Pages

Wednesday, January 19, 2011

Kawanku hantu

Bila aku teringat ngan member aku si Zai, mesti aku akan ingat negeri Sabah sebab beliau dah menetap kat negeri kelahirannya tu.. Bila aku fikirkan pasal negeri Sabah, mesti aku akan terpikir pasal balan-balan. Kalu aku terpikirkan balan-balan, mesti aku teringatkan member aku.. eh, apa jadah nak kaitan member aku ngan balan-balan.. Aku jadi tertarik pasal cerita balan-balan a.k.a hantu penanggal kerana spesis ni amat terkenal di negeri bawah bayu.
Member-member aku dari Sabah pernah bercerita pasal balan-balan ni. Kononnya balan-balan ni bukanlah hantu yang bersifat ghaib tetapi adalah golongan manusia yang membuat perjanjian dengan syaitan untuk membolehkan kepala mereka berpisah dari badan. Dengar cerita lagi, hanya kaum tertentu yang ada belajar jadi balan-balan ni.. ada sorang member tu ada mendakwa kononnya pernah mengenali sahabatnya yang merupakan seorang balan-balan.. eh, seekor eh..seketul, ahh.. aku pon tak tahu nak bagi penjodoh yang sesuai dah. nak kata patung, tapi dia tu orang. nak panggil orang pun dah jadi bukan orang. pandai-pandai la korang bagi penjodoh bilangan yang sesuai. segerombolan pon boleh jugak kot..

Menurut member kepada member aku tu (bukan member aku), dia jadi balan-balan kerana warisan dari tok nenek. Dia tak nak pon bertukar jadi balan-balan tu tapi bila ada je orang nak beranak ke apa, secara otomatik beliau tak leh nak dok diam. jadi gelisah dan lapar darah. Beliau akan jadi jugak balan-balan tu walaupon diluar kehendak sendiri. Tanda-tanda seseorang tu adalah balan-balan, tengkuk dia ada garisan kecil yang menandakan kepala dia pernah terputus dari badan. Amatlah menjadi pantang kepada orang Sabah kalu cerita pasal balan-balan ni di kala waktu malam. Kata mereka, benda tu boleh dengar kalu mengumpat kat mereka dan akan datang cari korang di tengah malam..

Hmm, kenapa ada orang yang menuntut nak jadi penanggal ni? apa faedah yang dapat? Dari dok makan benda-benda kotor tu, baik makan nasi ayam.. stakat jadi hantu sebab nak makan tali pusat apa barang...mungkin mudah kot jadi balan-balan ni. tak payah nak letih jalan kaki. boleh terbang je..sekali tali perot tu tersangkut kat pokok, baru padan muka.. Benda ni bukan aku tak percaya.. memang  tak mustahil balan-balan ni wujud kalu dah bersekongkol dengan syaitan, semua benda boleh jadi. Tuhan mampu membenarkan semua benda. Tapi janganlah sampai kita nak takut-takut  dan taksub ngan benda-benda macam ni.. rosak akidah nanti. Kalu dia datang, try kasi smash ngan kayu besbol ke.. terpelanting la tu.. 

Kepada mereka yang tak rela tetapi terpaksa menjadi balan-balan tu, kalu boleh cubalah dekatkan diri ngan agama. tak kira la korang agama apa pun.. setahu aku semua agama mengajar kepada kebaikan dan kedamaian serta memberi ketenangan kepada penganut-penganutnya. cuba la banyakkan membaca kitab agama dan kalu time terasa kepala nak terpenggal tu, try la asingkan diri dengan dok dalam bilik yang terkunci..  Bila rasa nak datang bulan waktu menanggal banyakkan berdoa. Ye, aku cakap memang senang sebab bukan aku yang merasa situasi tu. Aku cuma reti cakap je. tapi tak salah kalu mencuba kan? mudah-mudahan saka balan-balan tu dapat di buang.








17 Orang mengumpat:

Hani Nabilia said...

ade ke yg tak rela? maksud nya..hantu nie dtg dalam bntuk pewaris2....dr atuk ke cucu? huhu tnyer je

ghost said...

bahasa ortu aku,balan2 ini dipanggil 'parakang'..seram siutt...jangan tidur tanpa tutup jendelanya..tapi bapa ku tau gimana cara mau 'lumpuhkan' operasi balan2 nih..

Ayuni said...

hm, penanggalan klau org pahang panggil...

Unknown said...

Daniela : hmm..dengar ceritanya macam tu la.. anak cucu pon terpaksa menjadi penanggal. warisan dari orang tua dulu.

Unknown said...

biskut :ooo ada juga yg panggil parakang.. org kata letak pokok berduri kat rumah. nnt dia takut nk dekat sebab x mau perot dia terlekat.. x tau la betol ke x..

Unknown said...

Ayuni : kat semenanjung biasa di panggil penanggal @ penanggalan.. tak tau la semenanjung ni ada ke x... x pernah dgr cerita dari semenanjung.

Faizal Sulaiman said...

mcm penanggal ek?warghhhh

Unknown said...

FaizalSulaiman : penanggal la namanya kalu di semenanjung..

Anonymous said...

adeyh2!
takut2!

My MiRa said...

betol2...mira pon dengr kisah yang same tentang hantu jenis ni....katnya die ni menuntut ilmu salah...hehee

eqbalzack said...

tgk khurafat kat panggung skrg...lebih kurang mcm entry ni..hehe

Unknown said...

Lelaki ini : eh, ko ni..nama je lelaki.. tapi penakot..hahaha..gurau2 je.. jangan terasa ati ekk..

Unknown said...

My Mira : hmm..mmg salah la kalu dh jadi hantoo tu. takde nya hantu baik dalam dunia ni.. Casper tu cerita tipu je.. :)

Unknown said...

Abg Eq : tgk trailer dia pon dh seram.. nnt nk g panggung la..

Luna Biru said...

Salam encik Budak kampung...
perhaps u can introduce me with your friend so your friend can introduce me with your his friend. Will you....

http://rineyramley.blogspot.com/2012/10/twilight-vs-balan-balan.html

Unknown said...

Mmang wujud ni,sy hari tu pun pernah jga kena gnggu time pregnant.mmang seram gila

Lyn said...

Sni ade je benda tu..tpi xtau la siapa..x perna nk cari tkut wei..moga2 Allah sentiasa melindungi kmi sekeluarga..