Pages

Tuesday, January 4, 2011

Tiada rezeki...

Rezeki Tuhan kat muka bumi ni ada dimana-mana.. kita yang perlu berusaha untuk mendapatkannya.. namun kadang-kala bukan semua usaha kita akan membuahkan hasil dan mendatangkan rezeki yang kita mahukan.. rezeki itu pemberian Tuhan. jika Dia mengkehendaki seseorang itu mendapat rezeki, maka dapatlah.. sekiranya dia menarik balik segala rezeki yang di kurniakannya, maka hilanglah segala nikmat yang kita dapat tu.. Hmm.. kecewa tak bila korang memang takde rezeki? depend la kan situasinya macam mana..

Aku nak cakap bab takde rezeki ni bukan apa.. aku baru je buka email aku dan aku tengok satu email dari Nuffnang. Oh..rupannya pasal contest yang aku join hari tu.. season of the witch. tapi email tu bukan khabar mengembirakan..isk..isk...dia tulis "Dear Nuffnanger, We'd like to inform you that your invitations to the Premiere Screening of Season of the Witch have been revoked as you've not confirmed your attendance in time. They will be passed to other bloggers in line who wasn't selected for the first batch."



Aikk.. aku cuba tengok2 kat inbox email aku.. takde pon email invitations dari nuffnang. pelik..pelik.. tapi tak pe la... aku anggap aku takde rezeki la tu.. kita dah usaha, kita dah dapat, akhirnya melepas.. tu memang takde rezeki la tu..hahaha.. lagipon aku join contest tu pon sebab suka-suka je.. sebab memang aku minat kat Nicolas Cage. kalu takde contest tu pon, rasanya aku tetap akan buat entry pasal season of the witch tu. Alah, lepas ni pon boleh gi tengok kat wayang.. cuma terlepas nak tengok awal je..

Aku cuba la godek-godek akaun Nuffnang aku.. tak sangka, BE aku masih lagi berjalan.. dah hampir sebulan kot~ Terima kasih Nuffnang. Tambah memelikkan aku, aku telah di kurniakan lagi Metered Earnings oleh Nuffnang..hohoho..hadiah New Year agaknya.. tak de rezeki dari celah sana, dapat pulak rezeki dari celah sini...Terbaik la Nuffnang. Angkat ibu jari sikit~ nanti la kalu ada masa dan minat ngan contest dari Nuffnang, mungkin aku akan join lagi.. mungkin!!!!

4 Orang mengumpat:

Faizal Sulaiman said...

takde rezeki, bro.sabar bebanyak ,k!

Faizal Sulaiman said...

takde rezeki, bro.sabar bebanyak ,k!

Lydia Miza said...

tahniah atas rezeki nuffnang

noreed said...

rezki jangka pendek tak dpt, tp rezki jangka pjg dpt. ok lah tu