Pages

Saturday, April 30, 2011

Gula Gula yang sedap

Baru ni ada aku terbaca kat akhbar tabloid pasal kumpulan ala-ala Kpop,Wonder Gilrs versi Malaysia.. sedar tak sedar rupanya diorang dah ada fanpage kat pesbuk.. Yang menariknya, kumpulan yang bergelar Gula Gula ni dah pon menjadi isu hangat biarpon album masih belum keluar.. dah mula mengumpulkan peminat dan hater sendiri..hmmm, sebenarnya ramai yang tak puas hati dengan penampilan mereka.. aku sendiri pon masa mula-mula tengok gambar gula gula ni, mengucap panjang.. perghh!!! mini skirt yang hampir menampakkan bontot~ secara otomatik aku dah mengumpulkan dosa sebab aku tengok gambar tu banyak kali..

Admin fanpage tu pon menjadi isu apabila hanya membenarkan komen-komen yang menjilat bontot sahaja bertempek kat wall diorang ala-ala Dr. Rozmey dulu.. niat aku bukanlah untuk mengutuk atau menghina..cuma nak nasihat je la.. walaupon 4 orang dari anggota gulagula tu non-muslim, tapi masih ada 2 orang yang beragama Islam dan pakaian mereka....hmmm, nak jadi Kpop ke, bollywood ke, tak salah.. tapi jagalah pemakaian tu.. Malaysia ni negara umat Islam. Walaupon mereka non-muslim, sekurang-kurangnya jaga la sensitiviti masyarakat kita.. Mereka nak jadi artis dan idola kepada masyarakat.. kena la tunjukkan contoh yang elok skit kepada umum.Kalau mereka tu ahli masyarakat biasa, tak la orang kisah sangat kalau nak pakai seksi pon..tapi mereka ni artis..

Admin fanpage gulagula ada membuat permohonan maaf pasal isu pakaian ni.. katanya, 4 orang yang non-muslim tu tak mengapa dan aku nak quote skit statment pasal 2 orang yang muslim tu.. katanya "BAGI DUA ANGGOTA KAMI YANG BERAGAMA ISLAM.. PIHAK PENGURUSAN AKAN MEMASTIKAN BAHAWA MEREKA AKAN MEMAKAI PAKAIAN YANG LEBIH SOPAN IA ITU JIKALAU MEREKA PAKAI SHORTS ATAU SKIRT, IANYA AKAN DI GAYAKAN JUGA DENGAN STOKIN GELAP HITAM YANG TIDAK MENAMPAKKAN KULIT".. hmm, adakah admin ni faham makna aurat?? Sekali lagi aku tegaskan, bukannya nak memaksa mereka tu untuk tutup aurat lingkup.. sekurang-kurangnya, janganlah sampai memberikan dosa kepada lelaki dan menegangkan urat yang tak sepatutnya tegang..kang tak pasal-pasal gambar depa yang jadi modal kepada lelaki-lelaki gersang...



Fanpage yang penuh dengan fan dan hater..


fuhhh..siapa tak kecur liur gini~ ehh, tambah lagi dosa aku..



p/s : biarlah peminat menerima kita kerana bakat..bukan kerana body...
p/s/s : maaf kalu entry ni ada kelucahan..tak berniat pun nak melucah berat2.. (macam la tak pernah sebelum ni)

Friday, April 29, 2011

video log

Video blogging atau juga disebut vlog sekarang ni semakin mendapat perhatian masyarakat kita lebih-lebih lagi di kalangan blogger..Vlog mudah tersebar dengan menggunakan pelbagai medium seperti yang femesnya Youtube dan kat Malaysia, kita dah ada 1tube.. Kalau sebut pasal vlog, rasanya kita dah tak asing mendengan nama Anuar Hadi dan Mat Luthfi... Depa berdua merupakan vlogger yang femes kat Malaysia ni.. Aku amat tertarik ngan vlog diorang lebih-lebih lagi Mat Luthfi yang penuh lawak jenaka dan pekat dengan loghat utaranya..

Selain depa, aku suka layan video sorang mamat Jepun kalu tak silap aku.. Namanya Ryan Higa atau juga disebut NigaHiga. mungkin korang pernah layan kot dan aku je yang ketinggalan mengikuti video beliau.. pecah perot aku layan mamat Ryan ni.. Kalu korang tak pernah tengok video dia, kat bawah ni ada aku letak satu.. Selain video-video ni, Ryan Higa juga pernah berlakon movie pendek yang bertajuk ASS (Agents of Secret Stuff )..tajuk pon x boleh blah...Kalu time boring, boleh la kalu korang nak layan~



I’m a Pirate, Take Me To Stranger Tides!

Ahoy, mateys!Ahoy, mateys!Ahoy, mateys! Huh...aye..aye sir!!!


Dalam kesibukan kota yang memeningkan kepala aku sekarang, ingin rasanya aku bersantai dan berkelah di tepi pantai.. ahhh..sungguh aman dan damai sekali.. anginya yang sepoi-sepoi bahasa itu menampar pipi mulusku ibarat kekasih berpisah bertahun lamanya..Ehh...apa aku melalut sampai bersajak, bersyair nih.. tapi alangkah indahnya jika aku berpeluang merehatkan jiwa dan ragaku di lautan yang berair tenang.. hmmm, sebut pasal laut ni, pasti tak dapat dipisahkan dengan lanun.. walaupon lanun cetak rompak berada kat darat, tapi jadi lanun cetak rompak tak best..jadi lanun betul kat laut la best... bila dah sebut pasal lanun, maka secara otomatik otak akan teringatkan Jack Sparrow!! yeahh...Pirate of the Caribbean kini kembali lagi.. alangkah bestnya kalu aku dapat jadi macam Jack Sparrow.. sungguh seronok kehidupan sebagai lanun ni. korang nak tahu kenapa bestnya menjadi lanun ni??

Ahoy,

Bebas..
Yang pertamanya best jadi pirate ni sebab dapat hidup bebas.. korang nak pergi mana pon takde siapa yang sekat.. Kalau jumpa polis marin, lari!!!! hahahaha... kan senang hidup macam ni.. nak masuk negara mana pon suka hati je, asalkan tak tersempak dengan Polis Marin dan Navy..tak perlukan passport, tak perlukan visa. Dan pengembaraan di lautan memang sangat-sangat menyeronokkan. boleh jumpa binatang pelik-pelik, pulau-pulau pelik..ekk..macam mana pulau pelik tu?? memang sah dah aku terpengaruh ngan movie..ekekkeke





Ahoy, 


Emas
Pirate ngan emas ibarat aur dengan tebing.. memang tak boleh dipisahkan.. Kalu jadi pirate ni boleh kumpul emas banyak-banyak dengan hasil rompak orang (tak baik nih..), cari harta karun kat pulau-pulau, mintak dengan lanun lain..ekkk~ Bila dah kumpul emas, maka kita akan kaya!! Bila dah kaya, semua benda pon boleh dapat.. Kalu aku kaya, benda mula-mula aku nak mestilah perempuan.. hahaha mesti ramai perempuan dok gila-gilakan aku nanti.. Jangan ingat kaya tu tak penting... nak kencing pon kena bayar zaman sekarang ni. ehh, jadi pirate, kecing kat laut je la..apa jadah pulak nak masuk tandas awam ;p



Ahoy, 

Geng
Yang ketiganya ialah geng..Heh, bila dah jadi pirate mesti la ada geng.. wohohoho punya la ramai kawan-kawan dok tinggal sekali atas kapal.. kawan tu kan penting dalam hidup kita.. Haaa.kalu jadi pirate, tak susah nak cari kawan.. pilih je yang mana ada atas kapal tu. Dah tu pulak, semua orang atas kapal akan bekerja sama untuk memastikan perjalanan di laut bergerak lancar.. kan tolong-menolong tu amalan mulia.. Kalu kat darat ni, masing-masing buat kerja sendiri, sampai kawan pon takde... oh, sadisnya kehidupan...


Kalu boleh, ingin lagi aku letak sebab lain, kenapa kehidupan seorang pirate tu best.. Sering aku berangan nak jadi pirate dan mencapai tiga sebab utama ni.. Harap-harap nanti Jack Sparrow sudi la rekrut aku masuk dalam geng piratenya.. perghh!! boleh naik black pearl nanti.. Tapi kalu Jack Sparrow tak nak terima aku  sebab dia tak berminat nak buat aktiviti perlanunan kat area Malaysia ni, harap-harap dapat invitation dan tiket dari Nuffnang untuk menonton Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides in 3D pon dah kira Ok.. ekekeke... 

Ahoy, 

Pirates of the Caribbean 4

Ahoy, mateys!Ahoy, mateys!

Ujian Kesucian

Sempena aku dok sibuk dengan exam sekarang ni, maka aku sungguh cemburu dengan korang yang tak kena exam dan yang dah habis exam... cis..seyes aku dengki!!! disebabkan kedengkian aku tu, maka aku telah mengambil keputusan untuk turut memberi test kepada korang.. Senang je testis test aku ni.. aku namakan test ni Ujian kesucian otak..hahhaha..kalu korang nak tahu tahap kesucian otak korang, maka jawablah test aku ni dengan melengkapkan perkataan di bawah..


1. ZAKA_

2. B_AH DAD_

3. PANT_ _

4. J_MAK

5. P_K_

6.PELI_


Dah dapat jawapannya?? Harap-harap jawapan korang tu betul dah.. berapa banyak perkataan lucah yang timbul dalam otak korang berdasarkan 6 soalan tersebut? semakin banyak jawapan lucah yang korang beri, maka semakin banyaklah salah korang dan itu membuktikan otak korang memang penuh dengan kelucahan..hahaha... Aku yakin, kalu Ayeem Ayam yang jawab, mesti 100% jawapannya salah..ekekeke.. gurau je ayeem~  yang penting kita enjoy!!!




Jawapan yang sebenarnya ialah, 1.  ZAKAT, 2. BUAH DADU, 3.PANTUN, 4. JAMAK, 5. PAKU, 6. PELIK





Wednesday, April 27, 2011

Otok molek!!!

Ramai ke yang tak faham tajuk entry tu? Hmmm..hari ni memang aku otok molek!! atau juga otok sungguh!!! Otok molek tu sebenarnya serabut sungguh.. ye..serabut dengan bersungguh-sungguh..bukan olok-olok.. memang sangat-sangat serabut bila nak kena mengadap nota je sepanjang waktu.. besok baru start first paper untuk final exam ni.. memang kena pulun habis-habis la kali ni..nak berblog pon tak sempat.

Oleh kerana sangat bosan dan tension dengan kertas-kertas, maka aku mengagahkan juga diri untuk mencuri masa bagi menjenguk blog ni. tengok-tengok, makkk aiihh... trafik tiba-tiba mencanak menjulang awan walaupon aku tak update hampir 2 hari.. tengok pulak kak shout box, ramai yang datang menyinggah.. aku mintak maaf sebab tak boleh balas kunjungan korang hari ni..insyaallah besok lepas exam, kalu ada masa, aku akan BW.. tengok-tengok, akak LM pon dah tertanya-tanya tu pasal takde entry terbaru.. sori kak.. sibuk nak berperang ngan nota jap hari ni. entry tak berpekdah ni je yang mampu dibuat. dah la tertekan sebab belum tido lagi ni.. besok exam tengah hari..huhuhu..


sabar ye kak.. nanti habis exam dulu..ekekeke



p/s : doakan kejayaan aku~ fuh..fuh...aku tak sanggup dah dok kat UM ni.. nak balik kampung!!!

Tuesday, April 26, 2011

Seluar Dalam

Sesiapa pon mesti pernah pakai seluar dalam kan?? ada jugak ke yang tak pernah pakai?? ish..ish..ish... Aku sendiri tak tahu, kenapa seluar dalam tiba-tiba muncul dalam kepala otak aku dan aku boleh terlintas nak tulis entry ni. Kali ni aku nak bagi beberapa fakta sikit pasal seluar dalam.. lepas dok godek-godek encik google tadi, dapat la jumpa beberapa perkara pasal seluar dalam ni..


1. Wanita di Eropah tak memakai seluar dalam, sehingga tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

2. Menurut undang-undang di Thailand, adalah menjadi satu kesalahan jika keluar dari rumah tanpa memakai seluar dalam.

3. 67.5% lelaki gemar memakai seluar dalam berwarna putih.. ehh, ye ke?? jarang la aku nampak seluar dalam putih tersidai kat ampaian blok lelaki...

4. Kebanyakan lelaki sekarang dah tak pakai seluar dalam kerana dah digantikan dengan boxer.

5. Seluar dalam yang ketat akan menyebabkan suhu 'buah' lelaki akan berubah dan akan mempengaruhi 'kesihatan' sperma yang dihasilkan.

6. Untuk memastikan kesuburan sperma, lelaki disarankan tidak memaki seluar dalam semasa tidur.

7. Dalam bajet 2011, cukai import ke atas seluar dalam telah dihapuskan..  

8. Superman adalah orang paling bodoh kerana memakai seluar dalam disebelah luar. 

9. Lelaki gila seks suka mencium bau seluar dalam wanita.. uiihh..apa punya bangang la~

10. Selain tilam, cadar, dan bulu, seluar dalam jenama levi's juga dijadikan bahan bukti dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari.

11. Seluar dalam kegemaran aku ialah cap Body Glove..ekk, perlu ke aku bagitau?

12. Lepas berkhatan dulu, aku hanya boleh memakai seluar jika memakai seluar dalam. Kalu tak pakai seluar dalam memang takleh nak pakai seluar sebab..... ahhh...orang lelaki je yang tahu~







p/s : aku tak tahu apa motif entry ni..
p/s/s : berita menarik pasal seluar dalam, klik SINI.






Monday, April 25, 2011

Pencarian Blogger of the year

Aku biasanya kurang minat nak join apa-apa contest or event.. ada la skali-skala bila rasa nak meroyan, aku join la jugak. sekarang ni aku tengok ramai blogger yang join pertandingan Blogger of the year yang dibawakan khas oleh DiGi WWWOW.

Ramai blogger pakat dok berlumba dan mempromote blog masing-masing termasuk blogger-blogger otai.. tetiba rasa menarik gila. Maka aku pon dengan malu tak malu turut join jugak. Saja je aku nak menyemak kat sana.. Nak menang?? sori derr... aku masih jauh ketinggalan dengan orang lain. visitor pon 3,4 orang je kot yang datang setiap hari. dah la orang yang sama je.. terima kasih kepada korang kerana masih memberi sokongan kepada blog buruk aku ni.. ^^

Tujuan aku join semata-mata nak meriahkan suasana je.. nak kasi ramai skit. Baru nampak hebat sikit orang yang menang jika ramai saingan.. dan pendahulu liga sekarang ni tak lain mestilah otai Ben Ashaari.. Memang calon pemenang pilihan aku kot~ Kalu korang rasa nak support aku skit-skit, boleh klik SINI. Haa...nk undi kena log in pesbuk dulu ye.. pastu masukkan word verification then sahkan.





Connecting People

Tengok je ayat connecting people, mesti semua dah tahu kan? memang dah takde benda lain selain Nokia. Bila cakap pasal Nokia ni, aku nak bagitau kat korang bahawasanya sepanjang aku hidup bergelumang dengan henset ni, aku tak pernah pakai model selain Nokia.. memang kipas susah mati Nokia ke, aku sendiri pon tak tahu.. yang pastinya aku pilih Nokia sebab senang nak guna. tak pening-pening macam model lain...

Antara model Nokia yang paling femes ialahh 3310 dan sampai sekarang pon orang masih pakai..dan ikut sejarah aku, model 3210  pulak adalah model henset yang paling lasak.. 3210 aku dulu pernah terjatuh dari tingkat 9 dan habis pecah cover.. tapi telefon still boleh pakai. sampai sekarang telefon tu ada pada aku. tapi tersadai dalam almari. tak mau pakai dah sebab sedikit berat.ekekeke.. Nokia mula memperkenalkan model butterfly yang merupakan model pertama ada infra red kalu tak silap aku..Antara model lain yang femes masa dulu ialah Nokia sabun, daun... perghh..masa dulu, kalu boleh pakai henset dah kira hebat dah. sekarang ni macam dah jadi keperluan pulak untuk setiap orang.

Macam-macam model dah aku dah pakai dan aku sendiri tak berapa ingat, dah berapa kali aku tukar henset..Yang paling aku suka ialah Nokia 3220.. alah, yang ada lampu liplap-liplap kat tepi tu..aku panggil telefon disko. telefon pertama yang aku pakai ada kamera dan beli pakai duit sendiri..hahahaha..sebelum ni beli mintak duit ngan ayah aku. ;p Teringat pulak masa dulu-dulu..telefon sebiji punyalah mahal.. paling kurang pon RM500-RM600... sekarang harga tu dah boleh beli telefon yang 3G kot~ simcard dulu pon paling kurang RM100 sekeping.. Sekarang RM5 pon boleh dapat..demm!!!

Yang menariknya, Nokia sampai sekarang masih gah dengan empayarnya walaupon semakin banyak saingan. Siap boleh keluar model baru lagi.. tengok iklan, dah ada Nokia E7. Apa yang menariknya dengan E7 ni? kalu nak tahu baca kat SINI.. aku tertarik jugak ngan Nokia E7 ni.. sebabnya boleh main game Angry Birds.. ekekeke... Game paling best kot buat masa sekarang.. Yeah!!! hapuskan vavi-vavi tu semua!!!!!




Telefon Daun
Telefon Sabun
Telefon disko


3310 yang paling femes


3210 paling lasak
Terbaru, E7





















p/s : aku dah abes main game Angry Birds

Sunday, April 24, 2011

Jeans

Masa dulu-dulu, aku paling tak suka kalu pakai seluar jeans. Rimas gila rasa.. Dulu asyik-asyik seluar snail original, camel dan seangkatan dengannya. Walaupon tak suka, tapi ada la juga 2,3 helai tu tersemat kat dalam almari.. pakai jarang-jarang.. Paling benci kalu pakai jeans ni kalu time nak berak.. uhh..punya la seksa, kena pulak jenis yang ketat-ketat.

Tapi sejak masuk U, aku lebih banyak pakai seluar jeans la pulak.. sebabnya mesti korang tahu kan? Malas nak membasuh la..ekekeke.. biasanya, seluar biasa sekali pakai je aku dah basuh. tapi kalau jeans ni boleh la pakai 3,4 kali.. Tapi dulu, jeans pun aku basuh setiap kali pakai. cuma bila diajar oleh member-member, baru aku pandai menjadi malas untuk basuh setelah 3,4 kali digunakan. betul ke pakai jeans 3,4 kali baru boleh basuh? memang korang pon buat gitu ekk?? ke aku ngan member-member aku je yang jakun dan pemalas? Tapi takkan semua member-member aku pemalas..hmmm...

Dulu memang aku tak suka kalu tengok perempuan pakai jeans. Nampak macam perempuan murahan la pulak.. ye la, aku yang lelaki pon tak pakai jeans.. tapi sekarang takde la pulak pemikiran macam tu. rasa ok la pulak tengok perempuan pakai jeans. cuma memang aku tak suka kalu perempuan pakai jeans yang ketat-ketat.. yang ni memang aku tak leh nak terima. bukanlah nak kata aku baik sebab aku pon jahat jugak. tapi kalu pakai jeans yang lenggang-lenggang skit tak boleh ke? memang aku tak suka tengok perempuan pakai jeans ketat. apa jadah la nak tunjuk bentuk peha, bontot tu kat orang. Pernah aku kata kat chikaro dulu sampai aku isytiharkan perang dingin, " cantik sangat la tu pakai seluar ketat sampai orang boleh ukur saiz punggong tu"...

Hmmm...kepada perempuan yang terasa tu, sori le... sebab aku cakap apa yang ikhlas dari hati aku ni. korang nak kutuk aku balik ke, lantak korang la..cuma aku nak korang pikir soalan aku ni...

1) Bangga ke dapat tunjuk saiz bontot korang kat orang lain?
2) Tak seksa ke korang nak buka seluar bila tiba-tiba perot tu memulas?
3) Tahukah korang, bentuk badan dan anggota perempuan itu adalah aurat?


tak perlu la korang jawab soalan ni kat aku. jawab je dalam hati sendiri...papepon, sebelum aku kena hentam balik, aku blah dulu...lariiii!!!!!!!!!!!!!!



Friday, April 22, 2011

Antara raja dan menteri

Malaysia adalah negara yang mengamalkan sistem beraja sejak ribuan tahun dulu lagi. Masyarakat melayu dilihat begitu mementingkan kedaulatan raja sebagaimana yang kita dapat lihat dalam cerita Hang Tuah, Hikayat Parameswara, Che Siti Wan Kembang, Merong Mahawangsa dan sebagainya.. Raja diangkat menjadi pemimpin dan ketua kepada rakyat jelata dalam segala hal sehingga raja diberikan kuasa mutlak pada masa lalu. Bagi aku, Raja itu perlu kita patuh dan taat selagi baginda tidak melanggar hukum syarak dalam pemerintahannya. Para Raja dan Sultan itu adalah ketua pemerintah. Dalam Islam sendiri pun amat mementingkan taat setia kepada pemerintah dan menjadi rukun dalam khutbah Jumaat untuk mendoakan pemerintah.

Perdana Menteri dan para menteri serta ahli-ahli dewan undangan negeri semua tu adalah pentadbir. Wakil rakyat adalah dipilih oleh rakyat daripada rakyat untuk rakyat. Maknanya, para wakil rakyat, menteri-menteri semua tu adalah pekerja kepada rakyat. Perdana Menteri adalah ketua pentadbir dan bukannya ketua negara. Jawatan Ketua negara itu disandang oleh KDYMM Yang Dipertuan Agong. Para Menteri termasuk Perdana Menteri adalah pekerja kepada rakyat. Bukannya tuan kepada rakyat.

Apa yang memelikkan sekarang ni ialah, masyarakat kita terlalu mengagungkan para menteri dan menganggap Perdana Menteri dan Para Menteri tu sebagai orang besar dan perlu dipatuhi dan ditaati.. Sebaliknya pula, para Raja dan Sultan pula di ejek dan dikutuk dengan sesuka hati. Dimana Istilah Tuanku kepada para raja? Tuanku itu sendiri adalah perkataan dari "Tuan Aku".. tapi masyarakat kita sekarang dah berani melawan tuan sendiri.. tapi mengangkat pekerja sendiri sebagai tuan baru.. Maksud aku, bukanlah sampai perlu menghina Para menteri, tapi cukuplah sekadar memberi sokongan kepada mereka dalam pentadbiran. Tak perlu la sampai mengangkat mereka sampai ke langit. 

Para Raja yang patut di agungkan tak pula diangkat dan disanjungi. Istilah menghadap sembah kepada raja bukanlah sampai perlu menyembah mereka. Tapi biarlah hormat dan taat kepada mereka. Raja itu tuan kepada kita. Maka layanlah tuan itu seperti yang sepatutnya. Sungguh sedih apabila melihat kedaulatan seorang Ketua dan Tuan dicemari sehingga ada yang sanggup menyumpah seranah dan berani menyaman kedudukan raja. Sudahlah golongan ultra kiasu menghina raja, Melayu sendiri pun kini sudah berani menyanggah kedaulatan mereka.

Thursday, April 21, 2011

Salahkan lelaki

Kalu diperhatikan, Blog yang selalu bincang pasal jiwang-jiwang, kapel-mapel, cintan-cintun ni kebanyakannya mesti blog perempuan. Jarang sekali ada blog lelaki macam tu.. bukan takde tapi susah nak jumpa.. tu pilihan masing-masing la..korang nak cakap pasal apa pun, tu hak korang.. ada sesetengah orang suka kutuk blog-blog jiwang ni. Bagi aku, kalu rasa blog macam tu tak menarik, baik tak payah baca la.. tak perlu nak kutuk-kutuk. kehendak dan pendapat masing-masing berbeza.. 

Ada juga blog jiwang-jiwang yang best dilayan.. yang penting adalah gaya penulisan yang menarik.. tapi aku nak cerita sekarang ni, apa pasal kalu cerita bab cintan-cintun ni, selalunya asyik lelaki je yang kena hentam?? sikit-sikit salahkan lelaki..lelaki suka mainkan perasaan perempuan la, lelaki tabur janji kosong la, lelaki makan madu dan membuang sepah merata-rata la..Hmmm... berkali-kali aku katakan, jangan mudah percaya kepada lelaki. jangan serahkan segalanya pada lelaki. Bila dah terkena, baru sendiri nak terasa.. mula la kata macam-macam, lelaki buaya, jantan tak guna..

Bila terbaca kisah-kisah macam tu, aku sebagai seorang lelaki tulen juga akan turut terasa... walaupon aku tak buat apa yang depa kata tu, tapi ayat depa tu macam nak katakan semua lelaki tu sama.. haish~ sebenarnya sama je lelaki ke perempuan..ada lelaki baik, ada lelaki jahat, ada perempuan baik, ada perempuan jahat.. setiap manusia tu tak sama.. asyik-asyik lelaki yang selalu dipersalahkan bila terjadi perpisahan.. apakah takde lelaki yang dipermainkan oleh perempuan? Ramai sebenarnya.. antaranya aku sendiri..ekekeke..tapi tak perlu la aku nak kutuk benda-benda lama.. biar la tersimpan dalam hati je.. tak juga aku salahkan dia kerana meninggalkan.. cuba nilaikan kekurangan diri sendiri dan fikiran positif.. walaupon ada yang kata itu hanya cinta kera, namun aku bersyukur kerana aku masih ada teruna...




p/s : memag rugi la dia tu  meninggalkan aku... sebab aku masih ada teruna...wakakaka~

Wednesday, April 20, 2011

Perempuan cantik

Kata orang, perempuan itu perhiasan dunia.. perempuan memang sinonim dengan kelembutan, kecantikan, keayuan, wangi, cemburu dan mengumpat..(-_-;) Apa yang aku hairankan, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku, lelaki dan perempuan memang suka merenung perempuan yang cantik. Kenapa ekk semua pon suka tengok perempuan? lelaki pon tengok perempuan, perempuan pon tengok perempuan.. takde pulak lelaki yang tengok lelaki melainkan mereka tu gay.

Apabila lelaki merenung perempuan, itu adalah perkara normal.. yang hairannya, kenapa mesti orang perempuan juga melihat sesama perempuan? hmmm, ini bukan kes lesbian ye.. tapi memang tak leh dinafikan, memang orang perempuan juga suka merenung perempuan cantik. Ada la yang akan puji, "wahh....cantiknya perempuan tu"... dan ada juga yang akan dengki dengan perempuan cantik tu.." ishh.. dia ni perasan lawa betol..padahal aku lagi lawa"... ayat begitu memang selalu aku dengar.

Perempuan ramai yang akan kata, perempuan lain cantik.. dan ada perempuan cantik yang akan kata perempuan lain lagi cantik..ayat bajet rendah diri kot..tapi bagus la kalu yang rendah diri tu.. lelaki jarang pulak aku dengar akan kata lelaki lain hensem.. biasanya lelaki akan kata, "eleh, aku lagi hensem dari mamat tu"..biar pun hakikat nampak jelas perbezaan si mamat tu jauh lebih hensem... pelikkan, kenapa lelaki tak suka melihat lelaki lain, tapi perempuan suka melihat perempuan lain.. mungkinkah mencari modal untuk mengumpat?? papepon, hanya perempuan yang akan memahami situasi tu..



renung2, pasni nak mengumpat la tu~


Tuesday, April 19, 2011

Upin Ipin, konspirasi yahudi

Rancangan siri animasi hasil anak tempatan iaitu Upin Ipin kian popular sehingga dah melanda negera luar seperti Indonesia dan Brunei. Bila dah popular ni, macam-macam la orang mula buat spekulasi.. kalu tak popular takde pulak orang nak kata apa-apa. yang terbaru, aku ada jumpa dengan pendapat yang mengatakan bahawa siri animasi sikembar Upin Ipin tu satu konspirasi Yahudi untuk melemahkan keyakinan orang Islam. Pada aku, pendapat ni amatlah bodoh dan sengaja nak buat publisiti 10sen...

Pendapat tu mengatakan bahawa nama Upin tu kalau diterjemahkan ke Aramaic akan bermaksud 'aku benci rasul' dan nama Ipin pulak kalau diterjemahkan ke Syriac akan membawa maksud 'aku suka Israel'. Huruf U pada baju si Upin merujuk kepada USA manakala huruf I pada baju si Ipin pulak melambangkan Israel.. aku hanya mampu membaca pendapat tersebut dengan ketawa yang sinis dan penuh ejekan yang memberikan kebodohan kepada pembawa pendapat tu.

Jadi, apakah nama Opah tu kalau di translate ke German akan membawa maksud 'aku benci Islam?' dan Kak Ros tu membawa maksud 'Aku tak suka Mekah?'... Apakah S pada baju Superman tu merujuk kepada nama aku, Shatooman?? Hmm..Upin, Ipin, Mael, Ehsan, tu kan nama orang Melayu.. kang letak nama Daniel, Anthony, Tommy kang, kata takde jati diri pulak... Tambahan lagi, siri Upin Ipin tu banyak episod dan setiap episod pasti akan memberi pengajaran kepada kita terutamanya kanak-kanak. Animasi Upin Ipin banyak menerapkan nilai-nilai murni seperti tolong-menolong, meminta maaf, belajar bertanya kalu tak tahu dan macam-macam lagi termasuklah pengertian dalam ibadat, akidah dan sebagainya..tengok je episod "esok puasa" , "terawih", "Lailatulqadar", dan lain-lain..

Nilai murni dan pengajaran yang ada dalam siri animasi Upin Ipin tu jelas sampai kepada masyarakat melalui konsep santai dan humor. Sememangnya kita memahami apa yang disampaikan. Animasi ni hanya lebih menekankan konsep keagamaan dan dakwah secara bersahaja.. takde la pulak dia mengajar benda-benda yang buruk dan bercanggah dengan agama dan adat ketimuran. So, mana letaknya objektif kepada projek yahudi tu? Hanya pandai memberi keterangan yang bodoh dan tak kukuh untuk menjatuhkan orang.. Kalu tak puas hati jugak, pergi jumpa sendiri dengan kakitangan Les'Copaque production untuk siasat dan soal mereka selagi mereka masih hidup ni..




p/s : sampai lambang croc yang memang merujuk jelas kepada buaya pon, ada juga yang kata bila diterbalikkan akan menjadi kalimah Allah dengan tujuan untuk menghina Islam. padahal baru jadi bentuk W.. 

p/s/s : macam2 cara nak jatuhkan orang kalu bila hati busuk dan terlampau "kuat" Islamnya...benda yang takde pon dia oleh nampak dan jadikan ada~

Nasi Lemak diharamkan?

Agak kecoh apabila akhbar semalam melaporkan bahawa kerajaan telah mengharamkan nasi lemak. Menteri Kesihatan, Dato Seri Liow Tiong Lai mengumumkan, penjualan nasi lemak di kantin hanyalah dibenarkan sekali seminggu bagi mengelakkan masalah obesiti dikalangan remaja.Hmmm..relevan ke tindakan sedemikian dilakukan bagi mengelakkan masalah obesiti? Apakah perlu aku sebut perkataan mencarut yang tak senonoh? atau pendamkan sahaja perkataan mencarut tu didalam hati aku ni?

Seorang menteri mengeluarkan kenyataan yang bagi aku agak tak munasabah dan amat singkat pemikirannya. Mungkin niatnya baik...mungkin...tapi apakah berkesan dapat mengurangkan masalah obes hanya dengan mengharamkan makanan yang sebati dengan jiwa masyarakat kita ni? Kenapakah tidak diharamkan makanan fast food seperti KFC, McD, Burger King, Subway, Wendys bagai tu?? dengan penjualan keropok seperti double decker, twisties, ngan air bergas macam pepsi, coke yang masih berleluasa tu, apakah tidak memberikan sumbangan kepada masalah obesiti?

Nak menyelesaikan masalah, bukan terletak pada makanan.. tapi tahap kesedaran. adalah lebih baik jika kerajaan memberikan kesedaran kepada masyarakat agar mengurangkan pengambilan makanan yang menjadi punca obesiti ni.. kalu stakat tak bagi jual nasi lemak kat kantin, nanti balik sekolah, budak-budak terus beli keropok ngan air gas.. sampai rumah, makan pulak KFC sambil tengok TV. petang pulak makan mcD dan keropok sambil main PS3. malam makan Wendys, pekena burger 3 biji.. kalu macam tu, boleh kurang ke masalah obesiti? fikir-fikirkanlah wahai pak menteri.. fikir pakai kepala atas, bukan kepala bawah..



Jangan salahkan nasi lemak kerana masalah obesiti & jangan cuba nak hapuskan makanan yang menjadi identiti masyarakat kita.

Sunday, April 17, 2011

Aku suka bogel

Aku suka bogel?? hmmm... Tajuk je yang gempak.. sebenarnya aku bukan nak cerita pasal aku. Entry ni bukan aku nak cerita pasal aku suka berbogel, atau mandi bogel atau suka tido bogel.. tapi aku tertengok keyword kat blog aku hari ni.. cuba tengok gambar yang aku print screen dari nuffnang ni..



bukan gambar ni!!!  yang bawah ni...



 keyword untuk hari ni..


Perkataan tertinggi ialah seksi..memang setiap hari, perkataan seksi tu la yang paling banyak..kadang-kadang sampai berpuluh-puluh setiap hari..hmmm..orang Malaysia memang suka cari benda seksi ehhhh??? gambar perempuan seksi la, perempuan dicabul la, awek bogel la, awek beromen la..haish~ blog aku ni dah jadi stok bahan lucah ke? padahal takde pon aku letak apa-apa bahan lucah..(-_-;)

Paling aku tak tahan hari ni ialah, ayat aku suka bogel...adoi la... bila masa pulak aku suka bogel ni?? kalu korang suka bogel pon, kenapa la mesti datang ke blog aku ni? Aku masih suci tau~ asyik-asyik, yang keluar kat keyword mesti ada perkataan-perkataan tak senonoh ni.. alang-alang dah sebut pasal bogel ni, rasanya ramai yang suka mandi bogel.. biasala, nk bagi rata air kat seluruh badankan. mesti la mandi bogel.. tapi ada juga orang yang tak suka mandi bogel.. ingat geng-geng aku dulu, kalu time mandi mesti semua pakai boxer atau kain basahan. sebabnya takut nanti di skodeng dan kalu ada yang kantoi mandi bogel, mesti kena bahan lepas tu..aduss!!! bengong sungguh... tapi yang pastinya, kalu mandi junub, memang lebih selesa kalu mandi bogel.. senang nak gosok air bagi rata. tak rata nanti tak sah pulak...




Saturday, April 16, 2011

Suka jadi bodoh

Dalam menempuh perasaan yang penuh keboringan, aku pon buka la pesbuk.. baca-baca la apa yang ada kat sana.. status update kengkawan, berita semasa, tengok-tengok gambar lucah, jadi stalker dan yang seangkatan dengannya.. tetiba aku terjumpa dengan satu gambar yang diupload kat satu group.. terlihatlah daku akan rupa dan kata-kata bodoh dari seorang manusia..tetiba skali lagi, aku terpikir, kenapa la manusia ni suka sangat nak tunjukkan kebodohan diri sendiri ekk? cuba tengok gambar ni.. klik untuk lebih jelas.. kalu dah jelas, tak payah klik..





Ahahahha...dah la ayat macam orang bangang.. lepas tu diri sendiri pulak 'like' apa yang dia tulis... kepada Sulaiman Ali Sulaiman tu, ni aku nak pesan sikit...dengar bebaik.. tak boleh ke kalu guna ayat baik-baik skit?? guna ayat mecarut gitu, nampak sangat nak menonjolkan kebodohan diri sendiri. Dah la pasal bola je pon, lagi nak bising-bising kutuk habis seluruh orang Kelantan. Menang kalah tu adat la.. yang hebat tak selalu diatas, yang lemah tak sentiasa dibawah..Kalu tak puas hati ngan penyokong bola yang suka buat kecoh tu, ko gaduh je la ngan diorang.. tak perlu la sampai nak kutuk satu negeri..

Pape pon, aku sebenarnya tak kisah sangat la kalu nak kutuk-kutuk orang Kelantan ni.. rasanya aku dah kalis kot.. pergi mana-mana pon, ada je yang kutuk orang Kelantan. walaupon terasa sakit hati, tapi aku dah malas nak layan orang yang pemikiran sempit macam ni.. baik aku layan cerita Adnan Sempit, lagi best..hanya orang bodoh je yang akan kata orang lain bodoh..orang yang hati busuk je suka cakap benda-benda buruk kat orang lain.. Kalu korang nak kata aku bangang sebab aku selalu kata orang lain bangang pon aku tak kisah..sebab aku memang bangang.. bangang betul la korang ni, kata aku bangang..arghh..siapa yang bangang ni??

Hanya kerana main bola, habis satu Kelantan yang disumpah suruh pergi mampos.. aku tak kisah sangat pasal tu..sebab semua yang ada kat dunia ni pasti mampos termasuk ngan encik Sulaiman Ali Sulaiman..yang paling aku tak tahan cuma satu je.. Sultan Kelantan banyak minum arak?? perangai macam setan? aku rasa baik ko bersedia sambut polis datang rumah ko lepas ni.. Berani betul menghina dan memfitnah Sultan.. memang sah orang macam ni tak layak tinggal di Malaysia kerana dah menghina perlembagaan dan rukun negara.. Sultan Kelantan, DYMM Sultan Muhammad V ( Tengku Faris Petra) merupakan Sultan yang selalu berdamping dengan Ulama dan pernah beberapa kali menjadi imam dalam solat berjemaah bersama rakyat. Ada ko dengar Sultan lain jadi imam solat?? berani-berani menghina dan memfitnah sultan... Orang macam ko ni, memang layak untuk dipancung.. haish~ emo pulak aku pagi-pagi ni.. 




p/s : aku tak kisah kalu orang nak kutuk aku, tapi jangan sesekali kutuk family aku, agama aku, dan 'Raja' aku..raja adil perlu di angkat, raja yang zalim perlu disanggah..

Wednesday, April 13, 2011

Semut hitam

Termenung aku memerhatikan gelagat si semut
ah, semut hitam itu begitu kecil sekali
tapi kudratnya berkali ganda dari saiznya
azamnya seakan ingin menelan dunia

Semut hitam terus berjuang
bermudik bersama teman-teman
menghabiskan kudrat bukan untuk dirinya 
tapi kepada bangsa dan rajanya

Apakah sikecil itu tak mengerti penat
ingin memberi kesenangan kepada semua
hingga terlupa akan dirinya
mungkin itu caranya berbahagia

Bisakah aku jadi tegar sepertinya
sekadar si hitam kecil yang melata
tiada beda malam siangnya
bekerja, bekerja dan terus bekerja

Tiada keluhan pada kaki kecilnya 
takkan diizinkan tugasnya dialih berganti
biarpun kerja itu selayaknya untuk kuli
ahh... hebat sungguh jiwa pekerti 




Tuesday, April 12, 2011

Rahsia tarikh lahir

Dalam majalah ke, dalam pesbuk ke dan mana-mana sahaja, selalu je kita tengok sifat-sifat seseorang dari tarikh lahir la, jenis darah la, warna kesukaan la dan macam-macam lagi. Aku sebenarnya malas dah nak layan benda-benda gini. karut je belaka..tapi kalu bab warna kesukaan tu, ada juga la yang betolnya sikit-sikit..sebab warna yang kita suka ni biasanya selalu ada disekeliling kita, dan persekitaran kita biasanya mampu mencorakkan emosi kita. tapi aku tak la percaya habis benda-benda macam ni..

Ada yang berpendapat bahawa baca benda-benda macam ni sebagai syirik, berdosa... bagi aku tak la sampai jatuh hukum syirik. sebab tu hanya orang kata dari kajian dan bukannya menjadi ramalan untuk masa depan kita. yang ramalan harian / mingguan / bulanan tu memang tak leh pakai terus la.. tu betol la ramalan .. apa yang aku tak suka nak layan segala kata-kata sifat ni bukan kerana orang dah jatuhkan hukumnya. tapi sedar tak korang, apa yang di beritahu dalam setiap kategori tu lebih kurang sama je maksudnya? yang berbeza hanyalah ayatnya sahaja. 

Cuba korang bandingkan, sifat orang yang lahir bulan 3 adalah baik, rajin, kreatif, keras kepala.. bulan 4 pulak sifatnya disukai orang, suka buat kerja, daya imaginasi tinggi, degil.. cuba bandingkan ayat tu.. maknanya lebih kurang sama je pon. tapi bila korang baca, tentulah akan fokus kat bulan kelahiran sendiri.. hmm..aku lahir bulan Mei.. mata pon melilau cari bulan makna bulan Mei.. pastu baca satu-satu.. disenangi masyarakat.."hmmm ye kot.".. pastu, ringan tulang.. "memang aku ringan tulang pon..hehehe.. " baca lagi..suka memikirkan kelainan.. "yup..memang sama dengan aku"..tak mendengar kata.."hmm...ada lah..."

Nampak tak?? sifat yang diberikan tu sebenarnya sifat umum je. sesiapa pon ada sifat tu. dan biasanya sifat yang positif lebih banyak dimasukkan berbanding sifat negatif. supaya orang jadi gembira je bila baca benda alah ni.. tak de pon dia bagitau, ko suka berjudi, suka tinggal sembahyang.. aku tak katakan itu sebagai ramalan sebab dia bukan bagitau korang akan jadi doktor masa umur 30 tahun. ko akan kawen bila berusia 27 tahun dan mempunyai 13 orang anak..ramalan tu, bagi aku adalah 'agak-agak' kepada masa depan..  maknanya korang boleh tentukan takdir serta qada dan qadar korang. sedangkan takdir tu adalah rahsia di loh mahfuz dan malaikat sendiri tak mengetahuinya.

Setakat nak baca kajian orang dari tarikh lahir tu takde salah sampai syirik.sebab benda tu semua benda umum. tapi baca pon takde pekdah jugak. buang masa je.. setiap kategori pon sama je maksudnya. walaupon benda ni dikatakan ramalan dan di setujui oleh majlis fatwa pon, aku tetap tak setuju kata benda ni syirik. Jangan kerana aku tak pakai jubah, serban, aku tak leh pegang pendapat aku dan cop aku sebagai munafik...Aku percaya kepada diri aku dan aku percaya kepada Tuhan dan pegangan aku. tak pernah aku nak mempersekutukan-Nya. Hmm..kenapa tafsir mimpi tak dikatakan syirik?? mungkin sebab ia pernah menjadi mukjizat Nabi Yusof.. mungkin... 


Monday, April 11, 2011

Nasi Kangkang

Dalam menempuh situasi perut yang kelaparan sekarang ni, otak aku pulak boleh terpikir pasal nasi kangkang. Pebenda nasi kangkang ni? best ke?? palotak dia best...kalu nasi kangkung tu best la jugak. Apa yang aku dengar nasi kangkang ni di buat oleh si isteri untuk  dimakan oleh suami. Nasi tu pulak di campur beberapa benda kotor seperti kuku, rambut dan macam-macam lagi..secubit tahi hidung, taik kambing secukup rasa..ahh..aku  start mengarut dah.. 

Setelah semua bahan dicampur, si isteri durjana ni akan membaca jampi tertentu semasa mengangkang kat nasi tu.. bila si suami makan, maka si isteri akan dapat menguasai si suami dan mengkontrolnya macam robot. Jadi apa sangatlah yang dapat dengan kontrol suami ni?? apa ke bodoh dan bangangnya nak suruh suami tunduk. Jangan nak tunjuk hebat sangat la wahai si isteri.. sehebat mana pon isteri tu, tetap akan berada di bawah jugak..

Yang aku dengar-dengar, kebanyakan kes nasi kangkang ni terjadi kat lelaki yang berpangkat dan berpengaruh. bila si suami ada kuasa dalam komuniti, maka si isteri yang durjana mesti ada yang lapar nak femes jugak dan melebihi si suaminya sendiri. Hehhh....hanya kerana gilakan kuasa, sampai sanggup bersekongkol ngan setan nak wat aniaya kat suami.. Ingat, kesan nasi kangkang ni berkekalan. mungkn sekarang suami tu masih sihat dan menurut perintah. tapi ingatlah, bila badan si suami dah tak sihat yakni dah lemah, maka memang susah nak jadi sihat dan baik semula. benda-benda kotor tu dah semakin mengusai dirinya. Apakah si isteri ni sanggup pulak nak jaga suami yang sakit tu? Hmm, aku rasa perempuan yang gila pangkat takkan peduli pon ngan suami dia. 

Bagi aku, untuk jadikan suami taat dan sayang pada isteri, tak perlu la di beri nasi kangkang.. bagi nasi kangkung pon dah ok.. janji perut suami tak kebulur. jaga makan minum suami. dah bagi nasi, bagi pulak kangkang.. eerrkk.. tak sempat nak tapis dah ayat aku ni.. harap korang paham.. so, nasi dan kangkang tu perlu disertakan berasingan. jangan bagi sekali. ingat!!! kangkang pada suami. bukan pada nasi.. Kalu nak pelembut hati suami, mintak doa kat Tuhan.. bukan mintak kat setan!!!



Nak cari nasi kangkang, tapi jumpa pulak gambar nasi tumpang..ishh, lama dah tak pekena nih..best oohh nasi tumpang!!



Orang kita suka membakar

Teringat kata-kata Usop wilca dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah yang dah jadi fenomena skarang ni, "kite bakor je rumah kak limah tu. sape stuju, angkat tangan macam saya"~ habis seluruh negara dok terikut-ikut gaya si Usop tu. Bila sebut je pasal membakar, hari ni aku tengok dalam akhbar utusan, ada 2 kes bakar di laporkan. bakar apa? bakar orang la..dah bunuh pastu bakar pulak..

Tak habis-habis kes nak bakar orang ni. seingat aku, dari dulu antara yang hangat ialah kes bunuh Canny Ong. dah bunuh, bakar!!! pastu Datuk Sosilawatie. bunuh dan bakar jugak. Altatuya pon bakar..ehh....yang tu bom!!! lagi ekstream.. hari ni pulak 2 kes. satu di Mersing dan satu lagi di Brickfield. dasyat gila orang Malaysia sekarang.. tak puas hati je, bunuh pastu bakar.. Ingatkan bakar-bakar mayat ni dapat tengok kat dalam cerita Hindustan je..

Aku ingat dulu Mona Fendi je yang zalim sampai sanggup cincang orang. tapi sekarang ni, lebih ramai lagi manusia yang berhati setan. seiring dengan kemajuan, manusia lebih rakus dan kejam.. Huh!!! mungkin lepas bunuh mangsa, si pembunuh pon sorak ngan kawan-kawannya, kita bakor...kita bakor.. apa kena ngan manusia jenis ni.. suka sangat ke tengok api? hmm..kalu nak tengok sangat, tak payah nak risau, nanti akhirat mungkin korang boleh tengok api yang dok baham badan korang..menarilah bersama setan-setan laknat tu..


gambar hiasan. syoknya menjadi kucing~ saje letak gambar tak berkaitan. kang letak gambar mayat rentung, ada pulak yang muntah..


Sunday, April 10, 2011

Syukur aku di Malaysia

Kadang-kala terdetik dihati aku, alangkah beruntungnya aku kerana di tempatkan di Malaysia. Syukur kerana Tuhan telah menetapkan aku akan lahir dan membessar dinegara ni. Banyak betul kelebihan aku kerana berpijak di bumi Malaysia kerana negara ni masih lagi dalam suasana aman. Politik di Malaysia pun masih ok walaupon pada hakikatnya semakin teruk dan penuh korupsi. tapi berbanding dengan negara lain, disini tidaklah sampai berperang dan kebuluran merata-rata hanya kerana politik.

Beruntungnya aku di Malaysia kerana disini selamat dari gempa bumi dan letusan gunung berapi. walaupon  masih selamat dan tiada gunung berapi, tapi kuasa tuhan melebihi segalanya.. tsunami yang tak dijangka pon pernah menyinggahh dulu sekali. tapi syukurlah, muka bumi Malaysia agak selamat dari bencana.

Beruntungnya aku di Malaysia kerana disini menjadi tempat aku belajar bahasa melayu dan mengenali kawan-kawan aku sekarang. Kalau aku di Amerika, sudah tentu aku takkan paham sepatah haram pun bahasa melayu dan takkan aku kenal kawan-kawan aku sekarang. kalu aku tak paham bahasa melayu, sudah pasti blog ni pun takkan wujud..

Beruntungnya aku di Malaysia kerana sudah mencapai kemajuan dan aku pon dapat merasa nikmat internet yang slow ni..kalu aku di tempat lain, mungkin aku masih tak tahu nak melayari internet ataupon aku lebih berbangga dengan internet yang lebih laju.. tapi syukurlah Malaysia sudah pon ada internet walaupon sangat lembab.

Dan aku juga bersyukur aku di Malaysia kerana dapat jugak aku merasa nak makan cheezy wegdes kat KFC.. fuhhhh!! kalu kat tempat lain memang tak merasa la aku nak makan cheezy wedges..nyumm..nyumm..






Friday, April 8, 2011

Kemas dan bergaya

Sebenarnya dah berminggu-minggu entry ni menyemak kat draft aku.. cuma tak dipublishkan je.. sebab aku publish ni pon kerana tetiba je terlintas pasal entry ni bila aku tengok 2 orang amoi tadi dalam 2 kejadian berasingan. mula-mula masa tengah tunggu member aku kat tepi jalan, ada la sebuah kereta dok parking tepi jalan tu. awek cun!!! memang  cantik menarik tertarik da bomb la.. mungkin dia ingat aku tak nampak kot perbuatan dia kat dalam kereta jadi dengan tak disangka-sangka aku tengok dia dengan selamba badak je korek hidung... korek hidung tu normal la.. tapi aku tengok jari telunjuknya tertusuk dalam ke rongga hidungnya yang kian kembang tu. ohhh..demmm.. aku sebagai lelaki pon tak pernah menusukkan jari telunjuk ke dalam hidung biarpun di tempat tiada orang. peristiwa ke dua pulak, masa tengah membonceng motorsikal, aku nampak pulak sorang awek berjoging di malam hari dengan make-up tebal di muka..korang fikirkanlah sendiri, perlukah aku menyumpah sekali lagi...

Aku bukanlah nak cakap pasal perangai buruk tu sebenarnya, tapi agak berkaitan la jugak walaupon tak berkaitan..Sebenarnya aku nak bagitau cara penjagaan diri yang baik dan mungkin berguna kat korang walaupon memang korang dah sedia tahu pasal benda ni..ekekeke.. Niat aku tulis entry ni hanyalah sekadar untuk menegur korang dan ingin korang lebih membuka fikiran (kepada yang belum terbuka lagi). Penjagaan diri amat penting dalam mencerminkan keperibadian dan kekemasan kita. Masa kita kecik mungkin mak ayah kita atau adik beradik kita boleh menegur kita. tapi bila dah besar, siapa lagi yang kita boleh harapkan? Ok, mula-mula dalam penjagaan diri, korang dengar pesanan dari aku ni..


Mandi bersabun
Rasanya ramai di kalangan orang lelaki yang pernah mandi tak bersabun kan? orang perempuan aku tak tahu la sebab aku tak pernah skodeng perempuan mandi. Sebolehnya, setiap kali mandi tu biarlah bersabun ye.. kalu sabun dekat2 nak habis, sila beli yang baru terus. jangan tunggu sampai habis dulu. Kalu mandi tak bersabun, daki-daki kotor tu masih lagi melekat kat badan..eeewww~

Gosok gigi
Tolong gosok gigi anda setiap hari!!! paling bagus setiap kali nak solat. sebelum ambik wudhuk tu, gosok la gigi dulu. pasal bersugi ni, dalam Islam pon ada ditekankan. Jangan ingat korang boleh selesa dengan keadaan gigi yang tak di berus tu. Fikirkan jugak orang lain.. mau muntah je orang lain bila bercakap dengan korang. tengok dari jauh pon dah rasa loya dalam tekak..

Pakai deodorant
Deodorant amat penting dalam menghilangkan bau ketiak. pastikan korang sentiasa memakai deodorant sebelum keluar dari rumah. paling senang, pastikan pakai je selepas mandi.. jangan ingat ketiak korang sentiasa wangi. bila dah besar tu, otomatik je ketiak korang akan berbau.

Pakai minyak rambut
Bagi lelaki, seeloknya pakaila minyak rambut supaya sentiasa nampak kemas. jangan la rambut tu mengerbang kekeringan.. nampak macam orang tak berapa sihat je~

Trim segala bulu
kadang-kadang, luangkan sedikit masa untuk merapikan segala bulu-bulu yang ada pada anda. bulu atas ke, bulu bawah ke.. lebih-lebih lagi bulu idung dan bulu tuuutttt... bulu ketiak pon, kalu boleh kasi licin je.. sunat tu dicabut. jangan sampai segala bulu tu menebal dan mengembang..misai dan janggut pon, kalu nak disimpan, pastikan kemas dan jangan sampai misai tu masuk ke dalam mulut. Ingat!!! jangan biarkan misai tu sentuh bibir mulut. barulah kemas.

Kuku pendek
Kuku tu sila pastikan sentiasa pendek. Sunat kalu di potong setiap hari Selasa dan Jumaat. Paling  malas pon, pastikan sekurang-kurangnya setiap minggu kena potong.

Baju bersih
Sila pakai baju yang sentiasa bersih dan kemas. tak semestinya baju yang mahal dan berjenama.. janji baju tu takde bau, takde kotoran, dan takde kedutan..


Aku nak korang sedar, orang lain takkan tegur dah korang kalu korang ada memberikan suasana tak selesa kepada mereka kerana mereka tak tergamak nak bagitau korang. mungkin diorang taknak korang kecik hati nanti bila ditegur. contohnya kalu tak berus gigi, orang akan mengata korang dibelakang. depa takkan bagitau terus kat korang. apa susahnya nak berus gigi tu?? 5 minit pon tak sampai kot~ sebelum orang mengata korang kat belakang, baik korang fikir apa yang aku katakan ni. Kalu korang nak terasa ngan aku, takpe la.. sebab kita tak kenal pon. jangan sampai korang jadi malu bila kena tegur ngan orang yang korang kenal je la pasni.Ingat, korang tu dah besar... tak perlu la orang lain yang kena beri perhatian kepada kekemasan diri korang.

Wednesday, April 6, 2011

KoNtEsT KeNaNgAn zAMaN SeKoLaH

Seminggu blog aku tak berupdate.. bermula dari sikap bermalas-malasan nak update, lepas tu kena pulak serangan dari demam..arghh.. dengan suhu badan 40 darjah celcius, aku hanya mampu berbaring sepanjang hari tanpa menyentuh laptop dan sebarang makanan. kalaulah aku ni Superman, takde la nak sakit-sakit sampai tak lalu nak makan, dan tak larat nak update blog. heran jugak aku ni, kenapa Superman tak pernah sakit haa? Korang nak tahu jawapannya? sebabnya, kalau Superman sakit, mesti orang akan lupakan jasa Superman selama ni dek kerana Spiderman dah ambik alih tugas menjaga keamanan. mesti orang akan puji Spiderman je la... Oleh kerana nak disanjungi, maka Superman pon rela tak sakit.. Eh..apa aku melalut ni. macam budak sekolah rendah la pulak dok sibuk-sibuk pasal superhero. Sebut pasal sekolah rendah, ni ada satu kontest  yang aku kena tag dari Cik Nurussalwa. Kalu korang berminat dan nak tahu lebih lanjut pasal kontest tu, sila klik banner kat bawah ni..




 Berkongsi cerita
Sebenarnya, banyak benda yang nak diceritakan kalau pasal nostalgia ni, lebih-lebih lagi kalau masa sekolah rendah. Kalu bab-bab superhero memang tak leh lepas la.. hari-hari ada je cerita pasal superhero.seingat aku dulu ada cerita gaban, cyber cop, super human samurai (sape masih ingat??), power ranger (sampai skrg ada), ultraman dan macam-macam lagi. siapa yang tak pernah tengok memang rugi la..


Permainan
Kalu pasal permainan pulak, rasanya permainan paling femes masa skolah rendah dulu ialah lawan rebut pemadam ngan main rebut tiang. tapi rebut tiang tu rasanya hanya masa darjah satu sampai tiga atau empat. darjah lima rasanya dah tak main rebut tiang.masa darjah enam pulak femes ngan kereta dashankuro.. pergh..rela tak makan kat skolah sebab nak kumpul duit buat beli kereta tu. kadang-kadang ada juga main teng-teng. ambik je chalk kat dalam kelas, pastu lukis kat lantai..


Pemalas
Masa kecik-kecik memang penuh dengan sifat malas. buat kerja sekolah pon malas.. bila cikgu suruh hantar, pandai pulak bagi alasan..."ekkk..tertinggal la cikgu".. punya la menebal sikap malas tu sampai nak basuh kasut pun malas. hari minggu mesti kena basuh kasut. tapi kerana malas dan takut kena bebel ngan mak, terpaksa la kapur je terus kasut tu. tapi satu benda je yang rajin dulu.. hehehe...RMT. rancangan makanan tambahan. memang best la pagi-pagi boleh rembat makanan kat kantin. padahal kat rumah pon dah makan. tambahan lagi, kalu gi makan RMT, dapat air kotak perisa coklat dan dapat masuk kelas lewat..ekekeke..kalu cikgu tanya kenapa lewat masuk, "err..saya gi makan RMT cikgu.. dah la tadi datang lewat"..


Dendam ngan cikgu
Kalau korang nak tahu, aku tak masuk sekolah tadika. daftar nama je..tapi tak pernah pergi. jadi bila masuk sekolah rendah, aku masih lagi takut-takut sampai menangis bila ayah aku nak tinggalkan aku. ibubapa orang lain semua dah balik or pergi kerja. tapi ayah aku masih tercegat depan kelas sebab tak nak bagi aku menangis. ekk..aku ni zalim ke manja??? tapi bila dah 2,3 hari kat skolah, rasa ok la skit. kalu bab ponteng ni, seingat aku, masa darjah satu aku dah start ponteng kelas..huhuhu..kisah sebenarnya macam ni... masa tu waktu rehat dah nak habis. aku pon pergi la kat tandas sebelum nak masuk kelas. bila aku nak masuk kelas tiba-tiba aku tengok dah ada cikgu dalam kelas tu. serta-merta la kecut perut aku time tu. nanti cikgu tu marahkan aku pasal masuk kelas lewat, mampus la.jadi, jalan terbaik bagi otak tak matang aku masa tu ialah tak masuk kelas. aku tak tahu lagi apa itu perkataan ponteng masa tu. tapi lastly, aku kena tangkap jugak. cikgu tu ketuk pulak kepala aku dengan buku. masa tu aku dah tekad akan berdendam dengan cikgu tu. tapi akhirnya aku dapat tahu, cikgu tu kawan mak aku la pulak..haish~ tak jadi nak berdendam..


Cikgu yang diminati
Kalu pasal cikgu paling menarik, seingat aku masa aku darjah 3 ada sorang cikgu tu sayang gila-gila dekat aku. aku masih ingat lagi namanya.. masa dia nak kena tukarkan ke sekolah lain, habis murid-muridnya dia peluk tapi aku spesel sikit..bukan takat kena peluk, siap kena cium lagi~ muka aku time tu penuh dengan kesan lipstick.. Jangan nak pikir mengarut ha...time tu aku masih budak kecik dan tak tahu apa itu nafsu..apa itu berahi!!! itu hanya antara cikgu dan anak murid...yang paling bestnya time tu, budak2 perempuan pon dengki kat aku sebab diorang tak dapat kiss dari cikgu tu..mungkin aku ni comel sangat kot time kecik dulu. sebab tu cikgu tu sayang lebih kat aku..ekekeke...tapi aku dapat tahu cikgu tu tinggal ngan makcik dia. makcik dia pulak kawan baik mak aku.. aku selalu cerita pasal cikgu tu kat mak aku. so, mak aku pulak gi la cerita balik kat cikgu aku.. mungkin sebab tu kot~ isshh..kawan mak aku lagi.. ramai betul kawan mak aku...


Result UPSR
Kenangan paling indah time skolah rendah mesti la masa keputusan UPSR kan?? tu kalau keputusan pon indah la.. kalu keputusan tak elok, rasanya time tu la kenangan paling pahit.. masa skolah rendah dulu, antara kawan baik aku ialah Hasnan, Attahruddin, Zaki dan Syahmi. Sampai sekarang kitorang masih kawan lagi-lagi si Hasnan. Masih berkawan baik sampai ke hari ni. Nak dijadikan cerita, kami berlima selalu kena mark ngan cikgu-cikgu sekolah pasal nakal gila. selalu bising dalam kelas, rambut panjang, tak buat kerja sekolah..tapi time result UPSR, aghh.. nak menangis pon  ada.. hanya si Syahmi seorang je yang dapat 5A. kami berempat pulak hanya dapat 4A.. cikgu-cikgu semua tak sangka tu... geng penyangak sekolah dapat 4A.


Oleh sebab aku takde gambar masa skolah rendah yang nak ditepek kat sini, maka aku lukis je la gambar aku sendiri.. 
dari darjah 4 sampai darjah 6, aku dah jadi pustakawan..jadi baju mestilah warna biru dan berkasut hitam. yang paling tak tahannya, gaya rambut tu..masa skolah rendah masih lagi rambut gaya belah tepi..ekekeke.. skema gila~Uiish..berjela-jela dah aku melalut nih.. ok la, sekarang aku nak tag mangsa yang seterusnya untuk menjawab kontest ni..kepada yang tak ditag pon boleh masuk..tak rugi owhh.. 

mangsa tag aku ialah : 
Cik Nurussalwa (boleh ke tag balik tuan empunya kontest??)





p/s : cik nurussalwa, sila bagi saya tiket pergi balik ke new zealand!!!!!!!