Was-was dan ragu-ragu adalah perkara yang sama. begitu juga dengan perasaan tidak yakin dan tidak pasti serta curiga.. mungkin berbeza perkataannya tapi lebih kurang je maksudnya. eh, apa aku mengarut di pagi hari ni? hmm, aku sendiri pon ragu-ragu dengan diri aku sekarang ni. bertambah was-was dengan lecturer aku.. sehingga sakit hati yang amat sangat di pagi hari ni. Dah la minggu lepas dah kensel kelas, hari ni pon takde jugak. dah la kelas tu seawal 8 pagi. pejabat pon tak buka lagi. tapi bila pergi, asyik batal dan batal.. kalu tahu awal-awal, baik aku membutakan diri di atas bantal dan diulit air liur yang meleleh sehingga basi~ ok, habis bab meluah ketidakpuasan limpa.. berbalik ke tajuk utama, was-was..
Elakkanlah diri kita dari bersifat was-was dan ragu-ragu.. cubalah jauhi sifat tu kerana kesan was-was adalah amat besar impaknya. benda yang halal pon boleh jadi haram bila ada perasaan was-was. Dalam arabnya di sebut Mughollazoh... eh, silap..tu najis.... errr... arab sebut Syubhah. Syubhah tu terletak diantara halal dan haram. dalam makna bahasa Melayuna, syubhah tu adalah samar-samar atau tidak jelas.Dalam sabda Rasulullah ,yang bermaksud "yang halal itu sudah jelas, dan yang haram pun sudah jelas. Dan di antara kedua-duanya itu ada beberapa perkara yang masih samar-samar (syubhah) yang tidak diketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang berjaga-jaga dari perkara-perkara yang syubhah sesungguhnya ia telah membebaskan dirinya dengan agama dan kehormatannya dan barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram". hadis diriwayat oleh Imam Bukhari, Muslim dan Tirmizi..
*gambar awek aku sekadar hiasan. tiada kena mengena dengan entry~
Betapa beratnya kesan dari was-was ni. Oleh itu, pilihlah jalan yang terbaik dan lebih kepada yang lebih elok untuk diikuti. Jika ragu-ragu dengan status halal sesuatu perkara tu, jauhilah benda-benda tu.. itu lebih baik dari terus membuat atau menggunakan benda yang diragui. Sebagai contoh, antara isu panas yang dikaitkan dengan syubhah ialah pasal status wudhuk selepas menyentuh isteri/suami. masyarakat kita yang berpegang pada mazhab syafi'e mati-matian kata batal wudhuk kalu sentuh isteri /suami. Mengikut Dr. Asri yang pakar dalam hadis, beliau kata tak batal wudhuk jika di lihat pada sirah nabi bersama isteri baginda, Aisyah. Ramai yang dok kata Dr. Asri Wahabi lah, sesatlah.. hmm, tu pandangan beliau. dia dah kata awal-awal, kalu nak ikut apa dia cakap, terima.. kalu taknak pon tak pe. begitu juga kata Imam Syafi'e sendiri. jangan taklik kepada beliau jika ada pendapat yang lebih kukuh.hapuskan perasaan was-was tu. kalu rasa batal, baik ambik balik je air sembahyang tu. bukan susah pon. tak sampai 5 minit pon nak ambik balik.. Kalu yakin tak batal, teruskan je lah...
So, apa yang paling penting ialah yakin.ingat tu... YAKIN.. jangan ada sifat was-was dalam diri kita. yakin boleh, Malaysia boleh. tapi yakin pon biar ada batas dan mengikut fitrah serta norma... jangan sampai tak mandi junub tapi yakin dah suci, terus gi solat.. tu sah-sah tak boleh. Yakinlah pada diri sendiri dan yakin pada kemampuan diri..Jangan biarkan hidup anda diselubungi najis.. eh, jangan diselubungi was-was...
p/s : ada gaya jadi ustaz tak?? ekekeke~
5 Orang mengumpat:
ada orang ambik kesempatan berniaga dengan kehadiran WAS-WAS ini...
was was ni bleh meragukan
hidup dengan penuh was-was suatu yang keterlaluan.tapi hidup perlu was-was.
was2 kn permainan syaitan....
sangat setuju
Post a Comment