Hari ni dah masuk 21 Ramadhan.. maknanya dah 21 hari ibadat puasa dilakukan bagi mereka yang puasa penuh.. bagi yang puasa tak penuh tu, sila qada balik lepas ni~ tanpa disedari, sekejap je kita dah masuk 10 malam terakhir.. Hampir sudah Malam Qadar yang memberikan pahala seribu bulan kepada mereka yang bersungguh-sungguh melakukan amal ibadat pada malam itu..
Dalam setahun ada 12 bulan.. kita diwajibkan berpuasa selama sebulan dibulan ramadhan.. tu pun hanya puasa disiang hari.. malam hari tak payah puasa.. lepas tu dikurniakan pulak lailatulqadar bagi mereka yang rajin beribadat.. pahala ibadat malam tu sama seperti amalan seribu bulan.. lailatulqadar pulak hanya disepuluh malam terakhir dibulan ramadhan. tambahan lagi di malam ganjil yakni 5 malam je.. dari 365 hari, kita hanya perlu korbankan tidur malam kita hanya untuk 5 hari bagi mencari lailatulqadar. susah ke??
Hmm, nampak senang.. tapi amat sedikit sahaja orang yang dapat buat.. tak dinafikan anak-anak muda lebih ramai yang berjaga malam berbanding orang tua tapi sayang sekali, golongan belia ini hanya berjaga untuk bermain games, main Pesbuk, tengok TV, jalan-jalan cuci mata dan tak kurang jugak yang bangang ber'clubbing'.. ketara sekali dengan beberapa kerat orang tua yang sembahyang tahajud, sembahyang tasbih, baca al-quran, berzikir dan sebagainya..
Jika malaikat turun, amat sayang sekali jika hanya melihat kita sedang bermain pesbuk, main games dan benda-benda yang sia-sia.. kalau boleh sekurang-kurangnya ucapkanlah 'astagfirullah' untuk sekali pun sudah memadai dari langsung tidak berbuat apa-apa.. manalah tahu, taubat kita diperkenan oleh Allah pada malam itu. segala dosa-dosa kita dihapuskan hanya dengan sepatah perkataan.. InsyaAllah.. Papepon, selamat beramal... semoga mendapat keberkatan dan menemui lailatulqadar pada tahun ini..
Pages
Saturday, July 19, 2014
Saturday, July 12, 2014
Membina Agama
Membina Agama dalam diri seorang Muslim ni ibarat membina sebuah rumah.. Semakin cermat kita menjaga dan membina sebuah rumah, maka makin cantiklah rumah itu akan kelihatan. begitu juga halnya dalam membina agama bagi diri kita...
Seseorang Muslim boleh dikatakan lengkap Islamnya bila menunaikan 5 rukun Islam yang telah diperintahkan.. meninggalkan salah satu rukun dengan sengaja akan mengakibatkan keislamannya tidak sempurna.. Sama seperti sebuah rumah, tanpa salah satu keperluannya tidak dipenuhi, rumah yang sempurna takkan terhasil..
Mengucap kalimah syahadah itu ibarat sekeping lot tanah.. seseorang yang mengucap kalimah syahadah secara automatik telah menjadi Islam.. Lot Tanah inilah yang boleh didirikan rumah agama yang indah atau pun sekadar tanah lot rumah tetapi dibiarkan bersemak..
Solat menjadi tiang kepada agama.. tidak ada sebuah rumah atau bangunan pon yang mampu berdiri kukuh tanpa tiang.. oleh itu, solat terus menjadi perkara pokok paling wajib dalam beragama..
Puasa itu seperti atap atau bumbung.. Puasa akan menahan diri kita dari kepanasan godaan nafsu dan curahan hujan ujian keduniaan.. Dan membina bumbung adalah mustahil tanpa berdirinya tiang.. Oleh itu, boleh diibaratkan orang yang berpuasa tanpa bersolat sebenarnya si tolol yang amat bangang!!!
Zakat itu seperti dinding yang dibina dari batu-bata.. fungsi zakat adalah untuk menjaga dan menyucikan harta kita. Dengan adanya dinding rumah kita, mana tahu mungkin ada beberapa orang dikalangan masyarakat kita yang dapat menumpang bersandar didinding yang kita bina. walaupun tidak masuk kedalam rumah, mungkin bersandar di dinding rumah bahagian luar sudah memadai bagi orang yang gelandangan.
Rukun terakhir sebagai muslim ialah menunaikan haji jika mampu.. ibarat juga seperti cat.. sekiranya kita telah mendapatkan sekeping tanah dan membina tiang serta dibina bumbung dan didirikan dinding, sebuah rumah yang lengkap telah tersedia. namun masih tiada seri jika belum dicat dengan warna yang terang dan menarik. rumah itu belum boleh dikatakan sempurna jika tanpa dikenakan cat. namun jika tak mampu untuk mendapatkan cat, Islam tidak memaksa umatnya untuk mencuri cat itu.. cat jika mampu..
Jom, kita sama-sama membina rumah agama yang cantik dan menarik...

Friday, July 11, 2014
Pelik tapi benar..
Alhamdulillah..dah tak terasa kepenatan setelah mengharungi 2 minggu dah bulan puasa.. sekejap je 2 minggu tu berlalu.. dan kepada yang dah berumur dan tua bangka tapi belum pandai-pandai lagi nak puasa tu, cepat-cepat la bertobat ye.. umur kita ni tak panjang pon.. semoga terbuka la pintu hati tu untuk akur, syukur dan sujud kepada Allah swt.. Lagipun puasa tu sebenarnya untuk kesihatan perut kita sendiri.. bila perut sihat, tubuh pon sihat sebab 90peratus penyakit yang dihidapi adalah berpunca dari perut..
Pape pon, sebenarnya aku cuma nak luahkan apa yang terasa pelik dalam hati aku ni.. Ramai dikalangan umat Islam lebih-lebih lagi dari bangsa Melayu yang memalukan agama dan maruah diri sendiri.. Apa taknya, kita mengaku Islam tapi tak beramal sepenuhnya dengan ajaran Islam. Contohnya di bulan puasa ni, Siapa yang tak puasa dilihat sebagai melanggar perintah Allah tapi kalu tak sembahyang tak siapa pon peduli.. sedangkan solat itu adalah tiang bagi sebuah agama. tanpa tiang, benda lain tak berguna sikit pon..
Yang lebih memelikkan aku, memang ramai yang mukallaf tapi masih nyata tak berpuasa di siang hari. tapi bila lepas waktu isyak, penuh je aku tengok masjid-masjid dan surau-surau.. berkerumun pakat buat solat tarawikh.. eh, puasanya tidak tapi tarawikh tak pulak dia tinggal.. samada dia memang pelahap nak makan moreh atau mungkin malu jika muka dia tak pernah jenguk masjid, tak tahulah.. yang pastinya, masyarakat kita ni suka mengata dan mengutuk orang. kalau tak pernah nampak muka si Mail tu pergi surau solat tarawikh, mesti ada yang nak kutuk. tapi si Mail beli nasi bungkus tengah hari di bulan puasa kat kedai Cik Limah tu takpe la pulak.. Pening aku memikirkan situasi masyarakat masa kini...
Friday, March 15, 2013
Cabutan Berkroni
Hari ni betul-betul letih.. Seharian dok terpacak kat Padang kononnya menyambut kedatangan Perdana Menteri kat kampung aku. Kehadiran 'penunggu' aku anggarkan lebih dari 60K.. Aku tidak maksudkan dengan penyokong PM.. yang datang sebagai penyokong aku tak pasti berapa orang..tapi rata-rata yang hadir aku tahu hanya sebagai penunggu.. termasuk lah aku juga dalam kategori penunggu.. Aku bukanlah berada dalam barisan pembangkang mahupun kerajaan.. Dalam politik, aku neutral.. tak perlu la nak heboh-heboh aku sokong parti mana. Janji sampai masa mengundi, pergi je mengundi..Undi adalah rahsia..hehehe... Ada juga dasar kerajaan yang aku sokong, dan ada juga yang aku bangkang.. begitu jugak sebelah pembangkang.. takde orang atau parti yang betul-betul perfect.. ada yang lebih, ada juga yang kurang..
Berbalik pasal jadi penunggu hari ni, ramai yang hadir di Majlis Bekwoh bersama PM tadi kebanyakannya hanya sebab nak tunggu cabutan bertuah je.. (Bekwoh tu maksudnya Kenduri- asal perkataan dari Big Work) Ikutkan hati, aku pon malas nak memacakkan diri di tengah padang yang penuh dengan umat manusia.. lemas dan rimas dek kerana takde seinci pon tanah yang kosong dari tapak kaki manusia.. nak bernafas pon tak lepas.. tapi oleh kerana hadiah cabutan bertuah tu Sebuah kereta, Lima Buah Motor, 30 biji TV LCD, terpaksa tahan la..mana tahu ada rezeki... setakat hamper 300 biji aku tak hingin pon~ nampaknya aku pon antara manusia akhir zaman yang mengejar keduniaan..hahaha.. Kereta tu.. sape taknak.. Dapat duit BR1M pon blum mampu nak beli lagi..
Yang peliknya, dalam cuaca yang panas semenjak dua ni, tadi lepas PM habis bagi 'ceramah' tetiba je hujan turun dengan lebat siap ribut bagai.. lebih hairan hanya beberapa minit je.. sampaikan ada khemah yang terbang dan menghadiahkan pukulan kepada dua orang budak sampai tak sedarkan diri budak tu.. Tapi aku masih dengan presepsi aku.. hujan itu rahmat.. yang berlaku kat budak tu nak buat macam mana, tak dapat dielakkan dan tak diduga.. orang Kelantan cakap, nok geroh... Papepon bila tiba saat cabutan bertuah diadakan, orang ramai semakin bersemangat.. kereta beb.... Opppss, terlupa nak cakap.. aku nak flashback jap.. 2,3 hari sebelum ni, orang kampung ada cakap-cakap la jugak.. jangan mimpi la nak dapat kereta tu.. hadiah utama tu hanya untuk kroni-kroni pemimpin je..
Walaupun sedar akan kebarangkalian yang tinggi dari cakap-cakap orang tu, namun ramai jugak yang pergi termasuklah aku.. Aku cuba harapkan tiada lagi kuasa monopoli golongan kroni orang atasan.. hadiah hamper, TV dan motor berjalan seperti yang diharapkan.. akhirnya apabila tiba hadiah utama, ramai yang terkecewa... Seperti yang dikata, kereta yang dijanjikan jatuh kepada golongan kroni jugak.. hurrmmm~ kalau beginilah caranya, aku tak pelik kenapa mereka belum mampu TAWAN Kelantan.. Bagi aku, benda macam tu memanglah takde apa-apa..tapi bagi orang lain tak tahulah.. yang datang dari jauh lagi.. begitu jugak dalam hal urusan kebajikan.. Penghulu, Penggawa sendiri yang bagi janji, tapi orang kampung yang bukan dalam golongan kroni atau kenalan mereka hanya mampu mengeluh dari jauh.. bantuan yang kononnya ingin diberi hanya tinggal janji.. DICAPATI... Aku tak salahkan pihak atasan.. Kadang-kadang pihak pemimpin dah buat yang betul.. tapi golongan kroni ni la yang sering membuat TAHI.. akibatnya tahi yang tertempek dimuka masyarakat akhirnya dilempar kembali terus kepada pemimpin..
Pesan aku kat golongan pemimpin, tak kira la dari pihak mana pon, kalau nak pilih kawan, kroni-kroni, atau penyokong tu sila pilih betul-betul.. pastikan mereka buat kerja dengan betul.. orang tak akan kutuk golongan kroni ni. tapi akan terus kutuk kepada pemimpin..

Monday, March 11, 2013
Perlu ke Fan Pages?
Aku betul-betul sedih sekarang ni.. sedih yang pertamanya, screen laptop aku dah rosak..huhuhu.. nak repair kat kedai memang satu kemalasan.. aku memang dah lama tak keluar ke bandar melainkan urusan-urusan penting je.. So, untuk melangkahkan kaki ke kedai memang satu masalah.. nak online, terpaksa la guna desktop kat rumah.. mungkin ada jugak la kebaikan dari kerosakan laptop aku. sebab selama ni aku memang tak sentuh pon komputer kat ruang tamu tu. tersadai je kat situ.. Selama 6 tahun dah kot aku guna laptop tu.tak pernah lagi rosak.. ni merupakan kerosakan serius kali pertama.. perasaan aku dah ibarat orang mati bini~
Kesedih yang kedua, kelmarin aku pergi la ke cyber cafe dulu untuk online.. sampai je sana, suasana kat dalam memang meriah. penuh dengan budak-budak dan para belia.. nampaknya orang kampung aku ramai yang celik IT kot.. tapi malangnya, rata-rata yang pergi sana semata-mata hanyalah untuk main game je.. pastu buka pesbuk.. aiiyooo.. dah tak reti ke nak buka benda-benda lain yang boleh mendatangkan faedah dan manfaat untuk diri.. memang tak dinafikan pesbuk pon ada kebaikan.. tapi rata-rata yang online hanya reti post status 'mood' semasa dan 'like' dan 'komen' post member je.. stakat macam tu, bila boleh nak majukan diri..
Tapi aku lebih sedih bila tengok budak-budak sekarang ni yang main pesbuk, tapi siap wat akaun fan page la pulak.. bukan akaun biasa dengan 'add' dan 'approve' member-member.. tapi member-member kena 'like' page dia.. woooowwww..budak-budak sekarang ni memang dah berangan nak jadi artis kot. kalau diorang tu public figure takpe la..ni ntah apa-apa nak suruh orang like page peribadi dia.. siap promote lagi tu.. adoyaii.. kalau nak wat fan page tu tak salah.. tapi biar la kena dengan tempatnya.. wat la fan page untuk blog ke, untuk bisnes ke.. nasihat aku kat adik-adik yang suka online tu, buat la benda-benda berfaedah sikit masa menggunakan internet ni.. bukan untuk hiburan semata-mata.. cuba cari maklumat terkini ke, berita-berita semasa, pasal teknologi terbaru ke, baca pasal sejarah ke... kurang-kurang dapat jugak sedikit ilmu.. Jangan terlalu asyik dengan pesbuk dan main game je...
p/s : aku dulu pon addict jugak ngan pesbuk & game online.. nasib baik dah insaf~

Sunday, March 10, 2013
Segalanya politik
Semakin PRU kian menghampiri, semakin banyak topik pasal
politik. Aku betol-betol dah berbulu mata tengok post-post dan komen-komen dari
pelbagai pahlawan politik menggunakan keyboard ni. Tak kira dari parti mana,
kerja depa asyik kutuk-mengutuk, kata-mengata, tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah
sama sendiri.. Kalau dipanggil bangang kan , lagi la terloncat melatah tak
tentu hala..
Segala benda pon nak di politikkan.. pasal bola pon ada
politik, pasal menyanyi pon nak ada politik, kucing nak beranak pon kena ada
politik. Isu di Lahad Datu pon masih nak dipolitikkan. Orang tengah cemas,
takut, sedih, geram, tapi depa masih boleh nak kaitkan politik. Kononnya ini
rancangan si A. Si A pulak kata rancangan si B. Ada yang fanatik politik pulak
mencelah, kenapa orang sulu nak serang time PRU semakin hampir? Ni mesti agenda
si polan-polan ni..Apa ke bodoh bangang nye ko ni… habis kalau kiamat nak
berlaku esok, lusa pon ko nak salahkan parti mana?
Macam-macam tuduhan, macam-macam cerita tercipta.. entah
betul, entah tidak. Nak mengata buruk tu, kalau tak betul jadi fitnah..dosanya
lebih besar dari membunuh. kalau betol pon, dok cerita aib orang, nanti Tuhan
buka jugak aib ko di padang mahsyar nanti.. Macam dah jadi satu kemestian..
setiap tajuk yang keluar, semacam tak boleh dipisahkan dari politik.
Kepada
penyokong-penyokong kuat parti politik tu, tak kiralah dari belah mana pon,
harap-harap berhenetilah mengaitkan bab politik dalam segala benda. Parti mana
yang menang hanya ditentukan sekali sahaja.. masa pilihanraya.. tak payah dok
bising canag keburukan orang lain la. Duduk je diam-diam..sampai masa untuk
mengundi, pergi je mengundi.. kalau dok bising-bising kat pesbuk je, tapi
daftar mengundi pon belum, baik jadi ayam je la..
Wednesday, March 6, 2013
Cara Untuk Murah Rezeki
Masyarakat kita sering menyalah ertikan makna rezeki. Bila
disebutkan rezeki, otak sering memikirkan soal duit dan harta. Padahal rezeki
itu lebih luas maknanya. Air itu rezeki, bukit-bukau itu rezeki,
tumbuh-tumbuhan itu rezeki, kesihatan itu rezeki bahkan bernafas itu juga satu
rezeki. Tanpa rezeki manusia akan mati. Begitulah Maha Pengasihnya Allah s.w.t
terhadap makhluknya. Setiap hidupan ada rezeki masing-masing.
Bila kita dimurahkan dan dilapangkan rezeki oleh Allah
s.w.t, hidup kita akan sentiasa senang. Tak kira taraf hidup sama ada kaya atau
miskin. Kekayaan bukan pengukur limpahan rezeki dari Allah. Kadang-kadang orang
yang kita lihat kaya dan bergaya itu sebenarnya hidup penuh dengan hutang.
Apakah orang yang sentiasa sakit kepala kerana memikirkan hutang keliling
pinggang tapi mampu makan di hotel mewah itu murah rezeki? Apakah tukang kebun
yang bahagia bersama isteri dan anaknya yang berjaya menjadi Hafiz itu sempit
rezekinya? Tidak..tidak..dan tidak sama sekali..
Kali ni aku nak kongsikan cara bagaimana untuk dimurahkan
rezeki. Kalau korang masih nak anggap rezeki itu sebagai duit dan harta pon
terpulanglah. Sebab duit itu juga salah satu rezeki. Apa yang aku nak kongsikan
ini pon adalah hasil dari pengalaman aku sendiri. Sekarang ni aku masih tak
bekerja. Namun aku masih mampu untuk hidup bahagia dan memenuhi segala
keperluan aku. Macam mana aku dapat duit untuk memenuhi keperluan diri aku
sedangkan aku tak bekerja? Macam ni cara-caranya…
Jaga Solat
Solat itu tiang agama. Jangan sesekali tinggalkan apatah
lagi saja-saja nak tinggalkan. Solat itu suruhan Allah. Kalau kita ikut apa
Allah suruh, pasti Dia akan bagi apa yang kita nak. Ye tak? Macam mak kita
suruh kemaskan rumah la. Kalau kita ikut arahan mak kita, pastu kalau kita nak
minta upah pon mak kita tak kisah nak bagi. Kalau kita malas nak kemaskan rumah
macam yang mak kita suruh, kita nak minta duit pon dia berat nak bagi.. Allah
pon sama la.. kita buat dulu apa yang Allah suruh, pastu kita minta la apa yang
kita nak.. Kalau boleh, buat juga solat sunat macam solat hajat, solat dhuha..
Doa
“Mintalah Apa yang kau inginkan , nescaya akan aku tunaikan”.
Itu adalah janji Allah s.w.t. Allah takkan mungkir janji seperti kita. Janji
Allah itu pasti.. Dah Tuhan suruh kita mintak, mintak je la… Kenapa kita taknak
minta sedangkan kita sentiasa diberi peluang? Kalau orang lain yang bagi
peluang macam ni, cepat pulak kita mintak apa-apa sedangkan janji orang ni tak
la boleh pakai sangat..
Sedekah
Kalau nak duit banyak, kita pon kenalah sedekahkan banyak
sikit duit yang kita ada. Allah dah janji, setiap sedekah yang kita keluarkan,
Allah akan balas 10kali ganda. Wow!!! 10 kali ganda tu.. Kalau kita sedekah
seringgit, Allah pasti akan balas 10hengget.. kalau kita sedekah 10hengget,
Allah akan balas 100 hengget. Kalau 1000 hengget, Kita akan dapat 10ribuhengget..
Jangan tak percaya..Ini janji Allah. Apa yang penting kita kena yakin.
Yakin-seyakinnya Allah akan balas balik amal perbuatan kita. Para Sahabat yang
tersohor kaya seperti Abu Bakar, Usman, Abdul Rahman bin Auf sering mendermakan
harta mereka. Apakah mereka jatuh miskin? Tidak, bahkan semakin kaya.. Nak
sedekah tapi tiada duit? Jangan bimbang, senyumnlah selalu.. senyum itu juga
satu sedekah.
Bersyukur
Nak dimurahkan rezeki lagi, didiklah diri kita supaya
menjadi orang yang bersyukur. Jika kita sentiasa bersyukur, Allah akan
memudahkan dan melengkapkan hidup kita.. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
Duit dalam poket ada 5hengget, kita dah susah hati sampai mengeluh. Sedangkan kita
terlupa bahawa masih ramai orang yang tidak mempunyai 5sen pon. Firman Allah, “sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya
Aku akan menambah (rezeki) kepadamu, tetapi jika kamu kufur (mengingkari
nikmat-Ku) maka azab-Ku amatlah keras”
Berzikir dan membaca
Al-Quran
Berzikir boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Dari
kita dok menyanyi melalak sambil bawa kereta, adalah lebih baik kita berzikir. Puji-pujian
terhadap Allah. Allah pon suka kalau orang selalu memuji-Nya. Dah kita selalu
puji Dia, Tuhan pon pasti akan tolong kita. Pasti Dia akan melimpahkan
rezeki-Nya kepada kita.Baca Al-Quran juga pahalanya sama seperti bersedekah.
Usaha dan Tawakal
Nak dapatkan apa-apa pon, kita kena berusaha. Segala
keinginan kita takkan datang bergolek dengan sendiri. Tapi kadang-kala, rezeki
itu juga boleh datang dengan sendiri. Itu Kehendak Allah. Takde yang mustahil.
Aku sendiri tak bekerja tapi masih mampu dapat apa yang aku nak. Walaupon takde
duit, tapi hati teringin nak makan KFC, tetiba Allah akan hantar KFC tu kepada
aku. Adalah perantaraan tu.. Yang paling penting tawakal lah sepenuhnya kepada
Allah. Allah lah pemilik rezeki yang sebenarnya dan Dia jua lah yang akan
memberikan rezeki-Nya kepada kita.
Apa yang aku kongsikan ini adalah dari pengalaman hidup aku
sendiri. Kalau nak diceritakan satu-satu, memang takkan habislah bab rezeki ni.
Aku berikan sedikit je.. Apa yang penting, kita kena yakin, rezeki itu dari
Allah. Berserahlah kepada-Nya..
Tuesday, June 12, 2012
Ibu Ayam
Sejak dok kat kampung ni, aku sangat-sangat jarang online.. memang takde masa untuk menghadap komputer memandangkan kerja aku hari-hari dari pagi sampai malam asyik pusing kampung je. Dalam mengharungi kedamaian kampung, aku asyik memerhati dan belajar banyak perkara yang memang takde kat bandar. Kedamaian yang aku nikmati kadang-kadang hilang jua apabila terpaksa berperang dengan ayam-ayam yang suka berak merata-rata. Paling tak tahannya, kenapalah ayam-ayam ni suka sangat berak kat atas lantai simen. kenapa tak boleh nak buang najis mutawassitoh tu kat atas tanah je. Bila dah dah berak kat atas lantai tu, terpaksa jualah aku membasuh najis-najis yang tak diundang tu. Dek kerana peperangan dengan ayam tu juga, dah beberapa batang penyapu dah aku patahkan kerana serangan layangan penyapu yang aku lakukan ke atas ayam-ayam yang tak berperibinatangan tersebut. Ayam-ayam tu langsung tak fikirkan perasaan aku yang sangat berat untuk membasuh lantai yang bertahi itu.
Yang menarik perhatian aku kat ayam ni jugak, si bapak ayam punyalah ramai kat halaman rumah ni. Tapi bilangan si ibu ayam tak la banyak sangat. Oleh kerana itu, bapak-bapak ayam tu terpaksa merebut peluang untuk merogol ibu ayam yang lebih sikit bilangannya. Ada juga bapak ayam yang merogol secara bergilir-gilir.. perghh.. memang naya si ibu ayam. Disebabkan kejadian rogol-merogol ni, ibu ayam sering bertelur lagi walaupun anak yang di belanya belum lagi akil baligh. Apa yang menarik pasal ibu ayam ni, walaupun mempunyai anak yang ramai tapi anak-anaknya dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang ibarat menatang minyak yang penuh.
Aku tak nampak ibu ayam tu membeza-bezakan kasih sayang antara anak-anaknya.. tiada penderaan dilakukan keatas anak-anaknya.. makanan yang ada pun diberikan kepada anak-anak dahulu..anak-anak didahulukan, makanan di utamakan... Walaupun ibu itu membawa anak hasil dirogol oleh bapak ayam, namun anak-anaknya itu tetap disayangi. Ibu itu sendiri tidak tahu bapak ayam manakah yang membuntingkan dirinya. Zuriat bapak manakah yang dikandungnya..Yang si ibu tahu, anak-anak itu adalah anak-anaknya.Anaknya perlu dijaga dan di sayangi sehingga sanggup membahayakan diri demi menyelamatkan anak-anak.Menyerang apa saja yang bakal mengancam keselamatan anak-anaknya. Situasi ni buat aku berfikir, si ibu ayam yang dirogol pun mampu menyayangi anak haramnya. Tapi kenapa manusia yang saling rogol-merogol antara satu sama lain yakni suka sama suka dalam membuat perkara haram tapi bila dapat anak terus di buang.. tersadailah anak manusia di dalam tong sampah tanpa kasih dan belas ibu bapa.

Wednesday, February 22, 2012
Thursday, November 17, 2011
Seksi dan seksa
Sekali lagi kita digemparkan dengan artis kontroversi yang bodoh tak habis-habis.. dulu pernah gempar apabila gambar bogelnya tersebar ke internet dimana tertayang sekor anak pontianak bersama boiprennya yang sedang menghisap tetek.. uiii..kalu dia tu adik aku, dah lama aku tangan-tangankan serta kaki-kakikan.. bila dah senyap tak berapa lama, kini kecoh pula bergambar kat majalah dengan seksi meksinya..kononnya mengancam la bergambar ngan muka teran berak sambil tayang lurah tetek.. Lebih menyedihkan bila baca komen dia sendiri.. "alah, seksi je pon..bukannya berbogel.." dan tambahnya lagi, "biarlah dosa tu saya yang tanggung sendiri..".. Baginya, gambar tu memang akan jadi kritikan hebat masyarakat, tapi dia selamba je jawab, "orang ni semuanya tak betul..buat itu salah, buat ini salah.."
Amboi..amboi..selamba badak air je dia punya jawapan..Apakah anak pontianak ni memang takde agama? cakap ikut sedap je.. Aku ni manusia dan memang aku tak layak nak menghukum sesama manusia.. tapi bab aurat ni memang dah ditegaskan dalam Al-Quran dan Hadis.. Cuma aku nak komen balik pasal komen si pontianak yang suka berbogel ni.. Apakah tetek itu bukan termasuk bahagian aurat bagi wanita? takde istilah seksi dibenarkan dalam Islam. Seksi tu sama tarafnya dengan berbogel..walaupon menutup badan dengan kain yang penuh, tapi jika kain itu ketat sehingga menampakkan warna atau bentuk tubuh, tetap dianggap tidak menutup aurat. Pasal komen nak menanggung dosa sendiri tu, patutnya ko kena tahu, ko bogel ke, ko seksi ke, ko memang dah membuat perkara yang dilarang dan otomatik dah dapat dosa. pastu orang lain yang tengok gambar tu pon tetap berdosa.. Ayah, adik beradik lelaki, wali atau suami akan turut menanggung dosa ko tu..
Hmm..biarlah saya tanggung dosa tu konon..tahukah ko betapa berat dan seksanya dosa? berani main-main nak tanggung dosa..mulut sedap je cakap. Kalaulah Tuhan mengizinkan manusia ni dapat lihat dosa dan pahala, nescaya takkan ada orang yang berani buat maksiat dan perbuatan mungkar walaupon mengambil duit orang lain sebanyak 1 sen berkarat. Pasti manusia yang terlentang sakit pon akan merangkak dan mengesot untuk ke masjid bagi solat berjemaah..Azab yang paling ringan dalam neraka adalah tahap terbakar kulit-kulit dan menggelegak otak.. nauzubillah...berani nak tanggung macam tu? Sebelum kena boleh la kata macam-macam..baru tercucuk bara puntung rokok pon dah meraung tak ingat dunia..Jangan sampai menyesal bila mata dah tertutup pasni..tiada lagi peluang hidup kali kedua.
Sedarlah wahai para perempuan yang lain juga, janganlah kalian menjadi betina..orang lelaki memang tak suka ambik betina yang seksi-seksi nak wat bini.. percayalah... kalu setakat nak buat gelpren, perempuan simpanan atau tempat melempiaskan nafsu tu memang ramai yang nak...tak percaya?? cubalah sendiri.. nanti bila dah terkena, barulah tengok kucing pon rasa malu... Jadi, sayang boipren korang pon biar berpada-pada..tak perlu di tayang dan diberi tubuh badan walauponn sebelah tetek sekalipon..perempuan yang tiada dara lagilah..ibarat tin milo yang sudah kehabisan milonya...tin kosong...kepada artis anak pontianak tu dan juga perempuan-perempuan lain, ingatlah...jagalah maruah dan harga diri..aku malas la nak komen panjang pulak kat sini..nanti korang kata blog aku dah bertukar jadi blog agama dan penceramah bebas la pulak..semoga yang dah terlanjur tu bertobat la cepat-cepat..kita tak tahu bila Izrail datang menjemput..
p/s : Bagi aku, artis-artis yang suka kontroversi, yang tak tahu malu, yang suka seksi-seksi tu patut di ban je..tak payah support setiap nyanyian atau lakonan mereka..
p/s 2 : dulu RTM tidak membenarkan artis-artis lelaki berambut panjang dan membuka baju walaupon badan diorang tu bukan aurat..
Monday, November 14, 2011
Walimatulurus~
Sekarang ni segala-galanya pesbuk.. nak berniaga pakai pesbuk, nak bergosip pon kat pesbuk,main game pon kat pesbuk, nak sihir pon pakai pesbuk, nak kawen pon invite dari pesbuk je.. Kadang-kadang rimas jugak bila segala aspek dalam hidup dikaitkan dengan pesbuk.. tapi itulah realiti trend masyarakat kita sekarang ni..tak lepas jugak dari pesbuk.. Semenjak dua ni, aku selalu je dapat undangan perkahwinan dari member-member lama.. yang tak berapa bestnya, segala undangan tu hanyalah secara tag kat gambar ataupon invite kat event..ayoyo~ memang ekonomi gila. tak payah pos-pos kad lagi.. yang bagi kad pon ada, tapi boleh dibilang ngan jari.
Bila tengok member-member kawen, aku pon tumpang gembira.. dah berumah tangga korang~ ada tanggungjawab baru la pulak.. aku jugak yang masih indie.. suka hati nak pergi mana, nak buat apa..ekekeke..tapi siyes aku dengki..korang best je ada teman nak tido. aku jugak yang masih tido ngan bantal busuk. sampaikan ada member tu dah kawen 2 pon..umur sama ngan aku je..caiiittt... anak pon dah 2,3 orang..aku ni anak kucing pon takde. walaupon masih ada member-member yang single, tapi diorang pon dah ada calon.. ada cikaro dah..aku ni apa pon tarak..uhhh sadisnya hidup. (>.<)
Dek kerana masih membujang, aku cuma mampu berblog je la sampaikan blog aku penuh dengan kelucahan..ekkk..aku tak lucah pon tapi keyword yang lekat kat blog aku ni memang penuh kelucahan..aku inesen bai..lalalala~
nampaknya blog aku ni memang lucah kot~
p/s : mak aku cakap : "ko tu blajar pon tak habis lagi..toksah dok pikir lagi nak berbini.. ko nak bagi bini ko makan pasir??"
Saturday, November 5, 2011
Pembenci di benci
Pasti korang pernah rasa meluat, berbulu, sakit hati ngan seseorang kan? Manusia ni mempunyai macam-macam ragam..dalam hidup kita, pasti kita bertemu dengan orang yang tak sekepala atau perbuatannya tak dapat kita terima..kalu jumpa ngan orang yang tak disenangi, pasti mula-mula kita akan rasa tak selesa.. pastu mula berbulu je tengok orang tu.. perasaan meluat pula akan menyusul dan seterusnya sakit hati..lastly wujud perasaan benci..
Benci tu satu perasaan yang negatif..kalu boleh, janganlah wujudkan rasa benci kita pada orang lain sebab benci itu satu penyakit hati.. mula-mula kita akan benci sorang..pastu 2 orang, pastu 3 orang dan seterusnya..Lama-kelamaan hidup kita akan penuh dengan perasaan benci. Kebiasaanya, orang yang suka benci orang ni juga akan dibenci oleh orang lain..contoh mudahnya, kalu korang benci si A..mungkin si A jugak akan menjadi benci kepada korang. pastu korang cerita pulak keburukan si A kepada si B.. mungkin si B ni pulak akan benci dengan korang sebab suka cerita keburukan orang. si A tu pulak cerita pada si C yang korang suka benci orang. Jadi si C pon mungkin akan benci korang..sekadar contoh je la...
Kalau adalah seseorang yang berperangai buruk, cubalah korang jangan benci diorang.. cuba belajar benci perangai diorang tu je..tapi jangan benci orangnya..benda ni nampak mudah tapi sebenarnya sangat susah.. tapi cuba latih diri sendiri.. Jangan sesekali benci orang lain. kalau si A tu suka mencuri, maka bencikan perangai mencurinya tu..jangan bencikan si A..bila dibenci, pasti akan dihina.. tapi ingatlah, kadang-kala orang yang dihina tu mungkin lebih mulia dari yang menghina..Kalu korang benci ngan orang tu, pasti korang dah tak nak tengok muka beliau..tu dah memutuskan silatulrahim..tak bau syurga la orang yang memutuskan silatulrahim ni.. tapi kalu korang bencikan perangai orang tu je, korang masih dapat bergaul mesra dan menerima orang tu dalam hidup korang..yang buruk itu perangainya, bukan orangnya..yang keji itu akalnya bukan hatinya..bila-bila masa hidayah Allah mampu menusuk ke dalam hatinya untuk berubah..mungkin hari ni dia pencuri..mana tahu esok dia menjadi wali..
Friday, November 4, 2011
Menyepi
Tatkala blogger lain sibuk mengupdate blog, sedar tak sedar dah seminggu lebih aku tak update blog aku ni.. memang aku betul-betul sibuk sebulan dua ni..jarang-jarang dapat menatap blog aku yang comel ni ( nak harapkan orang lain puji, memang takde la..terpaksa masuk bakul angkat sendiri ekekeke..). walaupon tak berupdate, tapi kadang-kala aku masih mampu menzirahi blog-blog yang sering aku layan dan blog-blog lain.. walaupon sebagai silent reader, tapi aku masih membalas kunjungan mereka yang dapat dikesan jejaknya di blog ni..kurang-kurang bertambah jugak UV kat blog korang..
Sebenarnya aku sibuk dok praktikal sekarang ni..dalam sebulan lagi baru habis.. sekarang pening pulak nak siapkan report..jadi kepada sahabat-sahabat yang mengenali aku kat alam maya ni, jangan la kecik hati sangat ye kalu takde komen atau balasan dari aku.. Papepon, Selamat Hari Raya AidilAdha kepada seluruh muslim.. Selamat menunaikan haji kepada yang mampu, Selamat menunaikan ibadah korban kepada yang murah rezeki dan selamat menjamu daging kepada semua..
jiwaku yang lara kerana Lara..oh Neelofa..(aku tengah gila meroyan)
p/s : Aku betul-betul tak puas hati ngan Anugerah Skrin 2011 tadi..rasa macam banyak anugerah yang diberi tak sesuai dengan penerima..papepon, tahniah kepada yang menang..Rozita che wan memang cun!!
p/s 2: aku nak gewe ngan Neelofa.. tak jauh pon Tanah Merah ngan Pasir Mas..kahkahkah....
Wednesday, October 19, 2011
Diskriminasi
Diskriminasi sering terjadi...sungguh tidak adil dunia ni..
p/s : selalu tgk je orang dok post gambar bila menjelang rabu~
Sunday, October 16, 2011
Kepala Kaler
Macam-macam kerenah budak-budak zaman sekarang ni.. Kadang-kadang sangat menyakitkan mata malah menyakitkan hati.. Entah kenapa budaya tak senonoh makin lama, makin menular dan menjadi kegilaan.. Antara yang aku paling tak tahan tengok budak-budak sekarang ni ialah budaya kaler rambut. Entah apa jadah gi kaler-kaler rambut tu.. dah tu, bukan murah kaler.. beratus ringgit..baik buat belanja aku makan kat hotel Hilton ke.. KFC ke paling cikai..
Nampaknya peribahasa "rambut sama hitam, hati lain-lain" dah tak boleh diguna pakai sekarang ni.. sebabnya peribahasa yang baru perlu digunakan.." rambut pon dah lain kaler, apatah lagi ngan hati". Tuhan dan buat kita kat rantau ni rambut kaler hitam.. tak payah la nak jadi macam Mat Saleh yang berkaler-kaler rambut depa tu.. Benda takde pekdah tak perlu di tiru.. lagipon, bila dah kaler rambut tu, air tak rata bila mandi.. jadi macam mana korang nak solat?? dah mandi pon air tak rata, sah-sah la mandi wajib pon tak sah.. bila tak mandi wajib macam mana nak solat ngan sempurna? Hmm.. satu lagi pesanan dari aku, kalaupon nak jadi macam mat saleh, korang gi kaler-kaler rambut tu namun punggong korang tetap hitam!!! sedar diri sikit...
Cun ke?? macam pontianak je tengok~
Tuesday, October 11, 2011
Minta Maaf
Antara perkara yang senang tapi susah nak di buat ialah minta maaf. Bagi masyarakat kita lebih-lebih lagi, amat susah untuk seseorang mengakui kesilapan sendiri lebih-lebih lagi orang tua. kononnya dengan alasan 'aku makan garam dulu', maka perkataan maaf seolah-olah tak perlu. Walaupun kadang-kala kita sedar kesilapan kita, namun wujud pula perasaan malu untuk meminta maaf.
Paling teruk, ucapan maaf itu sukar di sebut kerana perasaan ego.. cittt...kalu dah salah, ngaku je la.. tak salah pun kalau ngaku salah.. yang salahnya kalau taknak ngaku salah walau pun dah terang-terang bersalah..eh, salah ke apa yang aku kata ni? ahh..buat-buat tak salah je la.. ekekeke.. memang sukar untuk meminta maaf dari orang..aku sendiri pun rasa begitu.. tapi kalau minta maaf, kita tak rugi apa-apa pun. bahkan akan lebih mengeratkan silatulrahim..
Tapi, bagi aku permohonan maaf juga kadang-kala tak bernilai sangat lebih-lebih lagi dari golongan artis.. buat benda ikut suka hati dia je.. bila dah kena kecam ngan masyarakat, baru nak minta maaf.. tapi pastu buat balik.. bahkan ada yang makin teruk.. golongan yang minta maaf atas kesilapan lalu tapi tetap ulang kesilapan sama di masa akan datang memang betul-betul lahanat.. rasa nak tumbuk je muka depa 14 kali.. hmmm..sebenarnya baru-baru ni, aku betul-betul ada resek kat sorang brader tu.. ada orang wat salah ngan dia.. jika difikirkan logik dari akal aku la...orang tu la yang salah.. pastu, orang tu pulak taknak bertegur sapa. lastly, brader yang tak bersalah tu pulak gi minta maaf.. kononnya dia taknak la bermasam muka ngan orang. bukan susah pon nak minta maaf.. pergh...bila dengar penjelasan brader tu, aku terpana.....

Sunday, October 2, 2011
Senyum
Perkara paling mudah dalam membuat amal kebaikan adalah senyum. Nabi pernah kata, senyum itu satu sedekah..Haaa.. kalu takde duit nak bagi sedekah, berikan senyum pon dah dapat pahala. Perghh.. mudah gila nak buat amal kan? tak perlu luangkan masa sampai berjam-jam, tak perlu keluarkan modal satu sen pon, tak payah bersusah payah mengerahkan kudrat.
Biarlah senyum tu sentiasa melekat kat mulut.. orang tengok kita pon, senang je hati... korang bayangkan kalu jumpa ngan mamat yang bermuka masam je..ish, burok beno rupenya.. pastu, bermacam spekulasi akan muncul di minda kita.. eh, dia ni bergaduh ngan awek ke? ehh, bini dia peroid ke? mamat ni kena marah ngan bos ke? err.. korang nak ke orang dok mengata kat korang macam-macam? kalu sentiasa senyum kan, orang pon sejuk hati menengok muka kita.. kalu diorang kata pon, "wahh.. ceria betul si mamat ni.. senang hati je".
Tak rugi pon kalu selalu senyum kat orang.. Orang kata, biar manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman. Memang muka kita akan kelihatan lebih manis jika sentiasa senyum. dari senyuman jugak, banyak masalah dapat dilupakan.. kita sendiri jugak yang akan berasa bertambah keyakinan dalam buat sesuatu kerja. oleh itu, senyum lah selalu.. :)
Thursday, September 22, 2011
Artis Lucah
Dari dulu sampai sekarang, tak habis-habis berita sensasi pasal gambar mahupon video artis berbogel la, artis pakai bikini, artis comolot, artis minum kencing setan ataupon arak, artis main rogol-rogol, artis tangkap khalwat dan macam-macam lagi.. Cuma yang aku heran, kenapa tiada tindakan dari pihak berkuasa? seolah-olah pelaku dalam gambar dan video yang tersebar itu adalah orang putih, jepun, china, bangla atau sebagainya..
Walaupon dah banyak video dan gambar artis yang berbogel dan berlakon belu, undang-undang masih senyap... sepi.. seolah-olah tiada apa-apa..yang kecoh pon hanya video belu pasal Anwar Ibrahim. Ini tak lain hanyalah kerana politik semata-mata.. Dulu Anwar dikatakan Al-Juburi.. Pastu main ngan amoi.. Pasal tu, no komen.. tapi kenapa kalu bab artis, semua senyap? paling hangat pon setakat mendengar carutan dan maki-hamun dari blogger je la.. Hanya kutukan dari dalam blog yang kedengaran.. tapi tindakan??
Cuba contohi macam Indonesia.. Ariel Peter Pan yang dikatakan berlakon belu telah di dakwa di mahkamah.. Semenjak itu namanya semakin femes sampai mendapat perhatian dari Maria Ozawa.. Perghh.. lebih memfemeskan beliau, namanya telah diganti dengan Ariel Peter Porn.. Beliau disabit kesalahan membuat dan menyimpan bahan pornografi.. walaupon dia pelakon, pengarah, penulis skrip, hukuman tetap dikenakan terhadap video peribadi tu biarpun tidak disabitkan dengan kesalahan menyebar video tersebut.
Aku rasa, artis di Malaysia pon patut di ambil tindakan Mahkamah.. Jangan tindakan hanya kerana politik sahaja.. Jangan nak tunggu gi serbu artis kat bilik hotel je.. dah ada video, ada gambar, dakwa je terus... nanti siasat la video dan gambar tu ori ke tak.. Kalu nak dikirakan, memang berlambak video melayu 3GP.. tapi kalu orang biasa, sape la kenal..kalu artis, memang sah-sah semua orang kenal.. pelakon belu dari masyarakat biasa pon perlu diambil tindakan jika kenal pelaku tersebut..Kepada pihak yang berwajib, pandai-pandai la buat kerja yang sepatutnya.. Jangan hanya serbu dan dakwa orang yang boleh korang skodeng je...
Wednesday, September 21, 2011
McDonald dan air mani
Dalam banyak-banyak berita yang aku baca hari ni, ada la satu yang menarik minat.. kes perbicaraan liwat DS Anwar Ibrahim.. Sebenarnya aku tak minat sangat nak tahu pasal perkembangan perbicaraan kes tu.. kalu boleh nak tahu keputusan je.. mungkin mereka-mereka yang suka berpolitik tu minat la nak ikuti berita kes ni.. boleh jadi bahan ceramah ke nanti.. ye la, PRU dah nak dekat ni..
Aku tertarik bukan pasal perbicaraan kes, tapi kerana nama saksi tu..Pakar DNA Australia, Dr Brian Leslie McDonald.. Dengar je nama beliau, terus aku terasa lapar.. Ye la, automatik aku terbayang burger McD..fuuhh... dah lama tak pekena ni..hehehe.. Dr. McDonald dikatakan cuba mengelirukan mahkamah dan bersikap tidak jujur ketika memberi keterangannya. Kreadibiliti beliau sebagai pakar DNA juga di pertikai dan beliau dikatakan tak jujur dalam mahkamah kerana kenyataannya bercanggah dengan ujian yang dibuat oleh Dr. Seah tambahan lagi sijil pengiktifaran beliau tu sendiri dah buruk beno. dari tahun 90an lagi..
McDonald dalam keterangannya menyatakan bahawa saintis forensik, Dr Seah Lay Hong telah melakukan ujian Acid Phosphatese (AP Test) dengan tidak mengikut panduan yang ditetapkan terhadap sampel diperoleh dari dubur mangsa, Saiful Bukhari kerana kesan air mani yang banyak diperlukan dalam ujian itu..Antara fakta yang menarik aku dapat dari kes ni ialah sperma boleh berada selama 19 hari dan berenang dengan gembira apabila berada di dalam faraj.. manakala sperma mampu berada dalam dubur selama 113 jam dengan penuh penyeksaan apatah lagi jika sperma itu berada di dubur seorang lelaki..
burger McD tiada kaitan dengan kes liwat DS Anwar...
p/s: Pangkat paling bangang pernah aku dengar hanyalah pernah dikurniakan kepada Anwar iaitu Al-Juburi.. hahaha..siyes syit!! sape la yang mula-mula bagi gelaran tu..
Monday, September 19, 2011
Dah jumpa, tension pulak
Dah beberapa hari aku mencari.. merata tempat aku geledah. Tapi entah di mana.. Dah jemu dengan pencarian, aku beli je yang baru.. Huk alohh.. 50sen je satu.. tapi bila dah dapat benda tu, nak gunakannya memang tension gila.. tak gunakan, sia-sia je aku beli..
Benda yang aku nak guna tu adalah pengepit..hehehe..siyes aku betul-betul tension nak cabut bulu ketiak.. lenguh tengkuk wehhh.. tertunduk je kepala.. mata pon rasa nak juling je dok hadap celah ketiak..nasib baik ketiak sendiri sebab ketiak aku dijamin wangi.. Memang sangat-sangat tension sehingga rasa nak berputus asa je nak cabut semua bulu-bulu tu.. tapi mengenangkan ketiak aku yang hensem, terpaksa aku gagahi diri untuk menahan dari sedikit rasa sakit apabila bulu itu dipisahkan dari ketiak. demmm....
Aku rasa kena pergi berurut la pulak lepas ni untuk mengembalikan kesihatan tengkuk yang lenguh menunduk.. malas dah nak cukur bulu ketiak sebab banyak kali aku dengar orang kata, tak elok kalu dicukur..x baik untuk kesihatan ketiak.. lagipun ia sunat di cabut.. walaubagaimanapun, petua supaya tak dicukur bulu ketiak tu bukan khurafat ye.. tak berkaitan ngan akidah walaupon boleh menjadi satu ibadah.. Ahh..malas nak taip panjang-panjang.. baik aku teruskan perjuangan mencabut bulu ketiak.. mencari nikmat dalam kesengsaraan..hahahaha..
Harga pengepit bulu ketiak...
p/s : Pernah jumpa ngan awek cun yang pakai baju t-shirt ketat dan lengan singkat.. perghh.. muka lawa, tapi bulu ketiak terjulur keluar.. x senonoh gila~
Subscribe to:
Posts (Atom)