Pages

Sunday, January 16, 2011

Pisau Cukur

Hari ni, pagi-pagi buta lagi aku dah menyedarkan diri dari ketiduran yang agak kelenaan...tengok jam, pukul 5am.. mak aiihhh.. subuh pon tak masuk lagi. habis nak buat apa pagi-pagi ni? nak solat tahajud? solat hajat? hmmm... malas la pulak. sejuk la pagi-pagi ni nak kena mandi.. mandi tu kan wajib...eh, sunat mandi sebelum solat. membersihkan diri dari segala kotoran.. Hmm, tengok kat cermin, muka aku masih tak berubah tahap kehensemannya. cuma misai yang dah tumbuh balik sikit.. bagi menjadikan aku lebih hensem, terus aku mencari pisau cukur untuk mencukur bulu-bulu misai tu. Demmm... pisau cukur dah tumpul. tak boleh nak guna. baru je beli beberapa hari yang lepas. mahal lagi tu berbanding pisau cukur yang murah.

Sebut pasal pisau cukur, aku akan ingat filem Pisau Cukur yang dilakonkan oleh secret admire aku, Maya Karin dan Fazura.. Mengikut simpulan bahasa Melayu, Pisau cukur memberi maksud perempuan yang suka mengikis duit lelaki..Tapi dalam cerita tu, gewe aku tu, Maya Karin tidak di gambarkan sebagai pisau cukur. cuma perempuan yang ingin mencari kesenangan demi masa depan keluarganya. beliau takde pon di tonjolkan dengan imej mengikis.. Sumpah, aku betul-betul tak suka sehingga hampir muntah dengan perempuan yang bersifat pisau cukur ni. Aku pernah jugak la kenal ngan beberapa pisau cukur yang suka kikis duit ni tapi tak suka kikis bulu.

ini pisau cukur



Ada member sorang tu, punyalah aku terasa hati sikit pasal dia dah tak layan lagi kawan-kawan lama sejak dah dapar pompuan tu. Bila aku risik-risik, pompuan tu rupanya pisau cukur dan banyak lagi jantan lain yang dia dok layan ngan cara yang sama. sayang, tuhan dah bagi dia rupa yang elok, tapi dia kekurangan akal untuk fikir yang mana baik dan buruk... boleh menjual rupa kerana harta. si member tu pon bodo jugak. dah la tahu pompuan ni dulu dia rembat dari si kawan sorang lagi. Boleh lagi habiskan duit untuk pompuan tu sampai hampir RM100 setiap sehari. tu baru kira basic dia RM100 sehari.. hanya untuk top-up, makan, masuk tandas dan sebagainya. kalu dia demand benda-benda lain lagi, kena beli lagi. nak tudung Ariani pon, dia beli.. nak beli jam tangan harga pat ribu pon dia beli.. nak beli spender Calvin Klein pon dia beli.. dalam 3,4 hari skali kena keluar lagi modal lain untuk maintanance pulak.. bukan alang-alang tahap dia. maintanance tinggi gila babeng..

Aku ada la jugak nasihatkan si member tu supaya jangan dok layan sangat pompuan tu. dari dok habis ribu-riban kat betina tak guna, baik sedekah kat masjid..tapi bila aku dok ulang nasihat 3,4 kali, aku pulak yang dimarahkan nya.. kononnya nak jaga tepi kain lah, tak boleh nak harap lah, tak beri sokongan pada kawan lah.. demm..kalu orang nak bunuh ko, aku nak kena sokong jugak ke? last-last, rela nak putuskan per'member'an  yang terjalin 20 tahun hanya kerana sorang pompuan yang dikenal dalam masa 20 hari? hohoho..kau memang bijak bro.. pandai sungguh kau memberi nilai begitu kepada sorang member. Ok, fine.. aku tak kesah. tu duit ko, hidup ko, dan pandai-pandai ko uruskan. Yang aku nak gelakkan sekali, bila aku dah kantoikan perbuatan pompuan tu, si pompuan tu siap call aku dan bagi warning supaya jangan ganggu hidup dia. dia punya suka nak jadi pisau cukur bulu ke, pisau potong sayur ke, pisau ramboo ke.. Hei minah, aku tak minat nak ambik tahu pasal ko tu, tapi pasal kawan aku. herannya aku.. kenapa mesti nak jadi pisau cukur? Lelaki yang di cukur pon bangang.. Perempuan pencukur tu pon bangang jugak. haishh~ PEREMPUAN ITU MEMANG BODOH!!!

crush..crush..crush...



p/s : bila dah abis bulu-bulu si lelaki dicukur, pasni mesti pisau cukur tu pergi cari lelaki lain yang lebih berbulu lebat dan mempunyai beraneka jenis bulu...

p/s 2 :kepada member tu, aku cuma tunggu saat ko jadi gila je sekarang ni. tunggu ko di tinggalkan si pisau tu. aku dah bagitau elok-elok, aku pulak yang kena tengking balik.

8 Orang mengumpat:

Faizal Sulaiman said...

maya karin..gewe aku lah:P

hahaha

ghost said...

orang kalau dah dikaburi mata dan hatinya dengan LURVE maka apa saja kebejatan pompuan yang tersembunyi serasa mau disembunyikan dan dipertahankan hanya gara-gara mau memiliki pompuan tersebut.

maka benarlah orang kata..LURVE IS BLIND.

Ayuni said...

haah, pompuan camtu x gune...bukan bleh bawak duit masuk kubur pun, xpelah, at least awk tau kebenaran n x dicukur, kwn sye hampir dicukur org pondan cukur....lg bahaya...

Unknown said...

FaizalSulaiman : ahhh.. x nk kongsi2.. sharing not caring..hahahaha

Unknown said...

biskut : cinta tak bersalah.. tp org selalu menyalahkan cinta. yg buta itu mereka..hahahaha.. susah nk paham mereka yg berkiblatkan cinta sehingga lupa member..

Unknown said...

Ayuni : kalu nk habiskan duit utk isteri sendiri x pe la.. ni x de pape ikatan dh labur segala.. nnt ngan isteri sendiri, nafkah pon x nak bagi..ish~

aww.. kawan ayuni tu minat pondan ke? i tak minat la nyah~ wakakaka

suria lekatlekit said...

wah.. dahsyat pisau cukur tu. ni jenama apa??

deem said...

err...tolong cukur bulu ketiak aku...huahuahua!!!