Pages

Wednesday, January 19, 2011

Terima Kasih Daun Keladi

Entry ni tiada kaitan dengan daun keladi apatah lagi aiskrim berperisa keladi..Cuma aku ingin berterima kasih kepada Nuffnang kerana sudi memberi sebuah lagi BE untuk blog ni.. I Luv Nuffnang!!! alhamdulillah, dapat lagi rezeki. Asyik-asyik iklan Digi je yang bertandang. Papepon Digi memang best. Member-member aku juga ada menggunakan rangkaian telekomunikasi Digi dan siap promote kat aku lagi. Memang aku terpengaruh gila ngan tawaran dari Digi tambah-tambah lagi bila dok tengok iklan yang terpampang kat blog ni.

Aku telah mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan Digi dan talian dari perkhidmatan lama masih dikekalkan.. susah dowh nak matikan nombor lama.. nanti orang tak dapat nak contact pulak. kalu nak inform sorang-sorang, mati den.. Cara terbaik hanyalah tambah sebijik lagi nombor dan telefon. Lagi pon kat kampung aku dah ada line Digi. dulu tak ambik awal-awal sebab masa kat kampung takde line. tambah lagi takde kenalan yang guna talian sama. rugi je kalu sorang-sorang pakai nombor Digi. tapi kini member-member pon dah ramai yang menggunakan nombor Digi, maka takde masalah la aku nak pakai.

Paling best, Digi menawarkan panggilan percuma kepada 5 nombor pilihan kita.. percuma beb..percuma!!! Tak tahulah selama mana Digi nak bagi, Tapi dengar kata orang, untuk selama-lamanya. Dengan Iklan Digi yang tak putus-putus kat blog ni, aku betol-betol terhutang budi ngan Digi. sebab tu lahirnya entry ni walaupon tak berbapa dan ibu. Tak sabar rasanya nak cash out duit Nuffnang aku. dah cukup dah.. cuma nak tunggu banyak sikit lagi. ekekekeke.. hajatnya dapat duit tu nanti nak beli domain ngan hosting sendiri untuk blog ni. baru nampak macho sikit ada domain sendiri~ nak tunggu duit kasi lebih-lebih sikit untuk aku buat joli gi karaoke, makan nasi, minum air 7up.. (macam la 3 tahun tak jumpa nasi).. Akhir kata, sekali lagi terima kasih kepada Nuffnang..


p/s : tak nak guna duit poket untuk beli domain.. kalu guna duit Nuffnang, tak la terasa beban sangat~ ekekeke

6 Orang mengumpat:

ghost said...

belum dapat memuaskan hati aku tentang liputan digi...pernah cuba sekali n then biar macam tuh jer..

tapi nampaknya digi semakin lama semakin upgrade..its nice.

Unknown said...

biskut : dulu aku sndr x percaya akan kebolehan Digi.. tp bila member2 yg dh guna mengesahkan kelebihannya, mmg terpengaruh la~ cuba pakai la dulu. kalu tak puas hati, tukar!! kalu ok, teruskan... :)

Ayuni said...

sye xdpt2 be....

Lydia Miza said...

ermm tahniah.Sis pun ada dpt dr digi..laju duit dia naik..hehe

Unknown said...

Ayuni : sabar..x lama lg dapat la tu~

Unknown said...

LM : tahniah jugak utk sis