Pages

Monday, January 31, 2011

Mana lebih penting?

Dah beberapa kali aku tengok blogger dok bincangkan pasal kepentingan follower dan komen. Banyak pendapat mengikut pemikiran masing-masing. Ada yang kata follower ramai tu penting. memang ada jugak betulnya... walaupon ada yang kata, "eleh, stakat follower ramai tapi tak pernah nak baca jugak blog yang di follow". Memang ada berlaku kes sebegitu. tengok je follower ramai tapi komen ciput. Jika di teliti, follower ramai pon belum tentu trafik tinggi walaupon andaian berkata dari 10 orang pasti ada sorang yang baca. jika seratus orang mungkin dah 10 orang yang baca dan jika seribu orang, mungkin 100 orang akan baca. maknanya kadar kebarangkalian tu lebih tinggi dengan ada ramainya follower.


Ada jugak yang kata, komen yang banyak tu lebih penting dari jumlah follower. Sebabnya, tuan blog akan rasa penulisannya lebih di hargai oleh pembaca. Pasal ni pon, memang betul.. memang tak salah. Komen yang banyak sudah jelas membuktikan aliran trafik masuk ke blog tersebut tinggi tapi jika di fikirkan betul-betul, dari mana nak datang komen yang banyak jika tiada follower. tapi hal tu tak mustahil. Banyak cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan trafik walaupon kekurangan follower. tiada yang mustahil di dunia ni. Jika Tuhan kata "jadilah", maka jadilah ia.. eh, masuk bab agama pulak~

Kedua-dua kepentingan iaitu ramai follower dan ramai komen, masing-masing merujuk kepada peningkatan trafik.Hmmm, bagi aku, komen banyak tu memang jelas trafik tinggi tapi follower ramai hanya satu teori dan belum tentu menjadi. (teori adalah andaian yang lebih kukuh berbanding hipotesis kerana kebiasaan teori adalah benar, dan hipotesis masih dalam proses kemungkinan sebelum ia dibuktikan). Pendapat aku sendiri, aku tak mengharapkan sangat follower yang ribu-riban dan komen beratus-ratus. cukuplah jika ada sorang dua pon yang sudi baca. itu sudah cukup untuk menunjukkan blog aku diterima oleh orang lain biarpon tak ramai. 

Biarpun UV aku setiap hari lebih kurang 100+ jika aku tak update, namun aku dah rasa bersyukur kerana jika di hitung nilai follower pon, aku rasa tak sampai suku pon follower blog ni yang baca blog aku setiap hari. kebanyakan trafik yang aku dapat adalah hasil dari carian keyword dan beberapa orang yang setia dok follow blog aku setiap hari.. I LUV U ALL... dan ada jugak yang follow blog aku secara silent reader. tak tekan pon butang follower dan tak komen pon entry aku, tapi still datang selalu. aku sedar kehadiran korang, mungkin kerana aku kekurangan follower.jadi mudah nak risik-risik trafik yang diterima. Tengkiu sudi baca blog aku.


Bagi blog yang ramai follower tapi komen sikit, mungkin  pengisian untuk entry korang tu takde. jadi orang tak leh nak komen sangat. entry yang menarik pasti akan menarik lebih ramai pembaca. Oleh itu, pastikan tajuk entry tu kasi menarik dan gempak sikit. tapi janganlah sampai mengarut dan takde kena mengena langsung dengan isi entry. blog sebegitu pon ada aku jumpa. biarkanlah si luncai terjun dengan labu-labunya~ Trafik yang tinggi sangat pon tak guna jika terus menjunam jika lambat update. yang penting  biarkan trafik konsisten. biar pun tak ramai yang bertandang.tu salah satu cara nak dapatkan BE dari Nuffnang. Panjang lebar dah aku mengarut.. kesimpulan aku nak buat, follower ke komen yang lebih banyak, bagi aku tak penting. aku sudah cukup bahagia jika ada pembaca yang sudi sentiasa mengikuti blog aku secara sukarela. biarlah mereka nak mereka tak komen ke, tak follow ke, tapi mereka sentiasa bersama. kepada follower yang selalu singgah, terima kasih banyak-banyak dan aku rasa dah semakin rapat dengan korang. kepada silent reader or anonymus, diri anda masih misteri. walaupon tak tahu asal-usul dan sering tertanya-tanya, tapi jika anda selesa sebagai anon, maka teruskanlah.





p/s: aku cuba menjadi diri aku. blog ni adalah diri aku dan diri aku adalah blog ni. kepada mereka yang selesa dengan cara dan penulisan aku, terima kasih kerana sudi bersama. kepada yang tak boleh terima blog aku, aku tak kesah..ko bukak blog ni dengan komputer korang, so korang boleh tekan [x] kat atas sana tanpa perlu bagitau aku~


Sunday, January 30, 2011

Tikus

Tikus amat ditakuti oleh manusia terutamanya kaum perempuan.. mungkin tikus kelihatan geli dengan bulu dan berekor tirus serta kecil dan sangat lincah. Tikus ada macam-macam spesis dan saiz. Aku pernah baca dulu cerita pasal tikus memakan kucing.. ish~ memang melampau betol besarnya.. tak tahulah cerita tu benar atau dongeng. Bila saja di sebut tikus, macam-macam cerita kita boleh dengar.. dalam cerita kanak-kanak juga banyak di ceritakan pasal tikus contohnya macam cerita peniup seruling ajaib. tapi antara watak tikus yang popular mestilah Jerry dalam cerita Tom and Jerry dan Watak Mickey Mouse dari Disney.

Kebiasaannya tikus dikaitkan dengan aktiviti tak bermoral seperti lepak dalam rumah orang, lepak dalam longkang, membuat lubang pada almari dalam rumah, gigit wayar letrik la.. tapi sejahat-jahat tikus, tak pernah lagi dengar tikus hisap dadah, meragut beg tangan dan membuang anak macam sampah.. tikus cari sampah untuk dijadikan sarang untuk anak-anaknya berlindung ada la..sebodoh-bodoh tikus kerana takde akal, bodoh lagi manusia yang bodoh dari tikus.. ekk, betol ke ayat aku ni.. hentam la labu~

Tapi ada jugak tikus yang comel dan disukai manusia. contohnya macam tikus putih, tikus belanda, hamster... aku rasa la, tikus-tikus ni sangat cute dan dapat dijadikan pet oleh manusia termasuk aku sendiri pernah bela menatang tikus ni. best dowh dapat main ngan tikus.. biar dia jalan atas tangan, rasa geli-geli je.. walaupon tikus amat tidak disukai oleh manusia, tapi dizaman teknologi ni, manusia sangat perlukan tikus untuk klik-klik pada komputer. tanpa tikus, komputer tak kan berguna. laptop pon aku masih gunakan tikus kerana lebih selesa, lebih mudah dan lebih syok..hmm, apa motif entry ni? sebenarnya aku baru lepas beli tikus baru tadi masa pergi IT fair kat MidValley. tu je la yang ingin disampaikan sebenarnya..hahahaha






p/s : kepada mereka yang tak sekolah, tikus juga disebut mouse dalam bahasa Inggeris...

Friday, January 28, 2011

Rezeki buat diri

Dalam dunia blogger ni, memang blog dan iklan tak boleh dipisahkan. orang kata kalu buat blog, alang-alang kerana minat nak menulis tu, ada juga baiknya kita masukkan iklan kat blog. boleh juga menjana duit serba sedikit dari langsung tak dapat pape.. banyak syarikat pengiklanan yang menawarkan iklan berbayar di blog dan aku perhatikan blog di Malaysia ni, syarikat pengiklanan paling femes ialah Nuffnang. Memang la duit dari iklan tu tak berapa banyak dan tak boleh manjadikan kita kaya-raya serta membeli rumah. tapi kurang-kurang, stakat nak belanja member-member makan tu boleh la.dapat juga mengembirakan member dengan hasil kita berblog.

Yang aku nak ceritakan, tadi aku pon check la akaun Nuffnang aku untuk minggu ni.. dan apa yang aku dapat tengok ialah.. jeng..jeng..jeng.......



 Oh, rezeki datang lagi... Triple BE!!!! dengan satu ME yang dari dulu masih tertempek kat situ.. huhuhu.. tetiba terharu dengan encik Nuffnang. Terima Kasih lagi aku ucapkan kepada Nuffnang. Tahap sayang aku makin bertambah lagi kepada encik Nuff. Hmm...rasa-rasanya dah sampai masa kot untuk aku cash out my Nuff..  Tahniah dari aku sendiri aku ucapkan kepada diri aku. maknanya aku adalah orang pertama yang ucap tahniah kepada aku. hahahaha... 

Kepada mereka yang masih tak dapat BE dari Nuffnang tu, bersabarlah.. esok lusa pasti ada rezeki anda. Aku pon dah dekat 2 tahun berblog, baru dapat BE ni. skali dapat tak putus-putus pulak.. rezeki jangan di tolak, balak boleh di cari..awek pon boleh di cari jugak.. eh, apa aku melalut ni...malam ni aku nak tido dan bermimpikan blog aku punya domain baru~ lalalala... dapat duit Nuff, terus tukar domain...  ^_^


Perempuan suka bogel

Semalam gi bersiar-siar di The Curve dan gi nengok wayang Green Hornet 3D.. fuhh!!! thumb up~  sangkaan awal aku terhadap filem tu meleset sama skali..dah abes wayang, dok lepak-lepak, jalan-jalan sambil mencuci mata melihat pemandangan sekitar dan mencerahkan mata melihat para aweks.. mana tak jadi cerah biji mata ni.. walaupon dah lebih 12 malam, tapi bila tengok perempuan berpakaian, kompem hilang terus mengantuk..fuh, tayangan percuma dowh kalu tinggal di kota ni..


Kesian jugak kat perempuan dibandar.. walaupon kelihatan segak, menawan, makan di kedai mahal, tapi mereka tak punya wang untuk membeli pakaian..hari-hari asyik pakai baju adik dan pakaian yang lebih kurang baju tarzan gitu..rasanya alam ni dah balik ke 10,000 B.C yang lalu.. lihatlah perempuan sekarang ni. mereka bangga kalu dapat bogel depan orang ramai. Memang dah takde langsung rasa malu tu tapi boleh jadi bangga. paling tidak pon, mereka hanya cuma ingin menutup nipple mereka dan hutan hujan khatulisitiwa di bahagian bawah.. 



Aku memang tak faham.. kenapa orang perempuan suka memakai pakaian yang ala-ala bogel dan ketat-ketat? apa yang nak di tunjukkan sebenarnya? kalu di raba, tahu pulak nak marah, bila dah di rogol , reti jugak nak nangis.. ke lakonan je semua tu? apakah pompuan begitu memang suka kalu dirogol? atau sebenarnya korang tu yang perogol dan cuba memakai pakaian yang ringkas untuk memudahkan korang merogol lelaki? Adakah korang cuba nak tunjukkan bodi korang tu lawa? peha korang tu gebu? Heh~ kalu pakai baju kurung penuh pon mata lelaki masih mampu untuk scan bodi pompuan. inikan pula kalu dah dedah sana-sini.. 


hmm~ gembiranya diorang, dapat pakai separuh bogel kat khalayak..



Aku nak minta tolong kepada para pompuan, tolong la jangan pakai macam tarzan tu.. moden? fesyen terkini? hell.... tu bukan fesyen terbaru la.. fesyen tu dah ada masa 10,000 b.c lagi..masa zaman pra sejarah  dah ada. kenapa la bangang sangat sampai perlu nak tunjuk payu dan dara korang?tolong jangan buka aurat korang kat umum kerana aurat pompuan akan menegangkan sesetengah urat lelaki. Sori la kalu entry aku membuatkan korang panas telinga, sakit mata, senak perot tu.. siapa yang makan nasi, dia yang rasa kenyang.  so, siapa yang tak makan, buat tak tau sudah~ kalu yang lapar tu, jom kita gi  makan Mek Di.. biarkan saja mereka yang dah kenyang...>.<

*gambar tayangan untuk lelaki sahaja..hmm..aurat pompuan mmg mampu menegangkan sesetengah urat lelaki~





p/s : demm... aku dah berbicara agak lucah dan boleh menyentuh sensitiviti sesetengah masyarakat..%@%!!\#%$...

Wednesday, January 26, 2011

Jangan biarkan mereka...

Semalam masa dok makan kat kedai basikal makan, aku tengok sekumpulan kanak-kanak dok main kjear-kejar ngan sorang mamat yang tak siuman. Tetiba aku boleh tersenyum tengok kat mamat yang tak siuman tu.. Aku tersenyum sebab aku tengok untuk yang pertama kalinya si mamat yang tak siuman tu ketawa dan senyum. biasanya dia dok muka masam je.. selalu marah-marah orang sekitar dan kelihatan agak berbahaya. tapi bila main ngan budak-budak boleh pulak dia ketawa dan dok kejar-kejar budak-budak yang keriangan tu. 

Aku bukan nak cerita pasal si mamat yang tak siuman tu. kalu nak cerita pon mungkin lain kali. bukan untuk entry ni. kali ni aku cuma nak cakap, aku amat pelik, hairan dan tak ketahuan kenapa kanak-kanak tu dibiarkan bebas berkeliaran bermain merata-rata tanpa pengawasan penjaga.. Tambah memelikkan aku adalah kanak-kanak tu berkeliaran di waktu malam.. bayangkan kanak-kanak berumur antara 5-8 tahun tu bermain kejar-kejar dan berkeliaran pada waktu malam tanpa pengawasan orang dewasa. Kanak-kanak tu aktif, maka tolonglah fikir jika kebarangkalian berlaku kemalangan. apa yang jadi? Tambah teruk kalu kanak-kanak tu hilang tanpa di kesan. Tak guna dah nak menangis air mata darah sekali pon jika tiba-tiba mereka di culik.

Masyarakat nampaknya masih tak ambik pengajaran dari kisah-kisah kehilangan seperti Nurin Jazlin, Sharlinie, Asmawi dan ramai lagi.. sekiranya tak terkena batang hidung sendiri, maka tiada siapa akan peduli. begitu lazimnya masyarakat kita. Dah terkena, baru nak menangis, masuk surat kabar... "huk..huk.. tolong pulangkan anak aku.. pulangkan..pulangkan... sebelum aku jadi pontianak jalang malam.".. memang ketika tu, kita tengok sangat menyedihkan, tapi perkara itu sebenarnya berlaku kerana kealpaan mereka sendiri sedangkan kita telah di dedahkan dengan kebarangkalian itu. *ceh, gila skema ayat aku....
Bukan nak mengutuk sangat para ibubapa begitu. tapi adalah juga kutukan tu~ kalu kita berwaspada, kebarangkalian kemalangan dan jenayah penculikan dapat di elakkan. Kepada ibu bapa, abang kakak tu, kalu ye pon nak bagi kanak-kanak tu bermain, biarlah ada yang menjaga mereka. Jangan dah terhantuk, baru nak mengerang sakit..Beringat sebelum kena... dan lagi, kalu dah malam tu, tak payah la nak bagi kanak-kanak tu keluar rumah. dok dalam rumah baca buku, tengok tv lagi baik.. Malam bukan waktu untuk bermain-main bagi kanak-kanak.Akhir kata, Jagalah anak anda, sebelum masuk paper secara percuma. dua tiga kucing berlari, jagalah anak anda sebelum mereka dicuri.. 





Monday, January 24, 2011

Was-was

Was-was dan ragu-ragu adalah perkara yang sama. begitu juga dengan perasaan tidak yakin dan tidak pasti serta curiga.. mungkin berbeza perkataannya tapi lebih kurang je maksudnya. eh, apa aku mengarut di pagi hari ni? hmm, aku sendiri pon ragu-ragu dengan diri aku sekarang ni. bertambah was-was dengan lecturer aku.. sehingga sakit hati yang amat sangat di pagi hari ni. Dah la minggu lepas dah kensel kelas, hari ni pon takde jugak. dah la kelas tu seawal 8 pagi. pejabat pon tak buka lagi. tapi bila pergi, asyik batal dan batal.. kalu tahu awal-awal, baik aku membutakan diri di atas bantal dan diulit air liur yang meleleh sehingga basi~ ok, habis bab meluah ketidakpuasan limpa.. berbalik ke tajuk utama, was-was..

Elakkanlah diri kita dari bersifat was-was dan ragu-ragu.. cubalah jauhi sifat tu kerana kesan was-was adalah amat besar impaknya. benda yang halal pon boleh jadi haram bila ada perasaan was-was. Dalam arabnya di sebut Mughollazoh... eh, silap..tu najis.... errr... arab sebut Syubhah. Syubhah tu terletak diantara halal dan haram. dalam makna bahasa Melayuna, syubhah tu adalah samar-samar atau tidak jelas.Dalam sabda Rasulullah ,yang bermaksud "yang halal itu sudah jelas, dan yang haram pun sudah jelas. Dan di antara kedua-duanya itu ada beberapa perkara yang masih samar-samar (syubhah) yang tidak diketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang berjaga-jaga dari perkara-perkara yang syubhah sesungguhnya ia telah membebaskan dirinya dengan agama dan kehormatannya dan barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram". hadis diriwayat oleh Imam Bukhari, Muslim dan Tirmizi.. 

 *gambar awek aku sekadar hiasan. tiada kena mengena dengan entry~


Betapa beratnya kesan dari was-was ni. Oleh itu, pilihlah jalan yang terbaik dan lebih kepada yang lebih elok untuk diikuti. Jika ragu-ragu dengan status halal sesuatu perkara tu, jauhilah benda-benda tu.. itu lebih baik dari terus membuat atau menggunakan benda yang diragui. Sebagai contoh, antara isu panas yang dikaitkan dengan syubhah ialah pasal status wudhuk selepas menyentuh isteri/suami. masyarakat kita yang berpegang pada mazhab syafi'e mati-matian kata batal wudhuk kalu sentuh isteri /suami. Mengikut Dr. Asri yang pakar dalam hadis, beliau kata tak batal wudhuk jika di lihat pada sirah nabi bersama isteri baginda, Aisyah. Ramai yang dok kata Dr. Asri Wahabi lah, sesatlah.. hmm, tu pandangan beliau. dia dah kata awal-awal, kalu nak ikut apa dia cakap, terima.. kalu taknak pon  tak pe. begitu juga kata Imam Syafi'e sendiri. jangan taklik kepada beliau jika ada pendapat yang lebih kukuh.hapuskan perasaan was-was tu. kalu rasa batal, baik ambik balik je air sembahyang tu. bukan susah pon. tak sampai 5 minit pon nak ambik balik.. Kalu yakin tak batal, teruskan je lah...

So, apa yang paling penting ialah yakin.ingat tu... YAKIN.. jangan ada sifat was-was dalam diri kita. yakin boleh, Malaysia boleh. tapi yakin pon biar ada batas dan mengikut fitrah serta norma... jangan sampai tak mandi junub tapi yakin dah suci, terus gi solat.. tu sah-sah tak boleh. Yakinlah pada diri sendiri dan yakin pada kemampuan diri..Jangan biarkan hidup anda diselubungi najis.. eh, jangan diselubungi was-was...




p/s : ada gaya jadi ustaz tak?? ekekeke~

Hapuskan zionis

Sebenarnya, benda ni dah lama aku dapat tahu.. bertahun-tahun yang lalu, tapi rasanya hari ni aku nak bagitau jugak kat korang.. mungkin ramai dah jugak yang tahu pasal ni. Seluruh dunia tahu Israel adalah sebuah negara yang zalim. orang-orang yahudi tanpa segan silu membunuh rakyat Palestin dan merampas tanah mereka untuk dijadikan negara Israel. Kali ni, aku just nak kongsi benda yang ada dalam komputer korang tu.. 

Cuba tengok dalam komputer korang pada direktori C. pastu buka Program File\ Microsoft Office\MEDIA\ CAGCAT10. pastu cari gambar yang bertitle J0285926. korang akan nampak gambar lambang bendera zionis dengan lilin yang merupakan sarana ibadah orang yahudi. Kebiasaannya orang akan menyarankan supaya korang men'delete' gambar tersebut. Bagi aku, baik aku delete semua je gambar yang ada..hahahaha..bukan ada pekdah pon menyemak kat situ. membazir disk space je.. dah la laptop aku buruk.. kalu dah direktori C penuh, makin lembab la laptop kesayanganku ni.

Aku tak bagi arahan pon untuk korang delete gambar tu. tapi terserah la kepada korang nak buat macam mana. sebab tu komputer korang... lagipon stakat gambar yang korang tak tahu apa kebenda tu, tak menjejaskan akidah korang pon.. lainlah kalu korang bangga dengan gambar tu. tapi kalu stakat nak boikot Israel dengan delete gambar-gambar yang ada dalam komputer korang tu, berkesan ke? macam la Israel boleh miskin dengan stakat delete gambar tapi korang still dok beli barang keluaran Israel..biasanya orang kita hanya pandai bercakap je.. berapi-api nak boikot Israel. tapi selamba badak air je dok minum COCA-COLA, sambil menggunakan komputer DELL dan memakai seluar jeans LEVIS dan selalu lepak kat STARBUCKS.

Kadangkala kita ni alpa..bukan nak mengutuk sesiapa, tapi aku sendiri pon dua kali tiga je.. bukannya barang dari Israel tu kita tak boleh hentikan penggunaan. bukannya mati kalu tak guna. tapi kita dah biasa dan benda-benda ciptaan israel.. semuanya boleh dikatakan penting dalam memberikan kehidupan selesa kepada manusia. sebab tak nak keluar dari zon selesa ni lah, kita masih memuja barangan israel. betapa bijaknya yahudi mempengaruhi kehidupan manusia seantero dunia.. paling mudah nak tinggalkan pon kita masih gunakan.. tengok pesbuk tu....tahu je si Mark tu yahudi.. berapi je dengar nak boikot, tapi penggunaan makin bertambah dan Malaysia adalah negara paling aktif dalam penggunaan pesbuk. tahniah!!! macam mana dengan blogspot yang kita dok guna ni?? hmm... try la cari sendiri ye siapa punya....wahahahaha~


gambar yg dimaksudkan...


p/s : terpulanglah korang nak delete ke gambar tu, korang nak uninstall microsoft office ke, korang nak bakar komputer ke.. janji aku dah bagitau pasal kewujudan gambar tu dalam komputer korang. 

p/s/s : usah biarkan hidup anda di selubungi misteri...........


Sunday, January 23, 2011

Kerana beromen...

Macam-macam berita sensasi hari ni... Mula-mula aku nak ucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya menundukkan Taufik Hidayat petang tadi dan mengharumkan nama negara. Badminton perseorangan lelaki je yang syok sikit nak layan.. yang pompuan rasa macam tak nak tengok je . apa taknya, asyik2 China melawan sesama China je.. Hmm, aku dah ada sedikit kebimbangan kerana Malaysia kini dah mula kekurangan pelapis baru untuk sukan badminton. Negara kita antara nama besar dalam arena badminton, tetapi kini dah semakin kekurangan atlet profesional.begitu juga situasi dengan negara jiran, Indonesia. Papepon, pandai-pandai la BAM cari pelapis generasi akan datang...

Berbalik pasal berita hari ni, semasa membaca metro kat kedai makan tadi, aku nak tergelak kaw-kaw pasal satu berita.. tajuk pon tak boleh blah punya mengancam. "padah gigitan asmara".. wahahahaha... ni berita yang aku copy paste dari metro...

AUCKLAND: Seorang wanita dilapor separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung akibat gigitan asmara yang dilakukan kekasihnya. Kejadian itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan. Wanita yang yang tidak disebutkan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Doktor mengesyaki dia diserang sakit jantung tetapi pada mulanya tidak dapat mengesan puncanya.Mereka kemudian mendapati kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemui punca serangan sakit jantung berkenaan - kerosakan pada pembuluh darah pembentukan darah beku akibat gigitan asmara itu.
Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok. - DM

Kesian pon ada, lucu pon ada.. nak beromen pon kena tahu cara. kan tak pasal-pasal dah kena strok. uiihhh, bahaya juga kesan beromen ni. bukan stakat tengkuk jadi  merah, tapi boleh menyebabkan strok. bagi yang belum kawen tu, aku bagi amaran, jangan sesekali nak beromen. kang kena strok baru tau.. bagi yang dah kawen, kalu nak beromen pon, sila hati-hati... jangan dok gelojoh sangat.. buat pelan-pelan suda~ ekekeke

kecik-kecik pon dah pandai cemolot, beromen... haish~


Lapar, Cotek dan Banjir....



Cotek? Menatang kebenda cotek tu? Banjir kat mana pulak? Sebenarnya aku cuma nak cerita pasal roti canai je. Semenjak dua menjak ni, boleh dikatakan hampir setiap malam aku akan mengalami kelaparan dan akan membedal roti canai. dulu slalu order roti canai kosong dua bijik untuk mengisi perot di waktu malam. Sekarang ni selera aku dah bertukar kepada roti cotek. Ahh.. tak tahu ke roti cotek tu binatang apa? sebenarnya roti cotek bukanlah binatang atau sayur-sayuran. beliau ialah sejenis roti canai. Kat KL ni aku dengar orang sini panggil roti tampal. di ulangi sekali lagi, ROTI TAMPAL... kalu kat Kelantan orang panggil Roti cotek.

Roti cotek langsung tiada kaitan dengan pokok mas cotek. Beliau dinamakan roti cotek kerana ada telur yang melekat di roti tu. Dalam loghat Kelantan, Cotek itu disebut kepada sesuatu yang melekat dan sedikit timbul di atas sesuatu permukaan... lebih kurang gitu la kot maksudnya..Roti cotek a.k.a roti tampal ni sangat sedap jika dimakan dengan menggunakan teknik banjir... ish~ rasa macam tak berapa sesuai je ayat aku tu..ah!!! hentam ke la labu... Mudah kata, roti ni sedap dimakan jika kuahnya dimakan secara banjir.. nak lebih sedap, letakkan bawang goreng. uhhh.. heaven gila~

Seingat aku, Roti cotek yang paling sedap pernah aku makan ialah kat Kedai Makan depan Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu Kelantan.. sekarang aku dengar perniagaannya makin maju dan nama kedai pon dah tukar jadi Cotek Red Warriors..siap kaler roti canai pon dah bertukar jadi merah...Aku tak jumpa lagi mana-mana kedai Roti Canai yang mampu melawan kesedapan roti cotek beliau.. hmm.. ni bukan aku nak promote kedai dia ye.. just ceritakan pengalaman aku.. aku tak di bayar dan di upah oleh beliau untuk mempromote kedai roti coteknya. tapi kalu beliau nak bagi aku roti free, aku belasah je.. nak suruh tulis entry angkat ke langit pon aku sanggup.. pasal makan, laju je~

















*gambar hasil carian encik google..



p/s : kelaparan dah melanda perot aku sekarang ni.. jom pergi makan roti cotek!!!

Saturday, January 22, 2011

Wayang, VCD, Download

Aku tengok kat fan page Merong Mahawangsa di Pesbuk, Norman dah wat pengumuman bahawasanya filem MerongMahawangsa akan di tayangkan pada 10 haribulan Mac 2011 bersamaan 32 haribulan kucing tahun Gajah kalu mengikut kalendar Argentina.. Wahh..penantian aku selama ni semakin hampir.. tak lama dah tu. bulu kaki aku dah meremang dok tungggu nak tengok, dari tahun lepas lagi. Asyik-asyik tengok trailer je berkali-kali.. sampai aku dah hafal dialog trailer tu. Sempena dah bercakap pasal filem ni, tahniah aku ucapkan kepada filem Ngangkung kerana berjaya memecah belahkan panggung seluruh Malaysia.

Tahniah jugak aku ucapkan kepada Shamsul Yusof kerana kejayaan beliau dalam mempersembahkan Khurafat, Syirik, Nifak, Nifas... walaupon aku tak berapa suka ngan Shamsul tu, tapi aku tetap mengucapkan tahniah kepada dia. Yang aku tak suka pasal dia, semua filem arahan dia, mesti dia sendiri yang nak jadi hero.. apa kes mau masuk bakul angkat sendiri.. dah la berlakon pon masih nampak kaku & statik. Tapi tu dah jadi hak dia, suka hati dia la.. aku tak leh wat apa. cumanya memang aku tak suka ngan filem dia sebelum ni. Tapi syabas la untuk filem Khurafat ni. 

Lain orang lain kepala.. bagi aku filem-filem yang bagus seperti Avatar, Batman, MerongMahawangsa ni wajib kena tengok kat panggung. Lain tu pengahayatan masa tengok kat panggung ngan TV. Tapi ada jugak golongan manusia yang tak suka gi panggung dan hanya tunggu nak beli VCD. kalu yang ori ok la jugak.. Ni gi bantai cari yang pirate punya. Ada jugak yang nak tunggu untuk download je.. lagi senang. tak bermodal la katakan.. tapi download pon biasanya pirate punya jugak.. tapi nak salahkan mereka pon rasanya tak patut jugak. Jangan lah mudah nak marah kat orang kerana tak sokong barangan Ori. Salahkan mereka yang menjadi pengeluar dan pengedar dulu.. Lagi satu, bukan semua tempat kat Malaysia ni ada panggung. Macam mana depa nak tengok kalu kawasan mereka takde panggung? cara mudah ialah VCD je la.. nak tunggu ori punya lambat lagi nak keluar. Hmm, teringat ngan member aku sorang tu. Sanggup menempuh perjalanan ulang-alik dari Kelantan ke KL semata-mata nak tengok filem kat panggung. pernah sampai 2,3 kali seminggu dok berulang-alik.. gila-gila...



p/s : rasanya, tak sabar jugak nak tengok filem 'Kongsi'.. wajib tonton nih...

Friday, January 21, 2011

Gadis Melayu Tak Menawan?

Siapa bilang gadis Melayu tak menawan? tak menarik hati tiada memikat? Kalaulah memang tak mungkin aku pening.. kalau memang tak mungkin aku tersungkur.. heh~ gadis Melayu. Hepi Friday kepada semua.. hari ni aku dah jadi manusia normal. bukan lagi sang keluang yang suka berjaga malam. Malam tadi memang betol-betol mengantuk yang teramat sangat.. pukul 11 lebih aku dah tidor tersungkur di depan laptop.. pukul enam lebih dah bangun.. Bila dah siap lakukan apa yang patot, aku pon pergi la mencari roti canai bagi mengisi perotku yang kelaparan dan hanya reti nak makan..

Tengah syok dok pekena roti canai, ada la lalu sorang 'chikaro' kat sebelah aku.. ok, aku bukan nak cerita pasal aku nak mengusha budak tu.. langsung tak minat nak usha-mengusha ni.. tapi yang aku tak tahan sangat pasal budak pompuan tu adalah baunya.. busuk ke? takde la  busuk tapi terlalu wangi..awchh.. pening aku seketika. aku yang hidung tersumbat di pagi-pagi ni pon masih mampu untuk menghidu bau wangi budak tu. sakit hidung dowh dok hidu bau-bauan yang kuat ni.. hidung aku dah la sentitif.. Heran aku kenapa perempuan perlu nak mewangi sampai nak meletup hidung orang yang menghidu? kok ye pon nak pakai perfume, bagi aku takde la salah.. tapi beragak-agak la..takkan la sampai nak bunuh orang dengan bau tu..

Aku tak nafikan lelaki memang suka menghidu bau pompuan.. agak-agaknya boleh jadi stim la.. aku sendiri pon suka hidu bau para chikaro tapi aku lebih suka yang natural gitu.. aku tak suka bau-bauan yang melampau sebab memang hidung aku terlalu sensitif dan tak leh terima bauan yang kuat. Hmm... ada dengar ustaz cakap, kalu pompuan memakai bau-bauan yang boleh mengasyikkan lelaki, maka dia akan menanggung dosa sama seperti berzina..hmmm.. fikir-fikirkanlah.. tapi kalu bau yang aku cium tadi bukan zina. aku rasa macam sudah dirogol.. dengan terpaksa.. walaupon budak pompuan tu dah pergi jauh sebatu, tapi baunya masih ada lagi kat tempat aku..Tak dinafikan, majoriti perempuan suka bersolek dan memakai perfume.. tapi tolong la pakai sikit-sikit je ye.. tak sanggup dah aku kalu kena rogol lagi lepas ni..Seksa dowh hidung aku!!!

tengah pakai perfume pon boleh wat muka stim ke??haish~



Thursday, January 20, 2011

Perempuan suka tengok kemaluan lelaki?

Orang perempuan suka tengok lelaki yang menahan kemaluan..Entah la betol ke tidak dengan statement aku ni.. tapi dalam pemerhatian aku, ramai perempuan yang suka tengok lelaki yang agak gentleman dan malu-malu bila di permainkan.. Certain perempuan amat suka kalu tengok lelaki yang dah malunya sampai muka pon jadi kemerah-merahan  tambah-tambah bila si perempuan tu menyakatnya.

Heh, memang perempuan suka nyakat lelaki untuk tengok mereka malu ke? tu aku tak pasti la.. tang tu orang perempuan la yang kena jawab.Tapi kalu betol pompuan suka menyakat, mereka biasanya hanya akan buat kat lelaki yang menjadi kenalan je termasuklah boipren mereka. Yang aku tahu, kalu orang lelaki memang suka menyakat pompuan... kena pulak spesis ulat bulu ke, buaya darat ke, penjual minyak ke dan lain-lain yang seangkatannya, biasanya mereka hanya suka menyakat perempuan yang tak dikenali. contohnya yang selisih kat tepi jalan je.. terus sakat... ngan chikaro sendiri tak pernah pon nak gedik-gedik.. kalu ngan bini siap bagi penampar free je selalu.

Biasanya lelaki menyakat hanyalah sebab nak bising-bising je.. nak enjoy atau dalam bahasa remajanya, gila-gila remaja.. Hmm...susah nak cari persamaan diantara lelaki ngan perempuan. Tapi betol ke perempuan suka tengok kemaluan lelaki? semakin besar kemaluan lelaki tu, makin gembira perempuan..tapi...aku memang tak suka kalu kena sakat ngan pompuan!!!  makin besar kemaluan yang diterima, makin jatuh rasanya maruah diri..ceh, lelaki kan ego.. walaupon tak semua lelaki memiliki motor yamaha ego...

Wednesday, January 19, 2011

Terima Kasih Daun Keladi

Entry ni tiada kaitan dengan daun keladi apatah lagi aiskrim berperisa keladi..Cuma aku ingin berterima kasih kepada Nuffnang kerana sudi memberi sebuah lagi BE untuk blog ni.. I Luv Nuffnang!!! alhamdulillah, dapat lagi rezeki. Asyik-asyik iklan Digi je yang bertandang. Papepon Digi memang best. Member-member aku juga ada menggunakan rangkaian telekomunikasi Digi dan siap promote kat aku lagi. Memang aku terpengaruh gila ngan tawaran dari Digi tambah-tambah lagi bila dok tengok iklan yang terpampang kat blog ni.

Aku telah mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan Digi dan talian dari perkhidmatan lama masih dikekalkan.. susah dowh nak matikan nombor lama.. nanti orang tak dapat nak contact pulak. kalu nak inform sorang-sorang, mati den.. Cara terbaik hanyalah tambah sebijik lagi nombor dan telefon. Lagi pon kat kampung aku dah ada line Digi. dulu tak ambik awal-awal sebab masa kat kampung takde line. tambah lagi takde kenalan yang guna talian sama. rugi je kalu sorang-sorang pakai nombor Digi. tapi kini member-member pon dah ramai yang menggunakan nombor Digi, maka takde masalah la aku nak pakai.

Paling best, Digi menawarkan panggilan percuma kepada 5 nombor pilihan kita.. percuma beb..percuma!!! Tak tahulah selama mana Digi nak bagi, Tapi dengar kata orang, untuk selama-lamanya. Dengan Iklan Digi yang tak putus-putus kat blog ni, aku betol-betol terhutang budi ngan Digi. sebab tu lahirnya entry ni walaupon tak berbapa dan ibu. Tak sabar rasanya nak cash out duit Nuffnang aku. dah cukup dah.. cuma nak tunggu banyak sikit lagi. ekekekeke.. hajatnya dapat duit tu nanti nak beli domain ngan hosting sendiri untuk blog ni. baru nampak macho sikit ada domain sendiri~ nak tunggu duit kasi lebih-lebih sikit untuk aku buat joli gi karaoke, makan nasi, minum air 7up.. (macam la 3 tahun tak jumpa nasi).. Akhir kata, sekali lagi terima kasih kepada Nuffnang..


p/s : tak nak guna duit poket untuk beli domain.. kalu guna duit Nuffnang, tak la terasa beban sangat~ ekekeke

Ade Bran??

Mula-mula aku nak ucapkan selamat pagi dan Selamat Hari Thaipusam kepada seluruh penganut Hindu dan khasnya kepada kawan-kawan aku yang berbangsa India.. Keduanya aku nak ucapkan Selamat bercuti kepada seluruh rakyat Malaysia. kepada wartawan, pak guard, penguatkuasa, dan yang seangkatan dengannya tu, berkhidmat la dengan jaya. Jasa kalian amat bermakna sehingga rela tak dapat cuti..pastu masa BW pagi ni, aku ada jumpa ngan satu blog . yeah!! senarai penipu blogwalking dah keluar.. sila semak nama anda, ada ke tak.. hahaha..

Tengok tajuk entry, mesti ramai yang tertanya-tanya, apa hal ngan entry bodo nak bagi ucapan ni selamat ni.. sebenarnya tadi tu baru mukadimmah.. sekarang baru nak start isi sebenar entry ni.. Sebenarnya gini, aku tengok semenjak dua menjak ni ramai yang dah terikut-ikut dan dah jadi trademark kepada para blogger, kalu nak masuk dalam bloglist si polan ni, kena wat entry khas untuk tercalon.. pastu ramai la yang berebut-rebut wat entry sebab nak tersenarai kat bloglist.. ada sesetengah blogger tu akan buat pemilihan pulak berdasarkan mereka yang berebut dok wat entry tu.

Tak dinafikan, cara sebegitu memang berkesan untuk menaikkan trafik blogger yang terlibat.. Kadang-kadang nampak meriah jugak dunia blog kalu ada aktiviti kemasyarakatan begini..riuh jadinya kerana masing-masing sibuk nak masuk dalam senarai. Aku rasa cara tu dah popular dan ramai orang buat.. Apa kata kalu kita wat kelainan pulak? Macam idea bangang dari otak semput aku ni, apa kata korang buat satu entry khas untuk korang masukkan aku dalam bloglist korang? hahahaha.. mudah kan? korang wat entry pasal nak masukkan aku dalam bloglist korang..pastu letak la link aku dalam blog list korang...Haa......ada bran ka??

Hanya orang yang sempoi dan bangang macam aku kot yang akan buat entry pasal blog aku. Syaratnya mudah je kan?


  • Buat entry , masukkan aku dalam bloglist, pastu kalu nak header jugak utk masukkan dalam entry, ambik la gambar kat bawah ni pastu link la ke entry ni..
  • Tak payah tag orang lain. tapi kalu nak tag jugak, pastikan tidak lebih dari 3 orang. 
  • Dah siap, sila letak link korang kat komen sini.. 
  • Tarikh tutup mesti ada kan? Oleh sebab hari ni 20.01.2011 maka Tarikh tutupnya 20.02. 2011


Bangang tak cara aku ni? Kalu korang rasa berani, join la..  kepada mereka yang dah lama letakkan aku dalam bloglist korang pon, di sunatkan buat kalu korang rasa diri sebangang aku.. Ingat baik-baik, hanya mereka yang berani sahaja..


kalu rasa nak tempek header, ambik sini..


Apa kebaikan yang dapat kalu join menatang ni??
-tolong naikkan trafik aku
-menambahkan trafik korang
-korang dapat pahala
-membuktikan diri korang betul-betul berani
-korang bersetuju mengiakan bahawa aku seorang yang bangang
-korang boleh update blog kalu tak de idea...
-ada ubi ada batas, ada lori ada bas... paham-paham le....
-aku masih berfikir, perlu ke bagi hadiah kepada mereka yang paling kreatif dan tahap bangangnya melebihi aku.....


p/s : sebenarnya aku tak tahu nak tulis menatang apa hari ni.. hentam je la buat entry bangang~

Kawanku hantu

Bila aku teringat ngan member aku si Zai, mesti aku akan ingat negeri Sabah sebab beliau dah menetap kat negeri kelahirannya tu.. Bila aku fikirkan pasal negeri Sabah, mesti aku akan terpikir pasal balan-balan. Kalu aku terpikirkan balan-balan, mesti aku teringatkan member aku.. eh, apa jadah nak kaitan member aku ngan balan-balan.. Aku jadi tertarik pasal cerita balan-balan a.k.a hantu penanggal kerana spesis ni amat terkenal di negeri bawah bayu.
Member-member aku dari Sabah pernah bercerita pasal balan-balan ni. Kononnya balan-balan ni bukanlah hantu yang bersifat ghaib tetapi adalah golongan manusia yang membuat perjanjian dengan syaitan untuk membolehkan kepala mereka berpisah dari badan. Dengar cerita lagi, hanya kaum tertentu yang ada belajar jadi balan-balan ni.. ada sorang member tu ada mendakwa kononnya pernah mengenali sahabatnya yang merupakan seorang balan-balan.. eh, seekor eh..seketul, ahh.. aku pon tak tahu nak bagi penjodoh yang sesuai dah. nak kata patung, tapi dia tu orang. nak panggil orang pun dah jadi bukan orang. pandai-pandai la korang bagi penjodoh bilangan yang sesuai. segerombolan pon boleh jugak kot..

Menurut member kepada member aku tu (bukan member aku), dia jadi balan-balan kerana warisan dari tok nenek. Dia tak nak pon bertukar jadi balan-balan tu tapi bila ada je orang nak beranak ke apa, secara otomatik beliau tak leh nak dok diam. jadi gelisah dan lapar darah. Beliau akan jadi jugak balan-balan tu walaupon diluar kehendak sendiri. Tanda-tanda seseorang tu adalah balan-balan, tengkuk dia ada garisan kecil yang menandakan kepala dia pernah terputus dari badan. Amatlah menjadi pantang kepada orang Sabah kalu cerita pasal balan-balan ni di kala waktu malam. Kata mereka, benda tu boleh dengar kalu mengumpat kat mereka dan akan datang cari korang di tengah malam..

Hmm, kenapa ada orang yang menuntut nak jadi penanggal ni? apa faedah yang dapat? Dari dok makan benda-benda kotor tu, baik makan nasi ayam.. stakat jadi hantu sebab nak makan tali pusat apa barang...mungkin mudah kot jadi balan-balan ni. tak payah nak letih jalan kaki. boleh terbang je..sekali tali perot tu tersangkut kat pokok, baru padan muka.. Benda ni bukan aku tak percaya.. memang  tak mustahil balan-balan ni wujud kalu dah bersekongkol dengan syaitan, semua benda boleh jadi. Tuhan mampu membenarkan semua benda. Tapi janganlah sampai kita nak takut-takut  dan taksub ngan benda-benda macam ni.. rosak akidah nanti. Kalu dia datang, try kasi smash ngan kayu besbol ke.. terpelanting la tu.. 

Kepada mereka yang tak rela tetapi terpaksa menjadi balan-balan tu, kalu boleh cubalah dekatkan diri ngan agama. tak kira la korang agama apa pun.. setahu aku semua agama mengajar kepada kebaikan dan kedamaian serta memberi ketenangan kepada penganut-penganutnya. cuba la banyakkan membaca kitab agama dan kalu time terasa kepala nak terpenggal tu, try la asingkan diri dengan dok dalam bilik yang terkunci..  Bila rasa nak datang bulan waktu menanggal banyakkan berdoa. Ye, aku cakap memang senang sebab bukan aku yang merasa situasi tu. Aku cuma reti cakap je. tapi tak salah kalu mencuba kan? mudah-mudahan saka balan-balan tu dapat di buang.








Tuesday, January 18, 2011

Hargai Jamban

Tadi aku gi mencari makanan untuk mengisi perotku yang berlagu keroncong.. makan kat kedai terus la senang.. lepas habis je makan, perot pulak buat hal lagi. mula-mula dok menyanyi pasal takde isi.. pastu, dok marah aku pulak sebab nak buang isi.. kerana desakan perotku yang tetap berkeras kepala nak mengeluarkan isi, maka aku terpaksa mengalah kepada perot ku.. sambil-sambil menyumpah kat peniaga kedai makan sebab mengira lambat, pastu aku menyumpah lagi kat pemandu kereta yang dok kat depan bawa slow nak mampus.. desakan perot makin menjadi-jadi.. aku memecut deras menuju ke stesen minyak yang berdekatan.

sampai je kat jamban stesen minyak, terus aku masuk kat bilik jamban yang mula-mula.. aish~ tandas duduk... yang tu dah satu hal.. tengok kat bingkai jamban tu, bekas tapak kaki!!! siap berlumpur lagi. Cilaka mana la yang buat kerja macam tu. terbantut niat aku nak membuat pelaburan kat stesen minyak tu. terus tukar pergi ke jamban yang sebelah. nasib baik jamban cangkung.. aku tanpa membuang masa, telah membuat sedikit pelaburan di jamban stesen minyak tu.. kalu di hitung nilai pelaburan dengan kadar faedah sebanyak 5 peratus setahun, dalam  enam tahun aku akan berjaya mengumpul keuntungan sebanyak 50kilo..har.har..jijik gila!!!

Eh, lari tajuk la pulak.. sebenarnya aku bukan nak menggalakkan amalan pelaburan di stesen minyak.. cuma nak nyatakan pasal kebersihan tandas. Dari pemerhatian aku, rata-rata tandas di Malaysia memang kotor gila..Jangan kata setan, segala bapak setan, mambang, jin, jembalang pon suka dok kat sana. Aku tengok, tandas yang banyak bersih pon kat masjid-masjid je... tu pun certain masjid je..Ada juga jamban tu, nak masuk dah la kena bayar sampai 50 sen, tapi dalamnya kotor, jijik... tak padan ngan harga!!! Macam kes aku tadi, bahalol mana la yang guna jamban duduk dengan aksi mencangkung kat atas tu. dah la aku ni memang tak berapa suka ngan jamban duduk. sebab dok kongsi duduk tempat yang sama dengan banyak jenis punggung.. haish~ tapi bila terdesak terpaksa juga guna.. tapi bila dah ada kesan tapak kasut, tapak selipar, sori derr kalu aku nak teruskan hajat. rasanya otomatik hajat tu akan tertunda..

Takkan la korang tak tengok macam mana cara nak gunakan tandas tu kat TV? biasanya kalu kat jamban awam akan diletakkan gambar tentang cara nak guna jamban duduk tu. takkan tak paham lagi??? Yang aku hairan ngan perangai orang kita, dah la lepas kotorkan, tak nak bersih balik, kencing ngan berak pon boleh tinggal macam tu je.. weekkkkkk... busuk gila la. Perangai cam haramm!!!!! tolonglah sama-sama menjaga kebersihan tandas awam kita. anggap la jamban tu ibarat jamban kat rumah korang.. takkan kat rumah sendiri pon korang tak pernah nak cucikan semua najis menghollazoh, mutawasittoh tu... Hargailah jamban awam kita. kalu takde jamban awam lepas ni, korang nak berak kat mana???





Nah!!! aku dah bagi gambar contoh untuk korang berak menggunakan jamban duduk ni kepada yang masih tak tau... Kalu dah tahu, tapi masih dok amalkan jugak cara yang salah, memang sah otak korang ada masalah.. sila dapatkan borang untuk apply hospital bahagia secepat mungkin!!!

Sunday, January 16, 2011

Pisau Cukur

Hari ni, pagi-pagi buta lagi aku dah menyedarkan diri dari ketiduran yang agak kelenaan...tengok jam, pukul 5am.. mak aiihhh.. subuh pon tak masuk lagi. habis nak buat apa pagi-pagi ni? nak solat tahajud? solat hajat? hmmm... malas la pulak. sejuk la pagi-pagi ni nak kena mandi.. mandi tu kan wajib...eh, sunat mandi sebelum solat. membersihkan diri dari segala kotoran.. Hmm, tengok kat cermin, muka aku masih tak berubah tahap kehensemannya. cuma misai yang dah tumbuh balik sikit.. bagi menjadikan aku lebih hensem, terus aku mencari pisau cukur untuk mencukur bulu-bulu misai tu. Demmm... pisau cukur dah tumpul. tak boleh nak guna. baru je beli beberapa hari yang lepas. mahal lagi tu berbanding pisau cukur yang murah.

Sebut pasal pisau cukur, aku akan ingat filem Pisau Cukur yang dilakonkan oleh secret admire aku, Maya Karin dan Fazura.. Mengikut simpulan bahasa Melayu, Pisau cukur memberi maksud perempuan yang suka mengikis duit lelaki..Tapi dalam cerita tu, gewe aku tu, Maya Karin tidak di gambarkan sebagai pisau cukur. cuma perempuan yang ingin mencari kesenangan demi masa depan keluarganya. beliau takde pon di tonjolkan dengan imej mengikis.. Sumpah, aku betul-betul tak suka sehingga hampir muntah dengan perempuan yang bersifat pisau cukur ni. Aku pernah jugak la kenal ngan beberapa pisau cukur yang suka kikis duit ni tapi tak suka kikis bulu.

ini pisau cukur



Ada member sorang tu, punyalah aku terasa hati sikit pasal dia dah tak layan lagi kawan-kawan lama sejak dah dapar pompuan tu. Bila aku risik-risik, pompuan tu rupanya pisau cukur dan banyak lagi jantan lain yang dia dok layan ngan cara yang sama. sayang, tuhan dah bagi dia rupa yang elok, tapi dia kekurangan akal untuk fikir yang mana baik dan buruk... boleh menjual rupa kerana harta. si member tu pon bodo jugak. dah la tahu pompuan ni dulu dia rembat dari si kawan sorang lagi. Boleh lagi habiskan duit untuk pompuan tu sampai hampir RM100 setiap sehari. tu baru kira basic dia RM100 sehari.. hanya untuk top-up, makan, masuk tandas dan sebagainya. kalu dia demand benda-benda lain lagi, kena beli lagi. nak tudung Ariani pon, dia beli.. nak beli jam tangan harga pat ribu pon dia beli.. nak beli spender Calvin Klein pon dia beli.. dalam 3,4 hari skali kena keluar lagi modal lain untuk maintanance pulak.. bukan alang-alang tahap dia. maintanance tinggi gila babeng..

Aku ada la jugak nasihatkan si member tu supaya jangan dok layan sangat pompuan tu. dari dok habis ribu-riban kat betina tak guna, baik sedekah kat masjid..tapi bila aku dok ulang nasihat 3,4 kali, aku pulak yang dimarahkan nya.. kononnya nak jaga tepi kain lah, tak boleh nak harap lah, tak beri sokongan pada kawan lah.. demm..kalu orang nak bunuh ko, aku nak kena sokong jugak ke? last-last, rela nak putuskan per'member'an  yang terjalin 20 tahun hanya kerana sorang pompuan yang dikenal dalam masa 20 hari? hohoho..kau memang bijak bro.. pandai sungguh kau memberi nilai begitu kepada sorang member. Ok, fine.. aku tak kesah. tu duit ko, hidup ko, dan pandai-pandai ko uruskan. Yang aku nak gelakkan sekali, bila aku dah kantoikan perbuatan pompuan tu, si pompuan tu siap call aku dan bagi warning supaya jangan ganggu hidup dia. dia punya suka nak jadi pisau cukur bulu ke, pisau potong sayur ke, pisau ramboo ke.. Hei minah, aku tak minat nak ambik tahu pasal ko tu, tapi pasal kawan aku. herannya aku.. kenapa mesti nak jadi pisau cukur? Lelaki yang di cukur pon bangang.. Perempuan pencukur tu pon bangang jugak. haishh~ PEREMPUAN ITU MEMANG BODOH!!!

crush..crush..crush...



p/s : bila dah abis bulu-bulu si lelaki dicukur, pasni mesti pisau cukur tu pergi cari lelaki lain yang lebih berbulu lebat dan mempunyai beraneka jenis bulu...

p/s 2 :kepada member tu, aku cuma tunggu saat ko jadi gila je sekarang ni. tunggu ko di tinggalkan si pisau tu. aku dah bagitau elok-elok, aku pulak yang kena tengking balik.

Saturday, January 15, 2011

Awesome!!!


Awesome!!! tu je yang aku reti nak sebut ngan Mat Salleh yang bergelar Raymond Crooke. Nak sebut ayat panjang-panjang aku tak reti. Paling panjang ayat yang aku boleh sebut dalam BI cuma perkataan yes, no, orait, ok, tengkiu... Masa kecik-kecik dulu, kalu masa kelas BI, selalu ponteng kelas.. pastu dok ngutuk teacher lagi.. mana la nak berkat ilmu tu...perkataan awesome tu pon aku dapat dari google map.. eh, dari google translator.. ehh..bukan, google image kot. entah, aku pon lupa. yang aku ingat dari google la.

Lari tajuk la pulak.. sebenarnya nak cakap pasal Mr. Raymond Crooke je.. begini, dari semalam aku dok godek-godek redtube youtube. dari satu video ke satu video.. dan akhirnya aku bertemu dengan video dari  Encik Raymond. banyak juga la video dari beliau. semua video dia hanya dok nyanyi lagu-lagu melayu lama macam lagu P.Ramlee, Sudirman.. Layan je la mat salleh tu nyanyi lagu Melayu. nampak ada kelainan la dari lagu yang biasa dinyanyikan oleh kebanyakan orang Melayu je. Tak sangka ada jugak Mat Salleh yang suka nyanyi lagu-lagu Melayu.. Sesetengah lagu lama yang slow sangat, aku sendiri tak pernah nak layan. buat mengantuk je. tapi hebatnya si Raymond kerana siap boleh hafal lirik lagi yang tak mampu aku buat.

Tetiba terasa malu pada diri sendiri.. orang putih pon layan lagu Melayu dulu-dulu. aku pulak tak reti-reti nak layan seni dari tok nenek sendiri. Paling menarik tentang pak cik Raymond, beliau langsung tak paham bahasa Melayu apatah lagi nak cakap bahasa Melayu.. beliau cuma boleh nyanyi je lagu bahasa Melayu. Tapi orang Malaysia pon ramai jugak yang boleh hafal lagu hindustan kan? walau sepatah haram pon tak tahu maksud lagu tu. Kalu lirik lagu hindustan tu bermaksud "aku bangang, aku bodo", maka kita pon syok je nyanyi sambil ngaku diri sendiri tu bangang dan bodo..kan?kan?? kalu orang Hindustan dengar, mesti diorang gelak kaw-kaw bersama kapal api kerana ada juga orang ngaku bangang sambil nyanyi-nyanyi..


Malas dah aku nak taip panjang-panjang. lenguh tangan dohh.. kalu korang nak tengok video Encik Raymond tu, korang boleh tengok 'sample' yang aku bagi kat sini. kiranya video tester la ni... kalu korang rasa syok, boleh la menonton video lucah beliau yang lain di youtube... Akhir kata, aku nak bagitau ayat yang aku buat lepas belek kamus BM-German dengan mengambil masa selama 3jam ni.. "dun judge the buk bai its kaver but plis judge the buk bai its price".. kalu harga lapan juta, korang nak beli ke???



Friday, January 14, 2011

3 perkara

Lambat update lagi.. kali ni aku nak berpura-pura sibuk lagi la.. biasa la.. kalu tak update blog, alasan biasa blogger mesti sibuk memanjang, tak de idea, tak de mood, tak sihat, internet takde or slow.. Bila aku ingat-ingat balik, setiap kali aku lambat update mesti alasan sibuk. kan? kan?? walaupon kadang-kadang aku berpura-pura sibuk.. nanti lain kali aku nak bagi alasan lain pulak.. laptop merajuk ke, jari aku buat korek hidung dan takleh nak menaip ke, eletrik kena potong pasal tak bayar bil ke, otak beku sebab tak minum nescafe ke.. janji tak de dah alasan sibuk memanjang..

Entry kali ni pon aku nak mengarut je... Tak sempat nak pikir apa-apa pasal otak aku memang tengah lemah sekarang ni. kali ni aku cuma nak bagitau korang tentang 3 perkara je.. yang pertamanya aku tengah mengantuk gila ni pasal tak tido sejak 2 hari yang lalu.. mata pon dah merah menyala. aku tengok kat cermin, mata aku sebijik dah jadi macam mata hantu.. ingatkan nampak hantu dah kat cermin tu. tengok baik-baik baru perasan tu memang muka aku yang kacak..(tolong telan balik muntah korang tu..)

Tak tido bukan pasal apa, cuma dok main game. demm... kalu dah gila game, macam ni la nasib. dok buat kerja gila. siang hari pulak sibuk. memang tak sempat nak tido.. habis perkara pertama. yang keduanya aku nak bagitau sekarang ni aku lapa.. tapi aku tak nak gi makan sebab aku terlalu mengantuk. Perkara ketiga tu pulak, aku nak tido dah sekarang. nasib baik hari ni hari Sabtu.. boleh la tido sedap-sedapan..Ok, habis dah 3 perkara aku nak bagitau. Terima kasih kerana membaca entry tak  berpekdah ni. Padan Muka korang dok buang masa baca entry ni... aku tak suruh pon korang baca..wakakaka~ Sekian saja untuk pagi ni, selamat malam..


p/s : walaupon dah pagi, aku ucap selamat malam la sebab aku baru nak tido ni.. tengah hari dah nak kena bangun.. cisss!!

Thursday, January 13, 2011

Dadah dan Kejayaan

Anda seorang yang bangang, bodoh, buta huruf, buta kayu dan tak reti pape? tapi anda teringin nak berjaya dengan sesuatu yang anda minati? jangan bimbang, disini ada caranya. Cikgu aku pernah pesan dulu, kalu nak berjaya hisaplah dadah. Dadah dapat memberi kejayaan kepada korang suatu hari nanti. hahahaha~

Kalu korang ada minat seperti membuat kerja pertukangan ke, suka baiki motor ke, suka jahit baju ke, atau suka mencuri ke atau apa-apa sahaja minat, tapi korang takde peluang untuk belajar dan lebih memahami minat korang tu, aku ada tips untuk menjadikan korang berjaya. Caranya hisaplah dadah. ye, dengan dadah, korang boleh jadi khayal dan bayangkan yang korang orang kaya..hahahaha.. tu la pemikiran penghisap dadah yang bangang.tiada yang mustahil. tapi di sini aku nak bagi korang tips secara realiti dan bukan khayalan. semasa korang nak hisap dadah, korang wat la laporan kat polis ke, ada kegiatan menghisap dadah kat mana-mana. pastu korang gi la hisap dadah kat situ. biar polis tangkap. best wooo boleh naik kereta polis..wakakakaka.

Lepas di tangkap, korang akan di masukkan ke pusat serenti. di 'Universiti' tersebut, korang akan mendapat tempat tinggal, makan minum dan katil secara percuma. diulangi sekali lagi.. percuma!!! dari korang dok tido tepi jalan, makan sampah sarap tu, baik menginap kat 'universiti' percuma ni. lagi pon, di situ korang akan diberi peluang untuk mendalami dan mempelajari apa yang korang minat. kalu korang minat jadi mekanik, diaorang bagi korang baiki enjin2.. kalu korang minat jadi tukang rumah, diaorang bagi korang latihan menggaul simen. kalu korang minat jadi tukang kebun, diaorang akan bagi cangkul untuk korang jadi Hang Kebun. Kalu korang nak jadi pencuri, belajar la untuk melarikan diri dari universiti tersebut. Insayaallah kalu korang berjaya loloskan diri, korang boleh jadi pencuri yang berbakat.

Jadi, dengan latihan yang diberikan oleh pusat serenti tu, lepas korang tamat pengajian dari universiti tersebut, korang boleh memulakan perniagaan atau apa sahaja berdasarkan minat korang yang telah korang belajar tu. bagi yang suka menjahit, boleh buka kedai jahit, kalu minat berkebun, boleh apply jadi Hang Kebun kat mana-mana skolah. Kalu minat video porn, boleh jadi penerbit filem porn pertama kat Malaysia ni. Femes ko nanti..wakakakaka...tapi kalu korang nak berjaya dan kaya dengan cepat, korang jadilah pengedar dadah. memang cepat masyukkk duit tu..kalu kena tangkap pon, cepat jugak masuk lubang kubur.. pilihan di tangan anda. tapi, ternyatakan dadah mampu membawa kejayaan kepada kita samada jadi pengedar atau pon penghisap.






ps ; korang boleh amalkan tips ni kalu rasa diri tu betul-betul bangang dan takde otak..tapi hisap dadah tu lebih baik dari jadi perompak, penyamun, peragut, mahupon mat rempit.Hisap sorang-sorang, mampus sorang-sorang. takde nak memberi masalah kepada orang.

ps 2 : hisaplah dadah jika anda ingin berjaya. ( tahap ke'bangang'an ayat aku telah meningkat satu level lg...)

psp :jangan seyes sangat ngan ayat aku ni.. kang tak pasal2 aku kena caj penggalak penghisap dadah.

X-box : Sekian, wabillahitaufikwalhidayah assalamualaikum warahmatullahhi wabarokatuh..

Wednesday, January 12, 2011

Saudara baru

Hari ni lambat sikit nak update blog pasal sibuk sangat.. langsung tak sempat nak sentuh laptop. Walaupon sibuk tapi aku tetap gembira sebab hari ni dapat pengalaman baru. Pengalaman bersama saudara baru. Tetiba hari ni member aku ajak pergi kat Masjid Negara. Rupa-rupanya tujuan sebenar nak pergi kat pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).ntah betol ke tak namanya Jabatan Agama Wilayah, aku hentam je ni. Yang aku tahu, JAWI la...

Sebab kesana adalah kerana nak jadi saudara baru.. eh, silap.. nak jadi saksi untuk saudara baru. Apa kejadah ntah si member ni suruh aku pulak yang kena jadi saksi. Ahh.. bantai je la.. nanti aku yang kena soal macam-macam, mampus la.. kena di suruhnya aku baca doa qunut ke, baca  niat mandi wajib ke, memang aku lempang la si penyoal tu. tak kira tok imam ke, tok siak ke... yang kau soal aku apehal.. nasib baik dia tak soal.. (-_-;) bukan aku tak reti nak baca semua tu. Islam pe jadah kalu tak reti nak baca. Walaupon aku agak jahil, tapi bab-bab benda wajib ni, wajib kena tahu. dah nama pon wajib...kalu niat mandi wajib pon tak tahu, sah-sah la tak pernah mandi wajib kan? Huh.. mandi wajib tu kadang-kadang setiap minggu pon buat. Jangan pikir karut-karut ye.. aku masih suci!!!

Syukur jugak rasanya ada member tu nak jadi saudara baru.. ustaz siap bagi ceramah dulu sebelum nak ucap kalimah syahadah. Aku skali pon terpaksa la dengar ceramah tu. Pasal Rukun Islam, Rukun Iman... Tapi tak pe la kalu nak dengar berjam-jam pon. benda baik la katakan... dengar je la walau dah tahu.. nak jadi saksi pon payah jugak tau.. kena photostat IC lagi..eh, aku bukan nak berkira sangat stakat nak photostat IC 2 keping.Saje nak bagitau..Si Ustaz yang nak mengislamkan saudara baru tu pon boleh lagi dok bising-bising. Nak suruh tukar nama saudara tu.. Si saudara ni dah pilih nama Islam yang dia nak. tapi si ustaz ni pulak kata nama dia takde makna. nak suruh guna nama yang ada maksud jugak. berkali-kali dia tekan saudara ni. tapi saudara ni tetap berkeras nak guna nama tu jugak. Si ustaz ni pon satu, dah orang pilih nama tu, lantak dia la, asalkan tak bermakna yang buruk sudah. Nama aku pon takde makna.. ada aku kesah???

Habis je urusan kat JAWI, aku terus pergi ke kompleks squash kat UM. main squash dulu.. dah lama tak main.. sekali-sekala lepas gian main squash pon syok jugak. Habis main squash, terus balik mandi.. pastu member aku ajak keluar untuk baiki motor beliau. Aggh.. turut je la.. bila nak balik, hujan pulak turun dengan lebat bagaikan mutiara yang bersinar, berkilau, berkerdipan.. tersangkut la aku kat luar sementara hujan berenti. baru je balik pulak, si member yang lain ajak pergi lepak kat kedai makan. layan lagi... dan aku pon baru balik ke bilik dan dengan pantas membuka blog ni untuk di update.. sekian, cerita untuk hari ini. 

apa hal gambar raket squash kat sini?



p/s : aku rasa ayat aku kali ni macam orang bangang je... bangang tak ayat aku?? ekekekke~

Tuesday, January 11, 2011

Naga tanpa mutiara


Kalau sebut pasal dragon ball, rata-rata manusia pon tahu apakah binatang yang bernama dragon ball  tu.. Dari dulu sampai sekarang, pengaruh Dragon Ball atau terjemahan bahasa melayunya di panggil mutiara naga tak pernah lenyap.  Tapi kali ni aku bukan nak cerita pasal karya Akira Toriyama ni. Aku cuma nak cerita pasal naga. Ye.. binatang yang bernama naga dan boleh menyemburkan api dari mulutnya.Apa yang korang tahu pasal naga? dan percayakah korang bahawa naga itu wujud?

Aku sendiri masih was-was akan kewujudan naga ni. Ye lah, macam mana nak percaya kalu takde sebarang bukti.. dinosour yang hidup berjuta-juta tahun dulu pon ada jugak fosil. bukti kewujudan mereka. tapi naga ni, bulu hidung pon takde, gigi pon takde, fosil lagi la...padahal seratus tahun yang lepas pon ada dengar cerita pasal naga ni. Aku cuma was-was je.bukan tak percaya, dan bukan percaya sangat sebab aku tak tengok sendiri lagi. Dengar kata, pengasas Silat Seni Gayong Malaysia, Dato' Meor Abdul Rahman dilahirkan kembar ngan naga. tapi bukti takde pon. 

Yang membuatkan aku percaya sikit pasal naga ni sebab cerita dari moyang aku. Beliau berkata, (macam surat kabar pulak) semasa bah merah besar yang melanda Tanah Melayu ni dulu, beliau ada nampak macam sekor ular yang sangat besar. matanya merah saga, dan bunyinya mengaum seperti guruh berdentum. Semasa banjir tu, moyang aku kata, dia nampak ular tu berenang dari sungai menuju ke laut. pokok-pokok dan tanah-tanah turut bergerak sebab ditarik oleh badan ular besar tu. Tak tahulah aku dia nak cakap tu naga ke, ular ke, cicak ke.. tapi yang pastinya, takkan moyang aku nak menipu aku pulak kan? dah la cerita tu dia bagitau turun temurun... 

Yang aku pelik lagi, seluruh dunia dikatakan percaya pada cerita dogeng kewujudan naga. Setiap tempat aku kisah masing-masing dari orang tua dulu-dulu. Tapi kenapa naga di cirikan dengan sifat yang tak sama? maksud aku, cuba tengok gambaran naga ditempat kita dan seluruh kawasan asia. Melalui gambaran, orang asia percaya naga tu berupa seperti ular raksasa dan tinggal di dalam air, darat dan udara. Kaki naga pulak ada yang lukis empat, ada yang enam..Bagi omputih dan orang barat, mereka gambarkan naga tu macam biawak dan berleher panjang. ada sayap lagi untuk memudahkan mereka terbang. Naga Asia takde sayap tapi boleh juga terbang. Naga Barat kebanyakannya tinggal di gua kat gunung-gunung dan Asia kebanyakannya di laut.

Hmmm, apa jadah aku cakap pasal naga ni? aku pon tak tahu. takde motif sangat.. Saje nak merapu, meroyan.. Kesimpulannya, aku memang tak percaya Dragon Ball tu wujud.. ehh, aku tak percaya sangat naga tu wujud.. Kalu ada rangka pon ok dah.. baru aku boleh percaya betol-betol.. so, korang macam mana? percaya ke tidak??tepuk dada, tanyalah perut..







Naga Asia












    Naga Barat

Nama je Islam...

Entry ni bertujuan hanyalah untuk meluahkan ketidakpuasan hati aku je sebenarnya.. Di sarankan tak payah baca la entry ni. tapi kalu ada yang nak teruskan pembacaan pon, lantak korang lah.. Kalu tak stim, jangan salahkan aku ye.. aku dah bagi amaran awal-awal..

Pada 6 bulan yang lalu, aku telah kelaparan kerana kehabisan wang ringgit. Wang rupiah aku tak pernah ada, jadi tak pernah habis la.. Dengan nak tak nak, Ayah aku yang bertanggungjawab untuk menyara aku telah memasukkan sedikit wang beliau ke akaun bank aku. Apa yang mendukacitakan, wang tersebut yang berjumlah seratus ringgit malaysia sahaja telah di telan tanpa belas kasihan oleh mesin memakan wang a.k.a mesin cash deposit. Duit dah telan, tapi baki akaun tak bertambah.. maka ayah aku sekali lagi terpaksa memasukkan jumlah wang yang sama.. cubaan kali kedua untuk masukkan duit baru berjaya. Apa kes dengan duit yang kena telan tu? My daddy pon pergi la wat report kat bank tu. diorang kata akan selesaikan masalah tersebut dan wang akan dimasukkan balik ke dalam akaun.

Seminggu kemudian, kawan aku pulak nak pergi mengeluarkan wang sebanyak seratus ringgit malaysia sahaja di atm kat bank.. heran jugak la member ni, duit tak keluar tapi baki dalam akaun pulak dah kena tolak. maka terpaksa la dia keluarkan lagi seratus ringgit malaysia sahaja sebab nak makan punya pasal. pastu dia gi report kat bank tentang kejadian yang menimpa beliau. mereka kata akan selesaikan masalah tu dengan memasukkan balik duit tu dalam akaun. 

Selepas kejadian tu, ayah aku kerap kali berulang ke bank tu sebab duit masih belum masuk-masuk lagi. pihak bank hanya memberi alasan yang sama iaitu wang akan dimasukkan kemudian..Kini, selepas enam bulan, duit tu masih belum-belum masuk lagi.. Dah beberapa kali aku, ayah aku serta member aku pergi menjenguk bank untuk tanyakan masalah tu. tapi masih jugak tak selesai. Heran..member aku pon menerima nasib yang sama. walaupon seratus ringgit tu tak banyak bagi korang yang kaya, tapi jumlah tu amat besar nilainya kepada manusia yang bergelar student macam aku ni..bayangkan kalu seribu sorang yang menerima nasib yang sama macam aku dan member aku ni macam mana? betapa untungnya BANK ISLAM sebab buat senyap je duit orang yang dia telan..nama je ISLAM dan kononnya menggunakan sistem perbankan secara Islam, tapi dok makan duit orang. takkan la pasal duit seciput tu pon nak ambik masa berbulan..Huh!!!


p/s : hari-hari makan megi... kadang-kadang terpaksa menagih simpati sebab nak makan sesuap nasi. :(

Sunday, January 9, 2011

Muka buku

AMARAN!!!! eh... PERHATIAN!!!!  Mark Zuckerberg telah mengumumkan bahawa pesbuk akan di tutup mulai 15 Mac ni... Tak tahu la aku berita ni sahih ke atau sekadar khabar angin sepoi-sepoi bahasa.. Mark Zuckerberg dikatakan tertekan dengan hidup untuk menguruskan pesbuk. Katanya, dia nak kembali kepada kehidupannya yang lama dan normal.. dia mendakwa lagi wang bukan segala-galanya. kononnya nak jadi zuhud ke apa tak tahu la si yahudi sorang ni..Dia dah bagi amaran kepada semua supaya menyimpan segala benda yang ada kat pesbuk seperti gambar porno, video lucah, note dan sebagainya sebelum ia di lupuskan.

Dulu di ura-ura nak buat pesbuk yang berbayar.. tapi rasanya tu hanya gimik atau pon khabar angin je. Tapi yang ni aku tak pasti la. Cuba bayangkan, bagaimana akan jadi kepada pengguna tegar pesbuk lepas ni? mungkinkah mereka akan gila? atau  semua orang akan merusuh untuk membantah tindakan Mark Yahudi tu? Pape pon, suka hati bapak tiri laki jiran mak dia la kalu nak tutup pesbuk corporation.. aku bukannya pengguna tegar sangat. buka pon jarang-jarang je. 

Pada pendapat aku, bagus jugak la kalu pesbuk ni nak tutup. bukan apa, cuba korang tengok orang kita sekarang ni, lagi-lagi yang kerja opis (aku aim kakitangan kerajaan je sebenarnya), masuk je opis pagi-pagi, terus on pesbuk. Segala kerja bertimbun, nak suruh sape yang buat? tukang kebun? Aku pernah kena beberapa kali buat urusan ngan kakitangan kerajaan. Kita pergi jumpa, boleh pulak dia buat bodo dan tak layan kita. tangok muka pon tak... asyik dok ngadap pesbuk je.. main mafia war la, farmville la, poker la, jawab kuiz la... dey!!! lu ingat kerajaan bayar gaji korang untuk main pesbuk ke? haish~ emo sangat pulak dah aku ni. Jadi, kepada korang yang jadi pengguna tegar pesbuk tu, dalam masa sebulan ni, cuba la kurang-kurangkan penggunaan tu. pastu boleh berenti terus bila bulan Mac ni.




p/s : Lepas pesbuk berkubur nanti, agak-agaknya korang nak beralih kepada laman sosial mana pulak? Frenster? Twitter? Tagged? Blog? pandai-pandai la buat pilihan masing-masing... 

Saturday, January 8, 2011

Pelik

Kali ni aku tak nak mengarang panjang-panjang sangat. cuma nak kongsi dengan korang gambar yang aku dapat dari pesbuk ni. Sungguh pelik dan susah nak di jumpai..









Kaki manusia di jual di pasar raya... yucks~ agak-agaknya kanibal mana la yang gi beli. takpon pontianak je kot yang nak beli..eee..seram gila. sampai naik bulu hidung aku tengok gambar ni.







Yang ni best.. megi!!! ekkk... best ke rasa bontot? megi rasa sup bontot..wahahaha..tak sempat nak makan, baru cium bau pon sumpah dah muntah... tapi ada tanda halal la.. ekekeke

Tips mendapatkan idea

Pasti setiap blogger pernah menghadapi masalah untuk mendapatkan idea bagi membuat entry terbaru kan? Mood kita untuk berblog kadang-kadang berkobar-kobar tapi bila nak taip entry, tiba-tiba jadi blank dan blur..tak tahu nak tulis pasal apa. Tambah dengan kesibukan masa, kebanyakan blogger akan meninggalkan blog mereka sehingga bersawang dan berhabuk selagi tak dapat idea..

Dulu aku jarang-jarang je buka blog. masa mula-mula buat blog dulu pon saje-saje sebab ikut kawan-kawan. Nampak macam best je ada blog sendiri. Masa tu agak boring lagi nak berjinak-jinak dengan dunia blog. tapi bila dah lama-lama, rasa selesa la pulak. hari-hari aku berblog.. dan pelbagai cara aku gunakan untuk memastikan blog aku sentiasa di update. ternyata cara aku agak berkesan dan blog dapat di update setiap hari. Aku rasa, sepanjang masa aku serius dalam blog ni, paling lama pon 2 hari aku tak update. tu pon pasal terlalu sibuk dan tak sentuh pon komputer. Kadang-kadang sampai 3,4 entry sehari aku bedal. Macam mana aku nak pastikan blog aku sentiasa di update dan aku tak kering idea?

Perhatikan sekeliling anda
Ok, mula-mula aku perhatikan apa sahaja yang ada di sekeliling aku. tengok apa sahaja yang ada. contohnya macam sekarang, aku nampak ubat gigi. yeah.. aku akan buat entry pasal ubat gigi. cari la maklumat yang berkaitan dengan ubat gigi dengan bantuan encik google atau pon pengalaman sendiri pasal ubat gigi. tapi kalau takde benda menarik di sekeliling?

Baca blog
Baca balik blog korang.. baca entry yang lepas-lepas.. lagi bagus kalau pergi baca blog orang lain. dapat tambah maklumat.. bila kita baca blog orang lain, pasti kita akan bertemu dengan isu semasa yang tengah meletop tak pon entry-entry yang menarik. korang boleh jugak kupas isu yang sama dengan blogger lain dengan menggunakan ayat sendiri. Jangan copy paste ye.. kalu nak copy paste jugak, sila mintak kebenaran dan bagi backlink pada tuan empunya. tapi better korang wat entry sendiri la pasal isu yang best. Tajuk sama takpe dengan blogger lain janji isi lain-lain.Kalu masih tak dapat idea juga teruskan dengan tips seterusnya.

Baca komen
Korang boleh baca komen-komen kat blog korang ataupon blog orang lain. Setiap komen merujuk kepada pendapat blogger masing-masing. Kadang-kadang, ada yang bagi komen sambil memberikan isi berguna. Contohnya korang wat entry pasal Milo itu sedap. pastu ada yang komen bagitau, milo tu banyak kebaikan. So, korang boleh pulak buat entry pasal kebaikan minum milo. hmm, masih tak dapat idea jugak?

Baca Akhbar
Korang baca la akhbar ke, buku ke atau apa sahaja bahan bacaan. Aku paling suka akhbar online. korang boleh baca berita-berita terkini secara online dan cepat. Cari isu-isu yang menarik dan apa yang korang suka dan apa yang korang rasa orang lain suka. contohnya macam kes buang bayi, rogol, ragut.. korang pilih sendiri berita yang macam mana lepas tu buat la ulasan sikit. dah boleh jadi entry. Orang tak kisah jika kita mengulas benda yang sama dengan orang lain dengan syarat, buat ayat kita sendiri.


Tu la cara-cara aku nak dapatkan idea untuk tuliskan entry. harap korang pon boleh buat dengan lebih baik lagi. Mintak-mintak lepas ni aku tak tengok lagi blogger yang tulis entry pasal boring, tak tahu nak tulis apa, kering idea... tapi kalau penulisan korang baik, benda-benda macam tu pon boleh jadi menarik. ahahaha.. selamat berblog....



p/s : Selamat hari jadi buat keeper terbaik Malaysia, Khairul Fahmi..semoga  terus berjaya. Heh.. nama dah sama dengan aku. Nama aku Shareeman Fahmi. Orang Kelate jugok..har..har..har..

Thursday, January 6, 2011

Melatah

Opocot mak kau nenek aku!!! Latah menjadi kebiasaan bagi masyarakat Melayu dan sehingga sekarang orang masih pening kenapa hanya orang Melayu yang melatah? aku sendiri masih di selubungi misteri kenapa hanya orang Melayu yang ada tabiat melatah..ada juga dengar satu puak lagi yang melatah. Afrika ke mana ntah.. aku pon dah lupa. Yang pastinya melatah ni adalah percakapan dan pergerakan yang dibuat secara otomatik bila terkejut. Latah ni bukan dibuat-buat.. Hmm... apakah yang menyebabkan mereka ini melatah? Pakar mempercayai latah adalah satu kebiasaan yang tiada kaitan dengan penyakit tetapi ia di percayai berkait rapat dengan fungsi sistem saraf pusat, psykologi dan sosial. Latah juga di percayai terikat dengan sistem budaya sesuatu masyarakat.


Yang herannya, aku sendiri pon melatah..haish~Walaupon aku tak la teruk sangat kadar latahannya tu, tapi tetap ada... bila pen jatuh pon, boleh terkeluar, Yarkk mung jatuh!!!(loghat kelantan yang bermaksud lebih kurang : eh..eh.. kau jatuh).. kalau dicucuk pinggang pulak, maka akan keluar pulak segala carut-carutan, lucah-kelucahan dan kadang-kadang beristigfar.. mana la nak tahu apa yang nak keluar kat mulut ni.. dah nama pon latah.. kalau dengar bunyi meletup dan bunyian yang kuat pulak, apalagi... mulut terus je keluar "la hau la wala.." sambil buka langkah silat.. 

Paling best tengok orang tua yang melatah.. panjang-panjang lagi tu dia sebut. sampai ada sesetengah tu siap tarik panjang-panjang sampai berpuluh harkat.. Kadang-kadang masyarakat menganggap latah tu sebagai satu hiburan dan akan suka bila tengok orang melatah. Tapi hati-hati, sebab ada juga yang jenis melatah sampai angkat tangan dan kaki.. kalau orang yang melatah tu ada pegang benda-benda tajam dan bahaya, elakkan berada dekat dan jangan sesekali buat orang tu melatah seperti gi cucuk pinggang. 



p/s : cucuk pinggang tu dalam loghat Kelantan di sebut cokek..  'kek' pada suku kata kedua tu perlu disebut dengan sengau.