan bergaya.. kalu kehenseman aku masih tak dapat memikat hati juri tak tau la~ ekekeke..



Gambar ni diambil semasa penyampaian hadiah dan malam persembahan juara Festival seni Universiti Malaya 2009/2010.. aku sebenarnya tumpang pegang je piala tu. Piala tu diperoleh sempena kemenangan pasukan dikir barat kolej aku dalam festival seni tu.. aku selaku penyamar pengurus telah menyusup masuk kedalam majlis dan berjaya menculik piala kemenangan untuk bergambar bersama aku...(-_-;) yang paling tak tahan, nak masuk dalam majlis tu kena beli tiket.. tapi aku berjaya masuk secara percuma.. penjaga tiket kat depan pintu masuk tu tak tahan pon aku untuk cek tiket.. barangkali dia ingat aku artis kot~ siap bergaya ngan baju kot ngan kaca mata itam lagi.. aku rasa aku la manusia paling hensem pada malam tu sebab orang lain pergi pakai baju t-shirt biasa je.. pakai baju cap pagoda ngan seluar pendek..aku pulak siap berkasut kulit hitam kau~

walaupon berasa sedikit bersalah kerana menyeludup masuk secara haram, aku cuba mententeramkan hati aku agar hilangkan rasa bersalah tu.. kurang2 aku pergi sebagai pengurus la jugak malam tu.. hanya malam tu je la.. sebelum ni bukan aku pon pengurus.





kerana kurang yakin dengan kehenseman yang aku miliki, aku pertaruhkan lagi sekeping gambar aku bersama ayie.



Gambar ni aku bersama ayie bergambar di atas motor vespa sempena malam pesta muda-mudi dinner Majlis Anugerah Kinabalu (MAK) di kolej kediaman aku. Tema pada majlis malam tu ialah retro.. tu yang kitaorang bergaya sakan sampai iras-iras sarip dol, samseng kampung dusun..

Aku rasa, ni la MAK paling bermakna selama aku berada di UM.. walaupon agak kesunyian selepas ketiadaan member2 kamcing yang lain, namun tema pada malam tu betol2 menghidupkan suasana... dan aku rasa pada malam ni la paling banyak aku bergambar bersama chikaro2.. hahahaha~ selama ni aku susah nak bergambar ngan pompuan. maklum la aku ni kan pemalu xD

Paling best pada malam tu, setiap orang ada gelaran masing2.. ye la, dah malam retro.. penampilan masing2 terus berubah sama sekali. ada yang jadi sarip dol, ada yang jadi cikgu mahmood, ada yang jadi cikgu shaari.. hoh~ macam2 la...habis nama jadi klasik.. setiap kali aku tengok gambar pada malam MAK ni, aku tersenyum sorang2.. memori lama menjelma kembali.. bila lagi agaknya aku dapat berjumpa lagi ngan member2 lama aku... terasa sayu juga dalam hati kerana terpaksa berpisah dengan member2 di UM.. tak tersangka perkenalan kita dah sampai penghujungnya..tapi kitaorang still berhubung walaupon sepatah SMS.. 

terima kasih aku ucapkan kepada Miss Genit a.k.a cik sab dan cik mok sebab sudi buat contest ni... secara tak langsung, aku dapat juga berkongsi cerita ngan korang.. dapat jugak aku godek2 koleksi gambar dalam laptop buruk aku ni..


bagi memenuhi syarat2 contest ni, aku terpaksa memilih 4 mangsa untuk di tag.. wAhAHAhaHAhA (ketawa jahat!!!)

mangsa pertama : Lydia Miza (akak yang suka pakai Spek itam)
mangsa kedua : Ayie (memorabilia)
mangsa ketiga : Mia suka berangan
mangsa keempat : Biskut

kepada mereka yang kena tag, dan kepada mereka yang tak kena tag tapi nak join contest ni, korang boleh tengok syarat2 contest ni kat belog Miss Genit.


4 Orang mengumpat:

ghost said...

belum pernah lagi nih join contest nih shatooman..hehe

sab said...

wow. penceritaan yg menarik..
memori itu indah! :)

btw..u're the only one guy yg join. hihi. tq vry much!!

salam kenal dr miss genit ya.

tq :) keep in touch always.

m i a said...

wow..thanks ek

Unknown said...

biskut : sy pon kali pertama join contest ni~ nmpk menarik je..

cik sab :salam kenal..lelaki melayu terakhir?? ekeke~

mia :kena join tau.. mana tau blh menang.. ^^