Pages

Saturday, February 26, 2011

Percayakan diri

Dalam jalan mengharungi kejayaan, kita mesti mempunyai sifat percaya kepada diri sendiri... Kejayaan tak semestinya korang  buat benda yang boleh mendatangkan wang berjuta-juta, atau kedudukan yang istimewa.. kejayaan bagi aku ialah keberhasilan atau keberkesanan atau kemampuan kita dalam mempersembahkan dan menghasilkan sesuatu. Paling mudah contohnya macam korang dok baca blog aku ni la.. kemampuan korang dalam menghabiskan bacaan entry yang aku taip ni akan membuktikan bahawa korang telah berjaya untuk membaca buah fikiran aku.. kalu korang baca tak habis, sudah tentu korang tak berjaya kerana korang tak betul-betul memahami isi penyampaian aku. disini letaknya juga sifat percayakan diri sendiri.

Korang boleh setkan kat otak korang bahawa korang mampu baca dan suka baca blog aku ni sebab blog aku memang best.. (kalu terasa nak muntah, sila pergi ke tandas..hahaha) keyakinan pada diri akan membuatkan korang terus berusaha membaca entry ni sampai habis. Jika korang tengok entry ni macam panjang je.. ah, malas la nak baca..maka terus klik [x] kat atas tu.. maka korang telah gagal untuk menghabiskan bacaan korang ni.. lawan kepada berjaya ialah gagal... jika kita tak mampu untuk berjaya, maka kita akan gagal.. ingat sekali lagi ye, contoh yang aku bagi ni hanyalah sekadar contoh semata-mata dan sekecil-kecil contoh agar korang paham apa yang aku maksudkan.. bukan aku nak masuk bangkul angkat sendiri ye~ aku tahu la blog aku ni tak best..huhuhu...

Secara asasnya, apa sahaja yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita pasti akan ada hasilnya. hasil itu samaada berjaya atau pon gagal.. berbalik kepada percayakan diri, kita perlu yakin bahawa kita mampu untuk membuat sesuatu. tak usah malu dan segan selagi kita tak buat sesuatu yang diluar batasan normal. kemaluan sifat malu tak bertempat tu adalah satu punca kepada kegagalan. percayalah kita mampu buat sesuatu perkara tu dan yakin kitalah orang yang terbaik dan terhebat yang mampu lakukan hal tersebut.. bukan bertujuan dengan sikap sombong dan angkuh, tetapi dengan keyakinan yang tinggi. satu contoh lagi la aku nak bagi..biar korang muntah baca contoh..asyik-asyik contoh je... dalam kes pertandingan menari la mudah sikit. korang percayalah pada diri bahawa korang memang boleh menari dan pandai menari.. yakin juga orang suka tengok korang menari..sikap tu akan menghilangkan perasaan gementar dan takut korang pada pertandingan. hasilnya pasti korang dapat buat tarian dan pergerakan yang terbaik. biar pun tak menang pertandingan, sekurang-kurangnya korang dah menghasilkan kejayaan dengan persembahan yang baik. menang dan kalah sesuatu pertandingan tu budi bicara juri.. biarkan urusan itu kepada mereka.

Malas dah aku nak membebel panjang-panjang..Ingatan dari aku, KEYAKINAN ITU KEJAYAAN.. jika korang tiada keyakinan maka jangan harap korang akan berjaya.. tanyalah siapa sahaja yang berjaya di dunia ni, mereka pasti ada sifat percayakan diri sendiri.bila dah ada keyakinan, buatlah perancangan yang sewajarnya untuk mecapai apa kehendak korang.. perancangan juga kunci utama kepada kejayaan.. kata pepatah, Kita jika gagal untuk merancang, maka kita merancang untuk gagal.. Akhir kata, tahniah kerana korang telah berjaya menghabiskan bacaan untuk entry ni.. tapi, walaupon ada yang berjaya baca sampai habis, rasanya ramai juga yang tak berjaya untuk tinggalkan komen...kan? kan??




Friday, February 25, 2011

Syoknya menoreh

Dek kerana harga getah yang melambung tinggi sekarang ni, makin ramai pulak yang dilihat telah beralih profession kepada penoreh getah. ntah-ntah, dari kerja pegawai kerajaan pon rela berhenti sebab nak menoreh.. semuanya mungkin.... walaupon bergelumang dengan bau busuk, semua itu berbaloi apabila hasil kutipan getah dijual.. para penoreh boleh tersenyum kepuasan walaupon kepenatan.. di Segamat, mungkin beberapa penoreh di sana lebih kepuasan apabila berjaya memperolehi hasil kutipan getah..

Melalui berita dari harian metro, beberapa orang penoreh getah dari kalangan orang tempatan dan warga asing telah ditahan oleh pihak polis kerana dipercayai mendapatkan perkhidmatan memuaskan nafsu dari Nina montok di dalam sebuah stor di dalam kebun getah. Nina montok yang berusia 20-an itu berjaya menoreh duit dari penoreh getah yang ingin menoreh badannya.. Fuhh... mula-mula penat menoreh pokok getah untuk dapatkan wang.. pastu menoreh badan Nina montok pulak untuk habiskan wang.. kedua-dua jenis torehan mungkin mempunyai persamaan kerana kedua-duanya bakal menghasilkan susu dan memberikan kepuasan.. 

Tambah best lagi, beberapa penoreh sanggup beratur panjang untuk mendapatkan perkhidmatan Nina montok yang berharga lebih kurang RM50. sebelum sampai giliran, mereka juga boleh menonton adengan Nina dengan pelanggan yang lebih awal.. perghh!!! tak perlu susah-susah nak download video-video cut tari, luna maya tu semua.. pertunjukan secara live depan mata... betapa syoknya menjadi penoreh.. Kesan kenaikan harga getah mudah dilihat sehinggakan Nina sanggup membuat promosi perkhidmatannya melalui SMS kepada penoreh sehingga para penoreh getah kemaruk nak menderma kepada Nina montok..Hasil menoreh getah banyak sangat kot sehingga susah nak simpan. maka terpaksa bagi zakat kat Nina.. Ceh, ingatkan harga getah naik, boleh la beli kondo ke, beli BMW ke, buat masjid macam Siti Nurhaliza ke... Ni dah dapat rezeki yang halal, di habiskan pulak dengan cara yang haram..haish~


Wednesday, February 23, 2011

Peluh ghairah

Tadi aku cari la bahan bacaan yang boleh merangsangkan otak sikit.. tengah syok dok baca artikel ke satu artikel, tetiba aku terangsang dengan satu artikel.. artikel tu pasal kaum perempuan boleh jadi ghairah apabila mencium bau peluh lelaki. sebenarnya, kajian ni dah lama dah di buat. Cuma aku je yang baru terjumpa dengan benda ni.. Perempuan mudah terangsang dengan peluh?? hmmm...

Aku amat suka bila badan berpeluh..masa bersukan, lagi banyak peluh yang keluar lagi aku suka.. tu maknanya badan aku dah melakukan sistem perkumuhan dan keluarkan toksin dalam badan.. tapi aku cukup rimas bila berpeluh dikawasan orang ramai.. memang tak selesa.. rasa macam badan aku busuk je nak masuk dekat ngan orang lain biarpun takde orang bagitau yang aku ni busuk.... tapi rasa-rasanya, takde la busuk sangat~ berbalik pada topik asal, betul ke perempuan jadi terangsang  bila mencium bau lelaki?

Kajian mendapati perempuan yang diberi bau ketiak lelaki akan turun tahap ketegangan mereka dan melancarkan perjalanan haid. Tak tahulah aku betul ke tak kajian ni.. kalu nak kepastian, bolehlah kalu nak cuba.. kepada para perempuan, betul ke korang akan terangsang bila cium bau badan lelaki? Kalu tak pasti, sila cium ketiak lelaki sekarang juga dan berikan jawapan anda..hahahaha..




p/s : kepada para isteri, kalu rasa stress sangat, cepat-cepat la cium ketiak suami anda ye~ mungkin berhasil..

Tuesday, February 22, 2011

Marah!!!

Sesiapa pon mesti pernah rasa marah. Tapi berpada-padalah jika nak marah. Ingat, marah itu kepanasan.. panas itu api.. api itu syaitan.. kita sedia maklum, sifat marah ni adalah dari hasutan dari syaitan. Jangan selalu nak marah je.. orang nak masuk dekat pon takot. Kalu boleh buangkan sifat marah tu dari diri kita.. Tegas tak pe.. Cara nak buang rasa marah mudah je.. caranya janganlah marah..hahaha, senangkan? senang la cakap... nak buat tu yang susah. Biasanya marah terjadi apabila ada perkara atau perbuatan orang lain yang tak elok dilakukan kepada kita. Kalu buat benda yang kita suka, tentu la kita takkan marah!!!

Orang kata, marah itu tanda sayang.. kadang-kadang betul la. kadang-kadang tak berapa betul jugak.. sebab marah tak kena cara la yang jadi tak betulnya. contohnya macam si bapa marahkan si anak sebab tak sembahyang. memang dibenarkan kita memukul anak. hanya bertujuan untuk mendidik dan bukan sehingga menyakitkan.. Jika dah berbirat belakang anak pasal kena rotan sampai nampak jalur gemilang, sayang kebendanya gitu.. nak membunuh tu namanya. dah jadi kes penderaan. Nak marah pon, jangan sehingga mengikutkan kata hati.. biarlah marah itu berlandaskan akal.. baru tak keterlaluan jadinya.. teringat ngan kisah para sahabat dulu.. kalu tak silap aku Saidina Ali. beliau tak jadi bunuh musuhnya selepas kena ludah kat muka walaupon mampu berbuat demikian. katanya, "Aku takkan membunuh musuh aku kerana kebencian dan hasutan syaitan kerana itu hanya membuatkan aku berdosa. Aku hanya akan membunuh musuh yang menentang Islam dan itu adalah kerana Allah." perghh!!! terpana aku seketika masa dengar cerita tu.. Kalu aku agaknya, dah lumat aku cincang orang tu.. pastu bagi makan kat biawak..

Marah juga jika tak kena tempatnya boleh mengundang rasa benci.. mesti kita pernah membenci sesiapa kan selama ni? Aku pernah belajar dulu, jika seseorang tu ada perangai tak elok, bencilah perangai tak eloknya tu. jangan benci orangnya. Dulu aku tak paham maksud ayat ni.. kalu nak benci, baik benci terus sampai kalu dengar nama pon dah naik meluat. tapi lepas aku asuh diri sikit-sikit, alhamdulillah, aku berjaya praktikkan. membenci perangai buruknya tapi bukan membenci orangnya. Kita kejilah perbuatannya itu.. hinakan perbuatannya itu.. meluat dengan perbuatannya itu. tapi tetaplah berbaik dengan orangnya. Insyaallah, orang tu sendiri akan berubah. Kalu kita buat baik dengan orang, lama-kelamaan pon orang akan buat baik pada kita. hukum alam~ Jika kita nak orang lain berubah, kita yang perlu berubah dulu.. teringat pulak kata bekas pengetua sekolah aku dulu, for things tu change, i have to change!!! fuhhhh..aku speaking la hari ni!!!!lalalala~


* Aku susah nak marah, tapi bila aku marah nanti aku jadi hijau macam ni.. >.<


p/s : Jangan mudah marah.. akal di utamakan, emosi diketepikan... baru pertimbangan kita menjadi wajar dan waras..

Sunday, February 20, 2011

Buruk sangka

Entry kali ni aku nak tulis simple je..Jangan buruk sangka kat orang lain. kalu boleh kat binatang pon, jangan la buruk sangka jugak.. buruk sangka kat orang ni sebenarnya satu penyakit hati.. suka buruk sangka menunjukkan seseorang tu mempunyai hati yang tak berapa elok yakni dalam bahasa mudahnya busuk hati. Jauhilah dari buruk sangka kerana Nabi pon pernah pesan, dalam badan manusia ni, ada seketul daging.Jika baik daging itu, baiklah orangnya, jika buruk daging itu, buruklah orangnya. daging itu ialah hati. 

Dari buruk sangka jugak akan lahirlah fitnah.. lazimnya begitulah yang terjadi.. bila kita fikirkan keburukan orang lain, maka terus akan sampai kepada orang lain iaitu orang ketiga, keempat, kelima dan seterusnya. Bila terjadinya fitnah, macam-macam boleh terjadi termasuklah sampai membunuh. Macam kita sedia maklum ayat Al-Quran sendiri ada mengatakan bahawa fitnah itu lebih bahaya dari membunuh. 

Kita selalu alpa.. buruk sangka kadang-kala pasti menyinggah di hati kita. Elakkan buruk sangka dari terus bertakhta di hati kita.. Jika musykil dengan seseorang, tanyalah sendiri tuan empunya badan, Jangan terus membuat kesimpulan sendiri ibarat guruh di langit air di tempayan dicurahkan.. nanti merugikan kita sendiri. Alangkah indah jika budi pekerti kita semuanya seperti baginda Rasulullah. Nescaya amanlah dunia, tiadalah sengketa.. hmm, pesanan untuk diri aku sendiri dan sekalian manusia..


*ihsan dari pak google

Friday, February 18, 2011

Mari Mengundi...

Minggu mengundi di UM sudah bermula.. sekarang ni calon-calon bertanding dah sibuk dok edar manifesto masing-masing. Sesekali kemeriahan dan kesibukan yang melanda suasana Universiti cukup menghiburkan dan kadang-kala juga sungguh mengecewakan. Mengundi itu perlu ke atas kita bagi menunaikan tanggungjawab untuk memilih bakal pemimpin kita. Siapa yang kita mahukan dan di rasakan layak untuk memimpin. Jika dilihat suasana kempen dan kerjasama masyarakat dalam menaikkan banner, bunting, poster, dan sebagainya cukup menyenangkan hati aku.

Tapi bila terjadi pergaduhan, perbalahan, memang aku sangat-sangat kecewa... ye, la.. nak mengundi pon, undi je la.. aku pon mengundi jugak. tapi apa jadah kalu sampai nak bergaduh? Apa hal sampai nak menjahanamkan harta benda awam mahupon harta milik pihak lawan? Mengundi je pon..bukannya kita nak lancarkan perang saudara. Apa faedah la yang dapat dari bergaduh ni? Silap hari bulan, masuk balai polis.. nak berkempen pun biarlah berpada-pada.. Jangan terlalu fanatik sangat dengan politik ni. Tujuan kita masuk U pon untuk belajar.. politik tu biar la berpada-pada.. bukan tak boleh berpolitik sebab rata-rata pelajar U dah layak untuk mengundi. tapi biar kena caranya. sekarang ni tujuan utama ialah belajar. politik tu biarlah jadi sampingan.

Aku selalu pesan kat member-member, jangan la fanatik sangat dengan politik ni. bila kita dah terlalu taksub dengan sesuatu parti atau calon, kita hanya akan mengaggap parti kita atau calon pilihan kita sahaja yang betul dan selalu menganggap pihak lawan adalah pihak yang salah. walaupon jelas pihak kita membuat kesalahan pon kita masih nak tegakkan benang yang basah. itu hakikat yang selalu berlaku bila terlalu taksub. Politik dah jadi perkara kotor. Padahal politik itu bersih dan adil tetapi jadi kotor dan hilang kesucian dan keadilannya kerana ketaksuban dan kebodohan kita. Pesanan aku, berpolitik lah dengan cara yang bersih dan adil. Kepada para calon, jika menang nanti, jangan dilupakan tanggungjawab kepada rakyat~ kita berdiri untuk rakyat dan kita sendiri yang menjadi harapan dan pilihan rakyat. Kepada pengundi-pengundi, Selamat Mengundi dan pilihalah calon yang sesuai dan dirasakan layak oleh anda.

Wednesday, February 16, 2011

Kepelikan yang memelikkan

Pelik betul aku buat tajuk entry hari ni.. Mesti korang rasa pelik kan apa yang aku pelikkan sangat sampai tulis tajuk pelik yang memelikkan.. Ishh~ pelik la aku hari ni.. sebenarnya aku sentiasa merasakan sesuatu di sekeliling aku itu pelik.. Aku juga rasakan orang lain itu memelikkan.. selalu aku jumpa dengan orang yang sering menanyakan soalan dan hukum pasal agama tentang perkara asas kat ustaz-ustazah.. memang aku penuh kehairanan dan kepelikan kerana takkan hukum yang simple macam tu pon nak tanya. perkara asas dalam agama kot.. contohnya macam niat nak solat. boleh tak baca niat dalam bahasa melayu. Dulu aku selalu merasakan soalan begitu terlalu membuang masa.. benda macam tu pon nak kena tanya ustaz. Tapi akhirnya aku faham, bukan semua orang pernah mendapat pendidikan yang sempurna.. bukan semua orang pernah belajar macam aku di ajar.. mungkin soalan tu remeh jika kita sudah tahu, tapi amat meragukan kepada mereka yang tidak tahu. Kita pasti boleh mengeja ABC hingga Z. tapi orang buta huruf memang takkan boleh membaca seperti kita.

Soal tu aku dah tak pikirkan sangat dah. Tapi sejak aku menjadi blogger, aku juga hairan dengan perangai beberapa blogger yang suka menghina dan mengutuk blogger lain.. Kalau setakat nak menegur dan memberi nasihat tu, ok la jugak.. ni main maki je.. kasi ayat dok menghina blogger lain. lebih menghairankan, dari identiti yang dikenalpasti, pengutuk-pengutuk ni ada yang sudah pon berumur lebih 30 tahun. Aish~ dah taraf bapak budak pon masih mentaliti macam budak? dok mengata, mengutuk orang lain.. guna ayat yang kurang sopan. Hmmm, tak de kematangan langsung. Cuba-cubalah berubah. aku tengok penulisan aku dulu-dulu pon  agak kebudak-budakkan. banyak emo, ayat mengarut, tak leh kena tegur sikit, terus melenting.. sehinggakan aku ketawa sendirian bila baca balik benda lepas sambil malu pada diri sendiri. langsung tak matang.. ;p

Bagi aku, orang yang suka kutuk orang lain ni memang sangat pelik.. Apa kejadah yang dia dapat dari mengutuk orang? contoh paling mudah aku bagi sini, macam blog jejariruncing, awek si Khairul Fahmi tu.. aku tengok sekarang ni, makin ramai hater dia yang muncul. yang tambah memelikkan, kenapa nak kutuk si elia tu? blog dia best ke, tak best ke, apasal korang follow? apasal korang baca? tak suka, keluar je la.. padahal banyak lagi kot blog yang lebih teruk dari blog elia tu. tapi kenapa si jejariruncing yang jadi mangsa? sebab blog dia mendapat ribuan follwer dalam beberapa hari? sebab dia awek goal keeper Malaysia? sebelum ni takde pon orang nak kutuk blog dia.. dia nak jiwang, eksyen, lantak dia la.. blog lain banyak lagi yang lebih jiwang. Kenapa budaya kutuk mengutuk ni perlu ada ye? pelik betul aku..

Sayu dan terharu

Hati aku tiba-tiba jadi sayu... terharu sehingga bergenang air mata bila tengok para penyokong bola sepak kat stadium masa perlawanan Kelantan bertemu Kuala Lumpur baru-baru ni. Penonton yang memenuhi stadium masa tu berselawat beramai-ramai ke atas junjungan besar Baginda Rasulullah sempena Maulud  Nabi. Suasana hangat yang biasanya melanda stadium bertukar suasana seketika... Sesungguhnya manusia yang paling kedekut ialah orang yang tak dapat nak menyedekahkan selawat keatas baginda Rasulullah s.a.w..  


Blog Review

Satu hari aku tak update blog.. sibuk je memanjang.. Otak aku pon dah beku nak pikir entry terbaru. Jadi entry kali ni aku taknak merapu panjang-panjang. Aku cuma nak mintak pandangan ikhlas korang je. sila tolong aku.. Bagi review sikit pasal blog aku ni.. korang rasa macam mana? template buruk? blog berat? tak menarik? bajet bagus? entry tak mantap dan tiada isi? selalu cakap lucah? korang nilaikanlah sendiri..

Sila bagi komen untuk aku menambah baik kan blog ni.. bagi aku sendiri, header je masalah utama sekarang ni.. buruk sangat-sangat.. kalu ada sesiapa yang ada idea atau design cantik, boleh bagi kat aku~ sila bagi cadangan korang kat komen ye..

Monday, February 14, 2011

Pakaian

Rasanya ramai yang dah tahu, tapi aku tetap nak bagi tau jugak..aku nak cakap pasal pakaian kita. Pakaian yang kita pakai adalah lambang identiti kita. tahap pemikiran dan keyakinan kita. warna pakaian, jenis pakaian, lengan panjang or pendek, jenis tali leher, warna seluar, kasut dan macam-macam la pelengkap pakaian kita... pilihan pemakaian kita adalah melambangkan tahap pemikiran dan identiti kita sendiri.. contohnya maacam baju hitam, melambangkan kuasa, serius dan keyakinan.. maknanya, seseorang yang suka berpakaian hitam mempunyai keyakinan diri yang tinggi, serius dalam pekerjaannya dan berkuasa.. tengok macam hakim, boucer, kan mereka selalu pakai warna hitam.. berkuasa tu!!!

Takkan la aku nak bagi contoh satu-satu kat sini.. kalu korang nak tahu tu semua, pandai-pandai la cari ek.. aku cuma nak cakap pasal kod pemakaian ni.. dalam suasana berkerja iaitu dalam pejabat la senang, apakah perbezaan antara seorang manager dan opis boy? paling mudah kita nampak ialah, kalu bos mesti dia akan pakai kemeja lengan panjang plus tie.. opis boy biasanya pakai baju lengan pendek dan tiada tie. lengan panjang jugak dikatakan lambang kuasa. Ngerti kalian semua? Tapi dalam masyarakat kita, kenapa kita jadi malu kalu nak berpakaian segak, baju masukkan dalam seluar, pakai tali leher, berkasut hitam? Ini jelas menunjukkan kita tiada keyakinan pada diri sendiri.

Kononnya member-member akan kutuk la bila berpakaian kemas dan segak. kenapa harus malu jika kita tak buat sesuatu yang salah? bagi aku, malu itu perlu tapi biar bertempat. kalu memakai pakaian yang selekeh dan comot, itu memang patut dimalukan. jika berpakaian kemas, kita dapat mempamerkan keyakinan diri kita dan tahap pemikiran kita. cuba korang pergi ke mana-mana pejabat tak kira la swasta ke kerajaan.. sekali tengok pon korang boleh bezakan diantara despatch ngan bos kan? Pemakaian batik pon macam tu jugak. kalu pakai baju batik, mesti orang akan cakap macam wakil rakyat.. tapi biarkan semua tu. yakin pada diri sendiri apa yang kita buat itu adalah betul. 


*nampak tak kuasa diorang??



*keyakinan yang terserlah..sekali tengok dah tahu diorang ni mesti manager kan?


p/s : aku pon tak tahu apa yang aku mengarut ni sebab mata aku betul-betul tengah mengantuk dan tambahan dari tadi takde eletrik..skrg ni hujan~


















Sunday, February 13, 2011

Mereka lagi...

Berita hari ni melaporkan kumpulan Barisan Bertindak Hak asasi Hindu atau dalam omputihnya di sebut Hindu Rights Action Force (HINDRAF) mula buat hal lagi.. asyik-asyik demo.. takde benda lain ke nak buat? Tema perjuangan mereka ialah ingin di berikan hak sepatutnya kepada mereka. kononnya kaum India di Malaysia ni di tindas dan di pinggirkan.. mereka mendakwa kaum India dihina.. Haish~ apa jadah la orang nak hina kaum India. Apa-apa kaum sekalipon , aku percaya ingin menangkan kaum sendiri. Ingin lebihkan kaum sendiri. Tak leh nafikan hal tu. tapi soal penghinaan terhadap kaum India, aku rasa itu tak benar sama sekali.

Kalu ada yang di hina pon, bukan kaum India, tapi sikap golongan Hindraf tu sendiri. Demo je memanjang.. tahu tak perbuatan tu boleh menyusahkan orang lain? Aku pon ada kawan dari kaum India, dan kami boleh berkawan baik. tak de isu hina-menghina.. Hanya orang yang hina akan menggunakan cara yang hina untuk menghina orang lain. Aku betul-betul sakit mata dok tengok golongan hindraf ni.. bawa masalah je memanjang. baca betul-betul, Hindraf.. bukan Hindu, bukan India.. Aku takde masalah ngan orang India. Paling aku sakit hati bila mereka meyerang kediaman rasmi Perdana menteri masa majlis rumah terbuka Hari Raya dulu. sangat-sangat tidak sopan apabila datang beramai-ramai dan melaung-laung di rumah orang. Kalu orang datang melaung ramai-ramai kat rumah korang masa korang buat majlis, macam mana rasanya?

Aku mintak tolong la kat pengikut Hindraf ni, hentikanlah dok buat demo yang tak berpekdah tu.. tiada yang untung dan hanya akan merugikan. Apa lagi hak yang di inginkan? gunakanlah saluran yang betul dan bukan melalak- melaung beramai-ramai. Aku rasa semua hak sudah diberikan.. cuba baca perlembagaan negara dan cuba kaji apa isi perjanjian yang dibuat oleh datuk nenek dulu untuk menubuhkan Malaysia. Ramai pihak mencadangkan pengikut Hindraf di buang kerakyatan.. mereka di dakwa tak memahami perlembagaan negara dan ada juga yang langsung tak boleh berbicara Bahasa Melayu yakni bahasa Kebangsaan Malaysia. Wajar ke sorang rakyat tak boleh berbahasa kebangsaan bagi tempat tinggalnya ingin menuntut hak yang tak sepatutnya? Aku bertambah pelik, kalu orang Melayu yang buat demo, cepat je kena ISA... tapi hindraf dah berkali-kali buat hal. di mana ISA? apakah tindakan yang ingin menjatuhkan kedaulatan negara tu bukan satu bentuk yang mampu menggugat negara?

Saturday, February 12, 2011

Seks adalah hak individu

Masyarakat kita sekarang ni amat bebas dalam pergaulan. Amat bebas dalam perhubungan.... Tengok dalam berita, ada je pasangan yang kena cekup dengan pencegah maksiat. selalu je ada kes buang bayi.. tu baru yang dilaporkan. yang tidak disiarkan dalam berita macam mana? berapa ribu kes lagi yang kita tak ketahui.. Dari cerita-cerita yang aku dengar, ramai jugak manusia sekarang ni yang tinggal sebumbung dengan pasangan yang belum berkahwin. Alasan mereka ialah tidak mahukan komitmen dalam rumahtangga. tapi mahukan seks untuk memuaskan nafsu.. Tengok pada rupa, nampak macam orang Melayu. tengok IC, agama Islam. tapi perangai.....

Bila di soal kepada mereka, kenapa perlu nak buat benda yang tak dapat diterima oleh masyarakat? mereka hanya akan kata, itu hak mereka. mereka tak peduli pon kata-kata orang. mulut orang bukan boleh di tutup. Ahahaha.. singkat sungguh pemikiran mereka ni. menjelaskan kebodohan sendiri pada orang. Memang la di akui, seks tu hak individu. korang nak buat ke, tak nak buat ke, terserah pada korang. tapi korang ni takde agama ke? bukanlah masyarakat nak sangat jaga tepi kain ko tu.. tapi orang lain ni cuba nak cegah. sebab benda ko buat tu dosa. Kalu Tuhan bagi bala, bukan ko sorang yang dapat... orang sekeliling pon habis kena kalu semua orang buat tak tahu.

Tak nak komitmen dalam rumah tangga... habis, korang taknak ada zuriat? tak nak ada pewaris? jadi, apa sangat harta yang korang dok kejar tu kalu bukan untuk jaga makan dan pakaian anak-anak? kalau kata korang nak anak, buat seks bebas gitu, nanti dapat anak haram, korang boleh bangga ke bagitau anak korang tu nanti yang dia tu hasil kerja haram korang? Fikirlah baik-baik dengan masa depan korang. sampai bila korang nak hidup bertuhankan nafsu? bayangkan bila dah tua nanti, siapa yang nak jaga korang kalu bukan anak-anak? bukan suami atau isteri? Hmmm.. apabila nafsu jadi keutamaan, manusia itu lebih teruk dari haiwan yang tak berakal.Jika manusia itu mampu mengawal nafsunya, mereka itu lebih mulia dari malaikat. fikir-fikirkanlah..

Bila mana masyarakat tak dapat menerima perbuatan kita, maka kita secara jelasnya adalah salah di sisi masyarakat.. pasal kepuasan seks, carilah jalan yang diredhai oleh agama.. lihatlah di dunia ni, apa-apa agama sekalipun, pasti akan ada upacara perkahwinan. ini untuk menunjukkan mereka itu sah sebagai pasangan dan masyarakat dapat terima. Dalam Islam jelas, berzina itu berdosa.. korang tak takut ke dapat dosa.. cubalah letak api lilin ditangan. rasalah macam mana rasanya. Itu hanya terlalu sedikit rasanya berbanding api neraka.Ingatan sekali lagi, bila Tuhan bagi bala, semua orang akan kena... bila kita ternampak kemungkaran di depan mata, cegahlah ia dengan perbuatan kita. jika tak mampu, cegahlah ia dengan kata-kata. jika masih tak mampu, cegahlah dengan hati yakni mengeji perbuatan tu. sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman. jika kita langsung tak peduli, azab Allah itu amatlah pedih.

Friday, February 11, 2011

Air Mata Subuh

Hari ni, subuh-subuh lagi air mata aku mengalir.. bukan sebab aku insaf lepas sembahyang subuh. bukan jugak kena tinggal ngan awek sebab aku memang tak de awek. Aku tetiba jadi sebak dan air mata secara otomatik nak mengalir.. malas dah aku nak sekat. biarlah ia mengalir asalkan pertanyaan aku selama ni dah terjawab. Semuanya kerana sorang kawan.. hmm, kawan blogger aku dulu. Sejak aku mula berblog  hampir 2 tahun dulu, orang yang follow blog aku hanyalah member-member terdekat aku je.. tiba-tiba beberapa minggu lepas aku berblog, ada sorang perempuan jadi follower aku. follower pertama yang aku tak kenal batang hidung. mana dia dapat link blog aku pon, tak tahu la..

Sejak dia jadi follower aku, setiap hari dan setiap entry aku dia akan komen.. gembira jugak la bila ada kenalan baru dalam dunia blog ni. peramah betul orangnya.. aku tengok, blog dia yang baru buat selang beberapa minggu je ngan aku tapi follower dia dah beratus.hmmm, tak heran la sebab dia tu sangat peramah. blog dia pon best untuk dibaca walaupon dia hanya bercerita kisah dia seharian..cara penyampaiannya sangat-sangat menarik hati. Kalu ada blogger yang dah berblog sejak 2 tahun lalu, aku rasa ramai jugak yang kenal dengan dia. Tak lama lepas tu, tiba-tiba dia menyepi.. berbulan tak update blog.. walaupon dah berbulan tak update, setiap hari aku akan jenguk blog dia. mana tau dia takde idea ke. cuma menyapa kat SB ke.. tapi tetap tiada khabar.

Tak lama lepas tu, kat blog beliau ada adik dia bagitau yang dia tengah sakit.. Ya Rabbi.. memang aku dah agak. dia ada beritahu sebelum ni dia sakit lutut dan tulang. tapi takkan la pasal sakit lutut pon tak boleh update blog? aku agak penyakitnya semakin serius.lepas tu dia langsung menyepi. blog dia terus tertutup.. Aghh, aku rindukan untuk melihat keriangan dia. aku rindukan ayat-ayat yang mencuit hati darinya. tapi tak sangka selama ni dia sembunyikan penderitaannya dengan gelak tawa. dah setahun lebih, aku sering teringat kat dia walaupon blog dia dah takde. aku cuba la search kat internet dan selama ni tak dapat apa-apa info. pagi ni, aku search lagi dan baru ku tahu, sebelum ni dia pengsan hampir 2 bulan kerana sakit. dan pada bulan lepas dia telah pun kembali ke rahmatullah..bila mana aku tahu pemergian beliau, air mata aku terus gugur.

Pertanyaan aku selama ni terjawab..tapi kenapakah sudah terlalu lama baru ku tahu khabar berita.. kenapa aku langsung tiada peluang untuk bersua mahupun berbicara dengannya. tak sangka Allah lebih sayangkannya. dalam usia yang muda dia dah meninggalkan dunia kerana kanser tulang. Semoga sahabatku, Jaifizah a.k.a jai.jezz aman di sana. Al-Fatihah..............



*tiba-tiba aku teringat kat beliau lepas tgk komen dia dulu.. bila aku tahu, dia dh pun......

Bergayut

Tadi dapat panggilan dari Mak aku kat kampung. Huh~ macam kebiasaanya, mak aku je yang selalu call. aku cuma akan call mak bila nak duit je..memang ada bakat nak jadi anak derhaka la aku ni..haish... bukan aku tak nak call, tapi berjimat cermat. kalu boleh setiap masa aku nak call. bagitau perkembangan semasa.. biasa kalu kat rumah, walaupon aku jarang lekat kat rumah, tapi aku mesti cerita kat mak aku cerita terkini dan perkembangan semasa. Hidup kat perantauan ni lain sikit. duit ada cukup untuk makan je. nak top-up telefon, paling banyak pon 5 hengget je untuk 2 minggu. guna kredit untuk benda-benda penting je.Kalu kat kampung, boleh la nak top up selalu.. makan minum dah lepas~

Mungkin sebab tu la aku tak de awek kot.. nak bergayut kat telefon, memang mintak maaf le banyak-banyak. lain la kalu orang tu yang call. boleh la aku layan.Pernah sorang pompuan tu tinggalkan aku sebab aku tak pernah call dia. asyik dia je yang call... satu hal lagi, sape suruh dia minat kat aku..hahaha..bangang tak aku? aku cuma anggap dia macam adik je kot. tak pernah pon luah apa-apa. takde pon nak jiwang-jiwang.. dia nak lebih-lebih tu apesal.. Kekadang, call pon bukan cakap benda yang berpekdah. stakat sembang kosong.. buang masa betol. buang duit lagi. sampai sekarang aku tak dengar khabar pompuan tu. Last dia call, masa dia suruh aku call dia tu la. ayat terakhir dia, "kalu tak telefon saya sekarang, kita sampai stakat ni je." Aku balas la, "stakat ni apa? kita jadi apa selama ni?" saya takde kredit. cuba la paham".. ttuuttt.. terus telefon diletak. mungkin aku agak tak bertimbang rasa. tapi... Ahhh, lantak dia la..kisah lama...

Ada jugak sorang member aku tu bagitau, dia pon serabut nak layan 'gewe' (kekasih) dia tu.. tiap hari mesti kena call dan SMS. kena jumpa lagi.. aduiiii... apa jenis manusia la yang macam ni. dah la jumpa berjam-jam setiap hari. lepas jumpa, kena sentiasa SMS dan telefon. tak boring ke?  Aku rasa pasangan begini jarang yang kekal lama.. sebabnya dah boring. setiap masa bersama.. setiap benda di laporkan.. macam dah takde kehidupan di dunia ni selain berkasih. Ada jugak member yang clash ngan chikaronya sebab memang terlalu serabut nak melayan. hmmm, terlalu kerap telefon pon tak boleh, tak telefon langsung pon tak boleh... jadi pandai-pandai la korang bahagikan masa untuk menelefon kekasih gelap korang tu.. dan aku nak bagi ingatan sikit, siapa-siapa yang secret admire kat aku, pastikan korang bukan jenis kaki bergayut kat telefon. Kalu korang yang nak telefon tak pe. hahahahaha.. aku rasa ni la ayat aku yang paling cilaka skali.. Papepon, pendapat masing-masing. perlu atau tidak bergayut kat telefon tu, kehendak peribadi. Apa kata korang? Perlu ke bergayut ngan kekasih ?


Thursday, February 10, 2011

Kepentingan Valentine

Sepanjang blogwalking hari ni, aku tertarik ngan satu entry Lekat-lekit, 'Rosak akidah kalau haramkan valentine'. hmm..  lekit pon dah bagitau, dan aku pon nak wat jugak ulasan pasal isu ni. Tengkiu Miss Lekit pasal telah memberikan aku ilham untuk menulis entry..ekekeke..dah la baru semalam Lekit berperang ngan Malware.. kesian betol dia, sampai tak tido le tu. papepon, buat lekit, jaga kesihatan elok-elok.. kome tu berbadan dua. berbalik kepada isu Valentine, setiap tahun mesti kecohkan? ada yang kata haram, ada yang kata di bolehkan, ada yang kata haram mengharamkan valentine.. macam-macam la kepala otak korang ni pikir. yang takde, nak diadakan, yang ada di tinggal-tinggalkan.

Beberapa hari lagi nak sambut Valentine. pasti semua orang tahu kan? tapi berapa ramai yang tahu lepas valentine tu hari Maulidur Rasul? ok, aku bagi pendapat dah ni. Siapa kita untuk menghukum sesuatu itu haram yakni berdosa? semua itu urusan Tuhan. Kita tiada hak menentukan. kita sembahyang penuh 5 waktu dan siap ngan sunat-sunat lagi, tapi kalu tuhan tak terima, tak dapat juga pahala. ingat tu.. dan bila memberi hukum haram, haram itu maknanya berdosa. Rasulullah pernah kata, halal itu nyata, dan haram itu nyata. dan diantara keduanya ada yang syubhah (ragu-ragu). jika kamu membuat syubhah, maka kamu terjatuh kepada yang haram, jika kamu tinggalkan syubhah, maka kamu telah menyucikan diri dan agamamu. Jelas bukan? 

Valentine tu kita letakkan dalam perkara syubhah. bagitu juga dengan Maulidur Rasul. perkara yang tak dinyatakan oleh Rasulullah dan Al-Quran. Tak salah nak sambut apa-apa hari sekalipun.Krismas ke, Deepavali ke, Tahun Baru Cina ke..Asalkan kita tak libatkan kepercayaan dan akidah, cukuplah. Sekadar sambut tak menjadi masalah. tapi Valentine kini dilihat sebagai hari nak cemolot, beromen, berzina.. apa jadah tu semua.. kalu stakat  nak bagi bunga ok la. ajak pergi masjid ke, berzanji ke tak mengapa. tapi ada ke orang sambut Valentine ajak pergi masjid, baca Quran? Valentine tu tak salah, tapi tindakan kita tu yang salah. keluar berpegang tangan la, berpelukan la, cemolot la.. yang tu dah terang-terang haram dalam Islam selagi korang tak kawen. Ada paham ka? kalu tak paham lagi, boleh tanya kat komen. Insyaallah, kalu mampu, aku akan jawab. aku pon bukan pandai sangat, tapi sedikit yang kita tahu perlu la di kongsi bersama.Islam itu mudah, tapi jangan ambil mudah dengan Islam.

*Jangan beraksi begini selagi korang tak kawen.


Wednesday, February 9, 2011

Paris Hilton Peluk Islam

Rasa macam tak percaya bila aku tengok akhbar kosmo. Paris Hilton yang terkenal sebagai artis dan pewaris hartawan terkenal dunia, di katakan telah memeluk agama Islam. Berdasarkan gambar Paris memakai tudung, berita tersebut dikatakan tersebar luar dan kecoh di Malaysia, Indonesia dan Singapura menurut laman London Muslim. Berita pasal Paris peluk Islam ni mula di hebahkan oleh berita dari Daily Squib. Siap kata Paris nak dirikan skolah agama lagi kat amareka..



Sememangnya perasaan aku betol.. berita yang mengatakan Paris Hilton peluk Islam sahih  menipu. Berita yang dilaporkan oleh Daily Squib memang tak boleh pakai.  mereka sengaja buat berita palsu untuk menyindir selebriti.. Heh, Paris nak peluk Islam? baru minggu lepas dia gi Jerman sebab nak promosi arak dalam tin.. tapi tak la mustahil kalu dia betol-betol dah mengucap kalimah syahadah.. hidayah Allah boleh datang bila-bila masa kepada sesiapa jua walau dimana mereka berada dan dengan apa cara sekali pun selagi 'Dia' mengkehendakinya..

Yang aku dah was-was dengan berita ni, dia kata dah kecoh isu ni kat Malaysia dan negara jiran. padahal aku sendiri tak pernah dengar pasal cerita tersebut selama ni. mungkin hari ni je baru jadi kecoh kot.. tapi mungkin la tak kecoh sangat pasal berita tipu kan... Aku pon tak terkejut sangat kalu dah baca habis, tup-tup berita palsu, sebab aku dah agak dah... lagi pon surat kabar Kosmo. paham-paham la akhbar tabloid nak tarik perhatian orang. macam aku wat tajuk entry aku ni la.. mesti korang pon terkena jugak kan? ekekeke~




p/s : tak pasal-pasal Malaysia dapat nama kat berita luar negara.. hmm, bagus jugak, memperkenalkan Malaysia kepada orang yang belum kenal negara kecik ni.. ;p

Hentikanlah semua tu...

Satu Malaysia mesti kenal ngan Datuk Dr Rozmey kan? jutawan yang pernah menggemparkan Malaysia beberapa bulan yang lalu dengan filem syok sendirinya, 2 alam. Sampai ke hari ni, pengasas produk pelangsing, JM5 tu masih mempunyai hater yang aktif di beberapa group yang terhasil di pesbuk. Baru-baru ni, ketika kabar angin mengatakan pesbuk nak tutup, DDR ada mengwar-warkan beliau nak buka DRbook untuk gantikan pesbuk. Dengar cerita laman sosial DRbook2U bakal diakses pada bulan Mac ni. Aku tengok geng anti DDR terus-terusan mengutuk tindakan beliau.

Bagi aku, memang aku sendiri tak suka cara DDR mempromosikan filem 2alam nya. Sememangnya filem tu teruk dan langsung tak setaraf dengan cerita yang DDR hebahkan. tambah meloyakan apabila DDR dengan syok sendiri mengutuk penerbit filem tanah air yang lain dan mengaku rakyat Malaysia terketar-ketar menantikan filemnya. Tambah memalukan lagi DDR melakukan penipuan terhadap jumlah kutipan di peroleh. Tapi cukuplah sekadar mengutuk tindakan DDR yang angkuh dan syok sendirinya terhadap 2alam. Kenapa harus rambutnya yang di jadikan kutukan masyarakat? kenapa produk JM5 yang di perlekehkan? dan terbaru, kenapa penghasilan DRbook di persendakan? 

 *Demmm, tengok rambut pon ghairah ke?


Memang tak dapat di nafikan sikap angkuh DDR terhadap target 40jutanya terhadap 2alam. tapi kenapa produk beliau seperti JM5 yang selama ni di gunakan masyarakat tetiba di persenda? gambar yang di edit pasal DDR bersepah di Internet. Aku sendiri pernah mengutuk DDR pasal filemnya. tapi janganlah kita mengutuk produknya yang lain. kadang kala kita juga harus menyokong produk tempatan seperti DrBook tu.. walaupon takde identiti sendiri sebab nampak sangat nak ciplak pesbuk, kurang-kurang DDR nak mencuba. biarkanlah dia dengan cita-citanya. kalu kita taknak guna sekalipon, berdiam diri adalah lebih baik dari dok mengutuk. Mana tahu, hasil DRbook nanti lebih bagus dan setaraf dengan pesbuk. Jangan terlalu awal menghina sebelum kita mencuba sendiri.

Pesanan aku, kalu nak mengutuk DDR pon, kutuklah sikap angkuh dan bongkaknya. Janganlah hina dirinya dan rambutnya. Jangan juga mempersendakan produknya yang lain selain 2alam. Kadang-kadang aku sedih dengan perangai masyarakat kita. Suka sangat menjatuhkan sesama sendiri. sesekali, sokonglah juga orang kita. Ubahlah mentaliti kita.. asyik nak mengondem sesame kita je. kereta proton pon selalu je kena kutuk. tapi ramai juga rakyat negara ni yang pakai...hmmm~




p/s : hentikanlah aktiviti mengutuk tak bertempat dan kerja mengedit yang takde pekdah ni....haish~

Tuesday, February 8, 2011

Melukis

Sejak akhir-akhir ni, aku asyik main game je... nak release tension le kononnya.. tapi main sampai 4-5 jam..menambahkan tension ada la.. asyik-asyik, counter strike.. bila mati, asyik sumpah seranah kat game..hohoho..member aku sampai tak leh tido malam sebab asyik dengar aku menyumpah. aku sekarang memang dah jadi keluangman.. berjaga malam je. selain game, aku jugak dah mula belajar melukis. hmm, melukis guna adobe illustrator. susah jugak nak guna menatang illustator ni. guna photoshop jauh lebih senang. mungkin aku dah bertahun-tahun kot dok guna photoshop tu. 

Aku start belajar guna illustrator sebab saranan dari member aku dan merangkap programmer peribadi tak berbayar aku, encik Amir.badigol..siap berencik lagi..mesti aku ada niat apa-apa ni~hahaha.. sebenarnya bagus jugak la gunakan illustrator ni. walaupon asyik pening dan tak tahu nak guna, aku try belajar slow-slow dari you tube. dah tengok 3,4 contoh dari video you tube, aku pon try la buat beberapa lukisan dan hasilnya memang cam haram... aku jenis yang tak boleh tahan jika dok buat silap berkali-kali. terus delete hasil yang buruk walaupon belum siap lagi. walaupon dah berpuluh kali lukisan aku tak siap, ada jugak la sebijik dua yang aku tetap simpan. baru la nampak skit hasil dari belajar walaupon lukisan masih buruk.



Kalu ada sesiapa yang pandai guna menatang illustrator ni, sila la ajar aku skit-skit.. dan kalu boleh, ada tak sesiapa yang boleh ajar aku macam mana nak masukkan jenis-jenis tulisan kedalam file adobe ni? ada beberapa jenis tulisan aku dah download. tapi tak tahu nak letakkan kat mana. puas aku belek-belek folder file adobe, tak jumpa-jumpa pon file font. ke aku yang buta kayu ke tak tahu la... aku harap sangat-sangat ni.. takkan la nak buat design pakai tulisan arial kot. tak syok la gitu. mesti kena ada pelbagai jenis...


* lukisan aku melalui illustrator.walaupon buruk, aku rasa cam comel je..ekeke.. still tak reti nak buat shading kaler~





*agak-agaknya, bila la aku boleh wat lukisan macam ni.. hmmm...

Orang tamak

Pepatah Melayu ada berbunyi, 'orang tamak selalu rugi'.. tapi aku rasa pepatah ni tak relevan dah sekarang ni. Bagi aku orang tamak selalu untung.hahahaha~ jarang la orang tamak nak rugi. orang jahat betol la selalu rugi.. kenapa orang tamak selalu untung? hmm, kalu korang ambik epal sebiji, mesti boleh makan sebiji je. tapi kalu korang tamak, ambik la 5 biji. nanti boleh makan 5 biji epal.kan ke untung tu~

Orang biasa makan nasi sepinggan, tapi kalu korang tamak boleh makan 3 pinggan. fuuhhh..kenyang gila. mana ada rugi.. kan? kan?? orang tamak jadi rugi kalu dia berjudi betol la.. tamakkan harta, nak cari cara cepat.. untung badan, cepat la kaya.. tapi kebanyakannya asyik tak kena pon dok tikam nombor tu.. dalam 30kali tikam, baru skali kena. tu pon saguhati. kalu macam tu, baru boleh dikatakan rugi. tu sebab dia dah buat jahat. dah terang-terang dalam agama pon tak benarkan judi. dah langgar hukum agama tu, kira jahat la. dalam bab judi ni, boleh la dikatakan orang tamak kadang-kadang untung, kadang-kadang rugi..ekekeke..

kalu tamak sebenarnya dalam kebanyakkan kes tak kan rugi.contohnya macam tamakkan ilmu. belajar dan terus belajar. orang baca 2 muka surat sehari, korang baca 3 buku sehari. mana ada ruginya.. tamak kalu tak menyusahkan orang lain, takpe.. teruskan sikap tamak tu. jangan sampai susahkan manusia lain termasuk binatang dan alam sekitar. tamak sorang-sorang takpe. tapi kalu tamak dan dapat untung, jangan pula kedekut nak bagi kat orang lain. biarlah diri kita jadi tamak dan pemurah. dapat nasi ayam 3 bungkus, bagi-bagi la jugak kat member sebilik tu. jangan la sampai korang bedal habis 3 bungkus, si member hanya tengok sampai meleleh air liur.

begitu juga dengan ilmu. sikap tamak kita dalam mencari ilmu akan menjadikan kita berilmu. so, jangan la nak kedekut ilmu tu. ajar-ajar la jugak kat orang lain. ilmu ni, kalu selalu digunakan pon takkan habis, bahkan semakin bertambah. mungkin korang tahu huruf A sampai Y. bila korang bagitau huruf A-Y tu, rupa-rupanya orang yang korang ajar tu tahu huruf Z. bila dia bagitau lepas Y ialah Z, kan ke dah dapat ilmu baru. rupa-rupanya huruf ni ada A hingga Z. Jadi pengajarannya disini, jadilah orang yang tamak.. bila tamak, pastikan diri jangan kedekut.hahahaha.. cuma kena ingat baik-baik, jangan sesekali buat jahat. orang biasa guna ayat, 'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.' so, maknanya boleh la buat jahat banyak kali? jangan buat sekali. (>.<)  Yang ni pon kena betulkan jugak, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan buat langsung atau jangan sesekali.

*gambar tiada kaitan dengan entry. cuma, kalu sesiapa nak belanja makan nasi kandar, ajak la aku!! ^^

Sunday, February 6, 2011

Tiada yang istimewa

Arghh... 3 hari blog aku tak berupdate. tapi masih ada yang sudi singgah dan menjenguk disini. terima kasih kepada mereka yang masih menjenguk-jenguk walaupon blog tak terurus.. cuti kali ni memang agak sibuk sampaikan komputer pun langsung aku tak sempat nak sentuh. laptop aku langsung tak on sepanjang 3 hari yang lalu. dok kat rumah pon tak boleh, apatah lagi nak update blog. sepanjang cuti, aku cuma dok kat rumah makcik aku kerana dok menguruskan hal perkahwinan dan kenduri sepupu aku. penat tok sah cakap la.. sampai lembik kaki aku. siyes aku cakap.. kaki aku langsung tak boleh nak gerak dan memang aku tak boleh nak berdiri kelmarin. lepas urut-urut, baru ok sikit.

Hari ni dah bertolak ke KL. dah sampai KL terus buka lappy dan update blog. aku bertolak dari pukul 10 pagi, pukul 12 malam baru sampai ke KL. jalan jem memang cam cilaka!!! hurm.. sebenarnya aku masih takde mood nak berblog sekarang ni. nak study pon rasa dah malas. otak dah serabut gila nak sambung study sem ni.demm... entry kali ni memang takde apa-apa yang istimewa sebab mood untuk berblog sudah hilang bersama angin nan lalu ( *sajak ke apa ni???) walaupon dah sampai KL, aku masih tak balik ke UM. rasanya better aku lepak-lepak tenangkan otak dulu.

Di kesempatan ni, aku nak ucapkan Hepi Chinese New Year kepada member-member aku yang berbangsa Cina dan seluruh kaum Cina di Malaysia ni. Cehh, tak sempat aku nak mengepau angpau.. Selamat tahun Arnab 2011. sesiapa yang jadi kaya tahun ni, jangan lupakan aku. belanja air Nescafe Ais pon dah ok~ Gong Xi Fa Chai...




p/s : sesiapa yang nak bagi angpau, sila bagitau aku.. limau aku tak nak sebab aku tak berapa suka makan buah. ;p

Thursday, February 3, 2011

Hilang keyakinan

Malam tadi, hampir pukul 12 malam, aku bertolak balik dari KL ke Kelantan ngan member. sepanjang perjalanan, manusia dan kereta-kerera tak putus-putus di atas jalan raya. semuanya menuju ke arah yang sama. gila ahh.. jem agak teruk walaupon dah pukul 3,4 pagi di kawasan negeri Pahang. Bertambah teruk lagi apabila banyak kes eksiden berlaku. Huh~ yang paling teruk,aku tengok eksiden yang melibatkan bas.

Pertama kali dalam hidup aku dapat tengok bas eksiden dan yang lebih hebat lagi, 2 kemalangan bas di tempat yang berbeza dalam masa yang hampir sama. jarak antara tempat kemalangan tu hanya lebih kurang 10km je. mula-mula nampak bas yang eksiden ngan kereta. terbabas sampai kedalam hutan. pergi depan skit lagi, ada lagi bas yang eksiden masa turun bukit. Aku nampak 3 bijik bas kat situ dan sebuah daripadanya dalam kedudukan terbalik. Yang kemalangan kereta tok sah kira la.. memang tak terkira.hari-hari pon ada.. tak silap aku, malam tadi aku cuma nampak 4 kes kemalangan kereta.

Dah la selama ni asyik dok dengar dalam berita pasal bas terbalik, terbabas dan kuak lentang.. tapi malam tadi aku dapat tengok sendiri. ngerinya lebih kurang la dengan cerita khurafat aku rasa~ kini keyakinan aku terhadap tahap keselamatan perkhidmatan bas dah hilang.. betul-betul aku dah tak berani nak naik bas.. jadi lepas ni aku perlu membuat pilihan samada kereta api atau pon kapal selam terbang.. naik kapal terbang sekarang pon bukannya mahal sangat.. lebih kurang je kot ngan naik bas.. cumanya depan rumah aku takde airport. nak ke airport pengkalan chepa, Kelantan mengambil masa lebih kurang sejam. hmm...nanti fikir-fikirkan... sekarang aku masih keletihan.. mau tido puas-puas dulu~

Tuesday, February 1, 2011

Gangguan seks

Biasanya gangguan seksual di fahami dengan situasi orang perempuan yang di ganggu oleh lelaki secara rangsangan seks seperti berkata-kata lucah, hantar gambar bogel, menunjukkan isyarat lucah, atau yang lebih ganas seperti meraba punggung, dada, dan sebagainya.. tak sanggup dah aku bagi contoh lagi. nanti korang kata aku pervert~ gangguan seksual biasanya dilakukan oleh mereka yang gila seks sebab kalu dia tak gila seks dia takkan menggangu kehidupan seks orang lain.. gila seks betol orang yang gila seks ni..>.<

Tapi jangan anggap gangguan seks hanya berlaku keatas wanita. gangguan seks juga boleh berlaku kepada lelaki sama ada gangguan seks dari perempuan kepada lelaki atau pon lelaki kepada lelaki.. ah, yang lelaki kepada lelaki tu, gay la.. tak pon pondan. lelaki gay dan pondan pon suka melakukan gangguan seks keatas lelaki seperti pegang bontot, pegang dada, pegang tuuttt... eeeiii, geli aku!!! don't dare do that to me. kalu pasal perempuan membuat gangguan seksual kepada lelaki pon lebih kurang tu je. tapi kebanyakan perempuan suka membuat gangguan seksual kepada lelaki dengan bertindak memakai pakaian yang jarang dan ketat.

Pemakaian yang jarang dan ketat iaitu pakaian kegemaran perempuan sekarang mampu membuat lelaki terangsang. oleh itu, tindakan demikian juga boleh dianggap gangguan seksual. bayangkan dalam suasana pejabat. depan meja korang tu (bagi lelaki), ada perempuan seksi. pakai skirt pendek lagi.. mesti otak tak leh nak tumpu kepada kerja. asyik-asyik pen jatuh bawah meja je~ oleh kerana tumpuan kerja dah terganggu dengan rangsangan seks yang diberikan, memang sah la kerja tak siap-siap.. jadi, pemakaian wanita juga boleh dikatakan membawa kepada gangguan seksual kepada lelaki.

Jangan hanya nak menghukum lelaki jika berlaku sesuatu. sebenarnya lelaki juga tak dapat mengelak dari terseksa.Hmmm, aku rasa, patut ada undang-undang pasal pakaian wanita ni. nanti kalu ada lelaki yang gagal menyiapkan kerja, boleh la mendakwa perempuan yang kerja sepejabat dengannya kerana memberikan gangguan seksual. adil kah dunia ni? perempuan dicabul boleh di laporkan kepada pihak berkuasa. tapi jika lelaki di cabul, masyarakat hanya ketawa..demm..... lelaki pon ada maruah jugak.





p/s: aku tulis pasal orang gila seks ni, adakah aku akan di cop sebagai gila seks?