Pages

Sunday, January 9, 2011

Muka buku

AMARAN!!!! eh... PERHATIAN!!!!  Mark Zuckerberg telah mengumumkan bahawa pesbuk akan di tutup mulai 15 Mac ni... Tak tahu la aku berita ni sahih ke atau sekadar khabar angin sepoi-sepoi bahasa.. Mark Zuckerberg dikatakan tertekan dengan hidup untuk menguruskan pesbuk. Katanya, dia nak kembali kepada kehidupannya yang lama dan normal.. dia mendakwa lagi wang bukan segala-galanya. kononnya nak jadi zuhud ke apa tak tahu la si yahudi sorang ni..Dia dah bagi amaran kepada semua supaya menyimpan segala benda yang ada kat pesbuk seperti gambar porno, video lucah, note dan sebagainya sebelum ia di lupuskan.

Dulu di ura-ura nak buat pesbuk yang berbayar.. tapi rasanya tu hanya gimik atau pon khabar angin je. Tapi yang ni aku tak pasti la. Cuba bayangkan, bagaimana akan jadi kepada pengguna tegar pesbuk lepas ni? mungkinkah mereka akan gila? atau  semua orang akan merusuh untuk membantah tindakan Mark Yahudi tu? Pape pon, suka hati bapak tiri laki jiran mak dia la kalu nak tutup pesbuk corporation.. aku bukannya pengguna tegar sangat. buka pon jarang-jarang je. 

Pada pendapat aku, bagus jugak la kalu pesbuk ni nak tutup. bukan apa, cuba korang tengok orang kita sekarang ni, lagi-lagi yang kerja opis (aku aim kakitangan kerajaan je sebenarnya), masuk je opis pagi-pagi, terus on pesbuk. Segala kerja bertimbun, nak suruh sape yang buat? tukang kebun? Aku pernah kena beberapa kali buat urusan ngan kakitangan kerajaan. Kita pergi jumpa, boleh pulak dia buat bodo dan tak layan kita. tangok muka pon tak... asyik dok ngadap pesbuk je.. main mafia war la, farmville la, poker la, jawab kuiz la... dey!!! lu ingat kerajaan bayar gaji korang untuk main pesbuk ke? haish~ emo sangat pulak dah aku ni. Jadi, kepada korang yang jadi pengguna tegar pesbuk tu, dalam masa sebulan ni, cuba la kurang-kurangkan penggunaan tu. pastu boleh berenti terus bila bulan Mac ni.




p/s : Lepas pesbuk berkubur nanti, agak-agaknya korang nak beralih kepada laman sosial mana pulak? Frenster? Twitter? Tagged? Blog? pandai-pandai la buat pilihan masing-masing... 

7 Orang mengumpat:

Ayuni said...

bloglh, FB menggalakkan caci maki, mengutuk....

suria lekatlekit said...

maybe cuma khabar angin

Puan Nurussalwa said...

ade la beknye jgk.. tp.. ok la..
tutup2..
huhuk~

Lydia Miza said...

hehe.

ghost said...

ah tutup pon takper shatoo..janji tak beri kesan pada kehidupan aku...

duit dah banyak lah tuh..agak2 dia nak jual aper.

Unknown said...

hahahahaa... best2. entry paling besttt pernah aku baca..sengal mu tahap ultraman la beb i likee !!!

Unknown said...

Ayuni : blog ke, fb ke, frenster ke, bergantung kpd kita cara nk guna.. kalu mmg suka caci maki, mana2 pon sama..

Lekat Lekit : maybe la jugak.. sbb x de pon dia umum kt fb...

manna_salwa : walau apa pon, fb tetap ada baik buruknya.. tp kalu nk tutup pon x kesah.. takut pengguna tegar je yg x dpt terima hakikat..ahahha

LM : hohoho.. akak gelak pasal apa?

biskut : tetap ada kesan jugak sikit2.. dh susah nk contact balik ngan member2 lama..huhuhu

DR.LOVE : best pasal apa pulak?? sbb aku kutuk kakitangan kerajaan? ekekek ;p