Pages

Wednesday, October 13, 2010

Melayu mudah lupa

Tak tahulah macam mana, tetiba aku boleh terpikir pasal tema Melayu mudah lupa.. sajak dari Tun Dr. Mahathir ni telah menjelma dalam benak aku. tanpa buang masa aku cuba mencari sajak ni dalam file simpanan aku. aku yakin aku ada simpan keratan akhbar pasal sajak Melayu mudah lupa ni... akhirnya aku jumpa dan aku cuba perhatikan setiap baris ayatnya... terasa juga kepiluan, kesedihan dan kehampaan... 

(Telah di deklamasikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad pada Perhimpunan Agung UMNO di PWTC)

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah
Berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai



*mungkin ayat yang digunakan agak klise, tapi sangat mendalam.... ye la..nanti kang, kalu terlalu berbunga-bunga,orang yang bukan jiwa sastera x paham la.. ^^

3 Orang mengumpat:

Faizal Sulaiman said...

terima kasih berkongsi!

Unknown said...

sama-sama~ :)

alyn_venira said...

TERINGAT LAGU MALIQUE FT TAN SRI MAHATHIR