Bidang perniagaan amat ditekankan dalam agama.. Jika dilihat pada sirah, nabi pun merupakan seorang peniaga. Dengan menjalankan perniagaan, ekonomi kita akan lebih terjamin..Untuk mengukuhkan ekonomi umat Islam, sebab itulah bidang perniagaan ditekankan.. Jika kita perhatikan dalam dunia sekarang, ekonomi dunia telah pun dikawal oleh yahudi melalui bidang perniagaan yang amat meluas oleh mereka.. dan kita yang masih suka menadah tangan akhirnya telah menjadi kuli ditanah sendiri..
Tidak keterlaluan jika aku katakan semua orang kaya di dunia ini menceburi bidang perniagaan.. hanya dengan berniaga sahaja peluang kita untuk menjadi kaya dan mengumpul isi dunia..setakat kerja ngan kerajaan, memang la boleh nak hidup dan beli rumah, kereta melalui loan..tapi kalau nak kaya, memang sampai mati la korang boleh bermimpi..bukan nak menghina tapi itulah hakikatnya..pon begitu, pekerja disektor kerajaan pon masih perlu ada..baru pentadbiran dapat berjalan lancar. Yang aku nak kata hanyalah dunia kapitalis itu kejam.. hanya peniaga yang berjaya akan berdiri diatas..selain mereka, orang lain hanya mampu memejamkan mata.
Cuma beringatlah dalam menjalankan perniagaan..aku masih ingat pesanan dari seorang abang dulu.. kalu nak berniaga, jangan sesekali membuat urusan dengan adik-beradik dan ahli keluarga.. bukan tak ingin berkongsi harta tapi takut jadi perbalahan dihari muka.. bab wang ni, adik-beradik pon sanggup berbunuhan.. dalam berniaga ni, pasti akan tiba satu masa, masalah wang menjadi punca.. hmmm, yang bakal terjadinya, jika perniagaan sesama keluarga, pasti akan membawa bencana.. pergaduhan bermula namun hubungan akan tetap kekal selamanya..ke hulu ke hilir, muka si dia juga yang dijumpa.Jangan fikirkan kemudahan hari ini tapi fikirkanlah kesenangan di hari kemudian...biar berkawan memakan hati, asal keluarga sentiasa bahagia..
Korang pernah tak menipu orang lain? Seperti yang kita ketahui, menipu itu adalah perbuatan salah dan ditegah dalam agama. Mak aku paling pantang jika menipu.. dari kecik mak aku ajar, supaya jangan menipu walaupon dah berbuat kesalahan.. Walaupon kata-kata itu sentiasa tersemat di benakku, tapi aku bukanlah manusia suci dan sempurna.. Kadang-kala, aku masih lagi menipu..
Pernah beberapa kali aku menipu orang lain termasulah kawan-kawan yang baik dengan aku.. walaupon sekadar penipuan kecil, ia tetap menipu. Jika diajak kawan untuk keluar, aku akan memberi alasan sibuk biarpun ketika itu aku malas untuk keluar.. jika ditanyakan pesanan makanan ketika dikedai makan, aku akan berikan alasan kenyang biarpun kelaparan kerana tiada wang..ah..tak habis-habis aku menipu...
Aku juga pernah menipu untuk mengelakkan hubungan yang keruh.. aku menipu untuk mengelakkan perbalahan..aku juga pernah menipu untuk mendamaikan orang...Ahh.. memang aku ni kaki penipu. pesan ibu hanya jadi peringatan tetapi bukan menjadi pedoman dan amalan.Ehh, menipu sunat dibolehkan?? menipu untuk kebaikan adalah dibenarkan? tapi..semua penipuan adalah untuk kebaikan diri si penipu juga.. tipu makruh macam mana pula? dari terus menipu, cara terbaik adalah diam..
Dulu aku selalu tengok member aku dok main game Angry Bird kat HTC desire kepunyaan beliau..tak kira masa, pagi , petang, siang, malam dok main game menatang burung ni.. Apa yang hebat pasal game tu, aku pon tak tahu..tapi bila aku try sendiri main, fuuhhh.. dalam masa 3 hari, aku berjaya habiskan..bayangkan game yang orang dok main berhari-hari lamanya sampai ada yang berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan, tapi aku berjaya menghabiskan semua level dalam masa 3 hari dengan gred 2 dan 3 star..
Nak dapatkan semua 3 star memang haru jugak la..sampai sekarang aku masih berusaha tapi tak berjaya.. game yang bermula dari iPhone ini makin menjadi kegilaan setelah dapat diinstall dalam PC sehingga filem pasal game ni pon dah ada dibuat.. Aku suka game ni pasal burung-burung tu cute je.. sesekali tergelak besar apabila burung tu terlanggar batu. Game pasal burung menyerang babie hijau ni betul-betul mencabar minda walaupon nampak simple..
Kepada kipas susah mati game burung marahkan babie hijau ni, ada berita best sikit aku nak kongsikan..Tetiba aku ternampak iklan dari Nokia ni.. Al-maklumlah, aku kan kipas susah mati Nokia..Nak tahu lebih lanjut, klik kat SINI..
Bila pergi ke rumah orang yang ada anak kecil, aku perhatikan, kebanyakan rumah mereka pasti mempunyai dinding yang mempunyai contengan. Bermacam gambar yang dilukis di dinding termasuklah garisan-garisan yang ntah apa-apa dilakarkan pada dinding rumah. Teringat pulak masa kecik-kecik dulu… aku pon antara kanak-kanak yang suka menconteng dinding rumah. Bermacam jenis lukisan aku hasilkan sehingga menimbulkan kemarahan mak aku..ekekeke
Tak cukup ngan pensil, pen, crayon pon dibantai untuk menghasilkan lukisan aneh tu.. paling tak tahan, akupernah conteng dinding rumah dengan menggunakan abu dari ubat nyamuk yang melingkar tu.. pergh…artistik betul masa kecik-kecik dulu.. ada juga aku menggunakan arang.tapi tu dibahagian dinding luar rumah. Kalu dalam rumah guna arang, agak-agaknya almarhum dah aku kena tibai ngan bapak aku..
Walaupon dunia dah serba moden, tapi anak-anak kecil sekarang pon masih suka menconteng-conteng.. Jadi, kepada yang ada anak kecil tu, harap-harap dapat la sediakan kertas dan pensil yang secukupnya kepada anak-anak supaya mereka dapat menghasilkan karya mereka ditempat yang betul..ekekeke.. tak pon sediakan white board ngan marker pen. Penggunaan white board aku rasa lebih berkesan. Tapi kena la pantau selalu kegiatan anak-anak tu. Kalu tak nak sediakan benda-benda yang dapat digunakan oleh kanak-kanak untuk menconteng, aku sarankan supaya korang sediakan cat yang secukupnya untuk cat balik dinding tu.. Kalu jenama cat, aku hanya syorkan, gunalah Nippon Paint..eh, boleh lagi buat iklan~
gambar dari blog apa ku nak kata, hasil dari aku menggoogle~
Pergh… sejak balik ke kampung, hidup aku penuh dengan keboringan. Dah la aku baru balik dari KL, tup-tup mak ayah aku pulak pergi ke KL sebab nak hantar adik aku masuk matrik. Aduii, dok pulak sorang-sorang kat rumah.. nak ikut depa pon, punggung aku pon belum panas lagi dok kat kampung ni.. lebih memboringkan lagi, internet pulak takde..adehh..kabel telefon kena curi dek pencuri yang rakus dan bangang.maka secara otomatik, aku takleh nak online..
Hari ni nasib baik sebab sepupu aku dari Kota Bharu yang bertugas kat tempat aku kena on call dan datang bermalam kat rumah aku.. dengan muka seposen, aku pon meraih simpati dari beliau untuk meminjam perkhidmatan broadbandnya. Dengan hikmat muka seposen, akhirnya aku berjaya meng’update’ blog..ekekeke.. maaf entry kali ni tiada yang istimewa sebab aku kehilangan idea semenjak ketiadaan internet. Aku Cuma nak meluahkan perasaan gembira sebab dah dapat online sejak dari beberapa hari yang lalu..
Akhirnya sikap addict aku terhadap blog terubat.. ye, memang aku addict gila khinzir ngan blog sekarang ni.. sebenarnya aku bukan addict kepada internet tetapi kepada blog. Begitu juga dengan kebanyakan golongan masyarakat kita.. yang aku perhatikan, ramai yang addict kepada facebook, blog, laman web lucah dan sebagainya.. asal surf internet je, buka menatang benda tu.. hakikatnya masih ramai yang tidak memaksimumkan penggunaan internet. Kita hanya sekadar memerlukan internet untuk membuka facebook semata-mata.. bukan menggunakan internet secara sepenuhnya.. tapi ada sorang member aku yang merangkap designer dan penasihat aku, memang betul-betul hidup dengan internet..segala-galanya adalah internet. Jika tiada internet, mungkin beliau akan gila agaknya.. hmm, teringat ngan falsafah hidupnya, “segalanya berada dihujung jari”…
p/s : tetiba aku teringin nak menjual burger kat kampung. Hmm..masih dalam perancangan..
Teringat masa aku kecik-kecik dulu, aku selalu di arahkan untuk membeli goreng pisang... eh, silap.. pisang goreng..terbiasa dengan panggilan goreng pisang, sedangkan perkataan tu salah dari segi hukum DM dan pengertian sebenarnya..eh, perkataan tu tak salah, tapi penggunaannya yang salah.. goreng pisang ialah satu kata kerja iaitu menggoreng pisang.. manakala pisang goreng adalah kata nama iaitu pisang yang digoreng. ehh..eh.. apa jadah aku mengajar BM ni..ops..opss... berbalik pada tajuk asal, ok..aku gi beli pisang goreng..
Kebiasaannya aku akan membeli lebih kurang 2 ringgit malaysia sahaja.. Pisang goreng RM2 kat kampung aku banyak.. tak macam kat KL ni.. RM2 , makan sorang pon tak cukup.. kat kampung, dah boleh makan satu family... Ada ketika aku membeli Pisang Goreng RM2, aku akan bagi wang sebanyak RM5.. berapakah baki yang aku akan dapat? eh..silap.. termasuk bab matematik pulak.. bila aku bagi RM5, sah-sah la makcik yang jual pisang goreng tu akan memberi aku wang baki sebanyak RM3.. ermm..betul la kan? maaf, aku lemah matematik..yang menariknya, makcik tu akan seluk tangan kat dalam bajunya dan meraba-raba buah dadanya sendiri lepas aku bagi duit tu..lepas agak kepuasan, tup-tup dia keluarkan duit dan bagi kat aku..
Mula-mula tu aku tak paham kenapa dia buat begitu..lepas aku tanya mak aku, barulah aku memahaminya... oooo...rupanya dia bukan nak bagi stim... tapi dia simpan duit dalam tu..pergh... tak payah pakai purse.. simpan dalam coli je.. masa tu, aku betul-betul rasakan cara menyimpan duit itu selamat.. memang takkan kena ragut.. tapi kalu kena rompak, automatik, si penjenayah akan melakukan 2 kesalahan iaitu merompak dan mencabul.. lagi teruk hukuman nanti.. yang bestnya, bila dapat duit baki tu, masih terasa bahang panas-panas kat duit tu seperti hangat-hangat taik ayam gitu...Err..apa yang aku nak cakapkan sebenarnya ni?? ok, aku cuma nak tahu, apakah masih ada perempuan yang simpan duit cara ni? rasanya dah tak nampak dah sekarang makcik jual goreng pisang seluk-seluk kat dadanya.. eh, pompuan sekarang nak simpan macam mana, baju pon tak cukup inci... kalu simpan pon, mesti terjulur duit tu.. siyes aku cakap, cara simpan duit panas tu lebih baik dari korang bimbit purse yang beraneka ragam tu.. nak kena ragut pon senang kalu dok bimbit ni..
p/s : entry ni di taip lebih awal dari tarikh terbitannya.. masa korang baca entry ni, aku sudah pon dalam perjalanan untuk balik ke kampung~
p/s : entry ni merupakan entry terakhir aku...er..entry terakhir aku kat KL.. kalu kat kampung aku dapat internet, insyaallah aku akan update secepat mungkin..
Aku dapat idea ni lepas baca entry di blog Lekat lekit, pasal hantu. Korang percaya tak adanya hantu? Rasa-rasanya bagi mereka yang tak pernah nampak dan terlalu percayakan kajian saintifik, jarang yang nak percaya kewujudan hantu.. Seperti yang di sepakati ramai, hantu itu adalah jelmaan jin dan syaitan untuk memberikan ketakutan kepada manusia dengan bentuk mereka yang hodoh dan melahirkan perasaan ngeri apabila manusia melihatnya.. mereka juga akan mengusik dan memberikan bebanan supaya kita lebih gentar kepada mereka.. tujuannya hanyalah supaya manusia lalai kepada Allah dan lupa bahawa yang perlu ditakutkan sebenarnya hanyalah Allah dan Allah jua lah yang maha berkuasa.
Bagi mereka yang tak pernah di ganggu dan melihat jelmaan tersebut akan berpendapat bahawa jelmaan itu sebenarnya halusinasi bagi mereka yang takut.. apabila terlalu takut, maka wujudlah halusinasi yang membayangi fikirannya..Hmmm... Dulu-dulu, aku pon tak pernah percaya adanya hantu ni.. tapi kini aku terpaksa percaya apabila dah beberapa kali aku terkena gangguan dan nampak kelibat entiti tu... bukan aku nak mempengaruhi korang untuk mempercayai hantu..itu terpulang pada pandangan masing-masing. tapi pengalaman aku melihat benda-benda gini dah terlalu banyak.. masa mula-mula kena, memang kecut jugak sampai berlari-lari.. tapi sekarang, aku dah makin boleh selamba jika melihat benda-benda gitu..
Aku takut ke? aku terlalu percaya benda tahyul ke? seperti yang aku katakan, dulu aku tak percaya ada hantu-hantu ni.. penakutkah aku akan benda-benda ni kalau aku selalu je lepak kat kawasan hutan, di kawasan kubur termasuklah kubur cina yang di atas bukit nuh sorang-sorang diri di waktu tengah malam? Bukan aku nak cakap besar, tapi memang benar bahawa aku selalu lepak kat kubur terutamanya dan biasa sorang-sorang kalu tak tahu nak lepak kat mana.. kubur ngan rumah aku tak jauh pon.. dalam 200 meter gitu je..tapi memang gelap gelita la kawasan tu.. Aku gila ke? mungkin.... itulah yang member-member selalu kata kat aku.. tapi disanalah aku akan tenang.. disana aku akan damai...sampaikan pernah dihalau oleh polis yang lalu meronda.."hoi!! apa jadah ko buat kat tengah kubur malam-malam ni?? buat minyak dagu ke??" ekkk...
Pengalaman melihat benda tu terlalu banyak.. nak cerita kan, memang takkan habis walau sehari semalam.. cuma yang aku nak katakan, mereka itu hanyalah jelmaan jin dan syaitan.. makhluk ghaib itu sememangnya wujud... pasal tu kita kena percaya sebab termasuk dalam rukun iman.. Gangguan mereka takkan kemana pon kalau kita buat tak tahu.. lagi kita takut, lagilah mereka suka sebab kita takutkan mereka, bukan takutkan Allah..Tapi aku paling tak percaya pasal roh orang mati yang merayau-rayau dan menjadi hantu.. sebab dalam Islam dah menjelaskan, bahawa roh orang mati akan berada di alam barzakh dan takkan berada di alam manusia lagi apatah lagi bertukar menjadi hantu atau pon zomba zombie.. Jelmaan yang dikatakan si mati itu hanyalah jelmaan jin dan syaitan yang menyerupai si mati untuk memberikan kengerian kepada manusia..
p/s : kalau rasa takut tu datang, amalkanlah baca Al-fatihah, 3 Qul dan Ayatul kursi.. Insyaallah mereka takkan ganggu kita.
p/s : semasa baca entry ni, jangan sesekali pandang belakang.. hmmm.. apakah yang ada dibelakang anda sekarang?
Kecoh sekarang ni dengan kes simbah asid ke muka para perempuan.. Dekat area aku je ni..bangsar, brieckfield... memang sah lelaki yang buat kerja tu gila.. sehingga hari ni, 23 orang perempuan sudah menjadi mangsanya.. Aku rasa lelaki ni ada masalah mental semenjak di permainankan oleh perempuan kot.. jadi berdendam ngan perempuan sampai sanggup simbah asid ke muka perempuan secara random gitu je...
berhati-hatilah para perempuan di kawasan yang berdekatan ni.. Jangan sampai anda menjadi mangsa seterusnya. Disarankan perempuan yang nak keluar rumah tu sentiasa membawa air mineral kat tangan.. Jika berlaku kecemasan, maka boleh di basuh terus.. dan kalu time haus gila pon boleh diminum terus..maklumlah sekarang ni panas gila kerana monsun barat daya.. Ingat, kalu anda menjadi mangsa simbahan asid, maka terus je basuh muka tu.. Tak payah nak cari paip berdekatan..asalkan air, rembat je.. air sirap bandung ke, air nescafe ke, air longkang ke, air parit yang penuh sampah, tahik, lumpur ke apa.. selam je muka tu..aku tak bergurau ni..memang siyes..
Berdasarkan kes pertama yang berlaku, mangsa dikatakan mencari air paip berdekatan..tapi dah terlambat dan matanya dah jadi buta kekal.. Sebenarnya tak perlu cari air paip..korang dah takde masa untuk tu semua..tapi bila dah panik, apa-apa pon boleh berlaku.. cara terbaik cari je apa-apa air termasuklah air longkang, air kumbahan.. walaupon kotor dan akan di serang penyakit, hospital masih ada untuk membekalkan ubat bagi merawat penyakit tu.. tapi kalu lambat nak dapatkan air, maka mata yang buta dah tak boleh dirawat.. Polis pon dah keluarkan lakaran wajah suspek yang gila tu..kalu ada ternampak mamat dengan muka tu, sila laporkan kepada polis..kalu yakin dia tu suspek, hentak je kepala mamat tu... suspek dipercayai memenang botol air minuman dan menaiki motor EX5 bernombor pendaftaran palsu..
wajah suspek yang gila... kalu jumpa hentam terus..dah la muka buruk, perangai pon buruk!!
p/s : dapat kat aku ni, siap la..siapa tak kenal aku, mail lambung..sekali dapat, terus aku lambung!!
Fuhh..satu hari blog tak boleh dibuka..dan paling sedihnya, entry aku sebelum ni dah ter'remove' dan terpaksa la aku menaip semula..cis..cis...Kecoh aku tengok pengguna blogspot takleh nak buka blog..ekekeke.. OK, aku taip balik entry aku sebelum ni memandangkan idea aku untuk hari ni dah hilang dan tak sempat nak draf.. Dalam dunia yang serba canggih ni, manusia kerap mengambil kesempatan samada secara baik atau pon tidak.. salah satu cara taik baik ialah membuat seks secara jaraj jauh..
Pasti korang dah sedia maklumkan, masyarakat kita ada yang tak boleh berpisah dari YM, Skype, dan sebagainya yang dapat menghubungkan manusia. Namun ada yang menggunakan kemudahan ini untuk melakukan seks..macam bongok je bunyinya kan? Aku tak tahulah, kenapa bengap sangat sampai nak buat benda alah tu.. masa aku mula-mula dengar pasal ni, aku tak percaya sangat orang nak buat benda-benda bangang tu.. tapi dari pemerhatian aku, seks jarak jauh ni dah semakin menular lebih-lebih lagi dikalangan belia yang muda remaja..ish~
Buka je YM, skype, si lelaki pon memujuk merayu agar si perempuan buka baju bagai.. si perempuan yang bodoh tu pon bukak la, kononnya nak tunjuk tetek pejalnya..sekali lelaki tu record aksi tu, pastu sebar kat internet, baru padan ngan muka.. baru nak nangis bila muka mak bapak penuh dengan arang.. tapi ada jugak kes yang berlaku tu, terbalik jantinanya..si perempuan yang nak tengok tetek lelaki pon ada..haish~ Paling tak tahan, yang wat phone sex..adoi la... kalu yang 3G tu, lebih kurang YM la jugak, tapi yang buat panggilan bernafsu tu yang tak boleh blah.. si perempuan buat suara merenggek..ah..uh..ah...uh.... si lelaki pulak melakukan peng'onani'an dengan bermodalkan suara perempuan tu..
Hmmm..apakah ayat menyumpah yang aku patut berikan lagi.. kalau korang turut jijik ngan perbuatan gitu, korang boleh menolong aku untuk menyumpah dengan ayat-ayat yang bersesuaian..sekian sahaja laporan entry aku untuk hari ni..akhir kata, selamat menyumpah....
2,3 hari ni gempar kat Malaysia pasal berita dari Utusan Malaysia yang gembar-gemburkan isu pasal agama kristian nak dijadikan agama rasmi Negara.Laporan berita tu pulak dipetik hanya dari 2 buah blog yang mengeluarkan isu berkenaan. Hmm..bagi aku, perlu ke Akhbar arus perdana mengeluarkan isu yang hanya bersumberkan penulisan blog?Blog itu mampu ditulis oleh sesiapa dengan menggunakan akal yang cetek.Pengisian dari blog tak semestinya betul. Hmmm..apakah suatu hari nanti, blog cikai aku ni pon boleh jadi sumber rujukan untuk mentadbir Negara, mendapatkan hukum-hakam agama dan keluar di dada-dada akhbar utama?Cis..blog aku ni pon di tulis hanya dengan menggunakanakal dangkal aku. Takkan la orang nak terima..
Bagi aku, isu tu tak perlu diperbesarkan lebih-lebih lagi tiada bukti dikalangan penganut dan paderi dari kristian nak berbuat demikian. Lagipon, kalu difikir dalam-dalam, Agama Islam sebagai agama rasmi itu sudah termaktub dalam perlembagaan. Mengikut Perlembagaan Malaysia, Agama Islam adalah agama rasmi persekutuan (Sabah dan Sarawak tidak termasuk dalam Persekutuan) dan agama lain bebas diamalkan tetapi tidak boleh di sebarkan. Masih ingat Ayah Pin? Dia diburu bukan sebab ajaran sesat tetapi kerana menyebarkan ajaran tu. Benda yang ada dalam perlembagaan tak boleh diubah melainkan mendapat sokongan 2/3 ahli dewan di parlimen. Perkara ni agak mustahil berlaku selagi para Pemimpin Melayu bersatu dan ‘masih’ melayu serta ‘masih’ Islam.
Benda dah tak boleh ubah, kenapa perlu jugak nak di bising-bisingkan sampai nak bergaduh dan nak membakor sana-sini? Kenapa tak bising pasal benda yang boleh di ubah? Harga gula naik.. harga minyak pon naik, harga barang lain pon akan naik.. kenapa isu tu tak pula di besar-besarkan? Atau ada apa-apa rancangan disebalik semua tu? Bukan aku nak menyalahkan atau menuduh sesiapa termasuklah pihak kerajaan. Tapi agak-agak la kalau nak melenting pon.. biar benda yang berasas.. Inilah sikap orang melayu dan Islam.. sebut pasal bangsa sikit melenting, sebut pasal agama sikit, melenting… cuba fikir rasionalnya nak buat semua tu. Buat perdana menteri, Dato seri Najib, tolong lah juga faham keadaan rakyat dibawah ni.. Jangan sesuka hati menaikkan harga barang untuk keselesaan orang diatas.20 sen untuk harga gula tu tak banyak. Tapi fikirkan kesannya pula. Harga makanan akan naik, harga air akan naik..harga gula naik 20sen, tapi harga barang lain akan dinaikkan 10sen paling kurang setiap satu. Dua puluh kali dah 2 ringgit. Kalau seratus kali? Kalau seribu kali? Bukan semua orang bernasib baik dan mempunyai wang yang bertimbun..
p/s : pilihanraya makin dekat dah.. rakyat kini bijak dah dalam memilih.. kalau dah selalu harga naik, hmmm….
Setiap perbuatan kita pasti dimulakan dengan niat.. Niat kita tu akan menjadi perangsang untuk kita menunaikan perbuatan kita.. Tapi setiap niat kadang-kadang tak selari dengan perbuatan.. ada yang niat baik, tapi menggunakan cara tak berapa elok..ada yang niat buruk, tapi perkara yang dilakukan itu bagus.. Cuma kena ingat, niat kita hanya Tuhan saja yang tahu..perbuatan kita pula orang yang akan menilainya..
Andai kita nita baik sekali pon, tetapi jika pelaksanaan kita itu bercanggah dengan norma kehidupan manusia, kita tetap akan dianggap salah. Aku perhatikan diri aku sendiri... kebanyakan perbuatan aku sering dianggap tak elok dan tak bersesuiaan..tapi aku suka cara aku.. Mak aku selalu marahkan aku.. bila si suruh menyapu, potong rumput, kemas rumah..selalunya aku buat donno je.. itu sikap aku..tapi semua itu aku akan lakukan bila takde orang.. aku tak suka buat-buat kerja depan khalayak..Niat untuk membuat kerja-kerja tu memang ada, tapi bukan di depan orang..
Pernah terjadi dulu, sorang lecturer marahkan aku sebab datang lewat untuk test kerana tertido.. katanya berbunyi, "awak ada potensi untuk berjaya..tapi itu semua tak kemana kalu malas. asyik tido je memanjang".. mungkin juga silap aku kerana tertido.. member aku yang senasib ngan aku pulak ada bagitau.. "kita ni bukannya malas..tapi terlampau rajin..malam-malam, orang tido tapi kita sangap nak study..siang hari mula la mengantuk".. Niat tu memang untuk study dan mendapatkan ilmu.. tapi bila perbuatan dah tak dapat diterima oleh orang lain, maka akan dikatakan pemalas pula... Satu hal lagi, aku suka membaca apa saja yang aku minat.. aku takkan baca apa yang aku tak suka walaupon benda tu nak masuk exam.. besok nak exam geografi, malam ni boleh pulak membaca pasal sejarah.. apa kebengongnya.... bagi aku yang penting itu ilmu.. setakat result exam, bukan boleh jadi panduan hidup..
Dalam blog ni pon sama jugak... aku suka menulis pasal kutuk-kutuk orang.. memperlekehkan orang.. nak menunjuk baik, berlagak alim dan sebagainya.. Dengan ayat yang memanaskan punggung dan ayat-ayat tak senonoh tu, aku nak orang-orang yang terasa tu berubah.. kalu kita cakap elok-elok, hanya masuk mata kanan, keluar mata kiri la.. Kalu diberi pedas-pedas tu, baru la orang tu akan berfikir skit..tu niat aku..tapi ada orang yang baca blog aku akan kata aku ni celupar.. cakap ikut suka hati.. otak tak senonoh.. Hmmm..aku masih punya otak untuk bezakan baik buruk.. Aku bukan orang yang suka melaung-laung tak tentu pasal..Jadi kalu korang taknak orang kutuk korang, buatlah perbuatan yang baik.. jangan stakat niat je kerana itu belum mencukupi..Jangan jadi macam aku.. Niat baik sekalipon, orang akan salah tafsir dengan perbuatan kita nanti...
Rasa-rasanya dah agak lama jugak aku tak menjejakkan kaki ke Mid Valley. Agaknya lebih 2 bulan dah kot.. Tadi aku gi la ke Mid..sungguh teruja naik tangga bergerak kat sana sebab aku ni jakun.. aku suka gi Mid sebab boleh naik tangga bergerak tu..kat rumah aku takde.. rumah aku ada satu anak tangga je.. aku rasa orang panggil tangga tu eskalator.. Kalu aku salah eja, jangan marah aku sebab aku ni jakun..ekekeke..
Tengah aku syok dok naik tangga bergerak tu kat tinggat 2, ada la sepasang kekasih berketurunan cina la kot depan aku.. pakaian perempuan tu toksah cakap la..mini skirt..tapi nama pon dah cina, takpe la..hmmm..penegasan disini, aku cuma tengok sekali je ye.. dan cuma sekali imbas je.. yang aku tak tahan tu, boleh lagi diorang dok comolot atas tangga bergerak tu.. Uiishh..yang tu memang aku tak tahan..rasa nak lempang je depa tu.. ke atas tangga bergerak tu bukan di iktiraf sebagai kawasan awam? aku ke yang salah sebab dok belakang diorang?
Lepas je sampai ke tingkat paling atas, aku tengok pulak sepasang kekasih jugak la kot..tapi kali ni melayu.. perempuan memakai pakaian penuh menutup badan dan kaki tapi aku rasa baju tu macam adik dia yang sekolah rendah punya.. Pasal pakaian tu malas la nak kata sangat sebab orang lain disekeliling pon ramai yang pakai gitu..tapi boleh pulak pasangan tu dok berpeluk-peluk kat tangga bergerak.. Kali ni diorang tak la comolot macam pasangan cina tu..tapi tanpa mempunyai kemaluan, yang perempuan tu boleh pulak kiss pipi si lelaki.. ish~ fikiran aku memang dah anggap tangga bergerak tu bukan kawasan awam. 2 kes dalam 1 masa berlaku depan mata aku..argghh!!! sungguh sakit hati dan mata aku memandang mereka..tak syok dah la nak main tangga bergerak lepas ni..
p/s : masa jalan-jalan kat Mid tu pon aku ada nampak peserta Maharaja lawak iaitu salah sorang ahli kumpulan balas yang lucah tu..dia jalan ngan awek. tapi aku kompiuss... awek dia tu melayu ke cina.. muka sebijik cina dan pakaian pon memang tak macam orang melayu..senang cakap pakai mini skirt..
Ucapan Terima Kasih ialah satu tanda penghargaan kepada orang yang memberikan bantuan kepada kita. Mak aku selalu marah kalu aku tak reti nak ucapkan terima kasih kepada orang.. Orang bagi air ke, orang hidang makanan ke, orang bagi pinjam benda ke, orang bagi duit ke cubalah ringankan mulut untuk ucapkan terima kasih.
Sesungguhnya, apa yang aku perhatikan selama ni, masyarakat kita amat susah untuk mengucapkan kalimah pendek tu. Bak kata mak aku, ada emas ke dalam tengkuk tu sampai tak boleh nak keluar suara untuk ucapkan terima kasih?? takut sayang emas tu keluar.. tapi kalu betul-betul ada emas dalam tengkuk, setiap masa aku akan ucapkan terima kasih.. kaya la aku kalu emas selalu keluar..boleh digadai dan dijual.. Tapi sedarlah, manusia yang suka berterima kasih tu sebenarnya amat kaya. tak perlu jual emas yang keluar dari tengkuk..Kayanya tidak ternilai..
Masalah orang kita, aku tak tahulah sama ada memang tak suka berterima kasih, atau pon malu nak berterima kasih, atau pon ego, atau tak reti nak ucap terima kasih.. Fikirkan jika kita sebagai orang yang mendapat ayat terima kasih tu.. alangkah sejuknya hati mendengar. terasa bantuan atau kerja kita tu dihargai.. Apa yang korang rasa kalu korang dah susah-susah tolong orang, tapi orang tu buat derkkk je.. kadang-kadang sakit hati jugakkan? kita dah berpenat-lelah untuk depa, tapi depa tak hargai pon.. jadi kalu korang nak orang berterima kasih pada kita, kita dulu la yang selalu ringankan mulut berterima kasih kat orang. Sesungguhnya perkataan Terima Kasih itu adalah penghargaan yang lebih bernilai dari balasan wang ringgit.. Terima Kasih kepada korang semua, kerana sudi singgah sini sambil membuang masa dok baca entry aku..
p/s : aku cuma pelik, kenapa kalu orang ucap 'terima kasih', kita perlu jawab 'sama-sama' ... kenapa tak jawab 'kasihmu diterima'?
p/s : aku rasa, perkataan sama-sama tu bermaksud terima kasih kembali kot.. mungkin yg sebenarnya "samalah" atau "sama...sama...''..menunjukkan memberi balik kasih yang diterima dari orang tu..
Apa benda yang 3 kali dalam sehari tu?? makan nasi 3 kali sehari? bukan.. keluar dating 3 kali? pon bukan.... berjimak 3 kali sehari?? lagi la bukan.. aku suci lagi, ok!!! Sebenarnya aku cuma nak bagitau hari ni aku mendapat 3 kegembiraan..hahahaha..
Mula-mula ibu ku yang penyayang telah call... katanya duit dah bank in..fuhh~ alhamdulillah..tahu jugak anaknya tengah kekeringan poket sekarang ni..ekekeke.. beliau siap bagi ayat tambahan lagi, "kalu tak cukup, bagitau la. nanti mama tambah lagi.." ekkk??? nanti la kot.. nak beli tiket untuk balik nanti, aku mintak la lagi.. So, kegembiraan yang pertama ialah duit dah ada..boleh la aku makan nasi nanti..selama ni makan megi je hari-hari..(nampak beno menipunya)..
Kegembiraan yang kedua pulak, hari ni aku dah habis exam..yeahh..merdeka!!! merdeka!!! harap-harap, ni last paper dah aku kat UM. mintak-mintak la lulus dengan jayanya~ kepada encik lecturer, jangan la bagi aku peluang untuk repeat paper..kang aku mengamuk nanti , jadi doraemon...eh, jadi incredible hulk.. Dan kegembiraan yang ketiga ialah aku dapat email invitation dari Nuffnang untuk PremiereScreening ofPirates of the Caribbean: On Stranger Tides..huhuhu..akhirnya dapat jugak hasil dari aku wat entry dulu.. dah la yang filem season of the witch dulu aku dapat tapi tak pergi..rugi je..kali ni aku tak nak terlepas dah..
Aku masih terpikir sekarang ni..Nuffnang bagi tiket sepasang.. jadi aku nak pergi ngan siapa? awek pon belum ada lagi.. member pon semua sibuk dan ada yang dah balik kampung.. ish~ tak syok la kalu gi tengok sorang-sorang..hmmmm, ke ada sesiapa nak temankan aku gi tengok Pirate of the Caribbean nanti? cepat angkat tangan..err..syaratnya mesti perempuan..lelaki aku tak mau!! nanti dok raba-raba..aku anti gay, okeh!!! Kalu perempuan, nak gatal-gatal pon tak pe..sedap digaru..ekekeke, meroyan dah aku ni.. Haaa, ada lagi satu kegembiraan sebenarnya.. Hari ni aku belum tido lagi.. mengantuk gila dah ni. errr... mengantuk pon kira gembira jugak ke?
Hmm..tajuk bikin gempak..ayat aku tu masih tergantung sebenarnya.. Entry ni bersifat umum, sesuai dibaca oleh suami isteri dan anak-anak khususnya kepada yang berumur 7 tahun dan keatas. Bawah 7 tahun pon boleh baca kalu dah pandai membaca.. tapi budak-budak kecik mana la nak baca blog.. baik tengok Doraemon atau Teletubies.. Kali ni aku cuma nak cakap pasal sifat manusia.. ye, manusia punyai sifat yang tak pernah puas.
Andai diberikan segunung emas pon, anak adam itu takkan pernah rasa cukup.. jika ditawarkan segunung lagi emas, pasti akan diambilnya.. Manusia punyai sifat tamak yang semulajadi.. diberi betis, pasti mahukan peha.. jika ditanya, mulut pasti akan berkata ia memadai..tapi disudut kecil hatinya, masih berniat ingin membolot kesemuanya.. Rasanya, seisi dunia pun takkan memuaskan perasaan manusia ni..
Diberikan rahmat cahaya mentari, maka merungutlah manusia kerana bahang kepanasan.. Jika diberikan rezeki air dari langit, bersusah hati pula kerana terbatas pergerakan dan menyukarkan kehidupan harian. Manusia itu tak pernah puas..diberi panas, maka mereka ingin memilih sejuk.. diberi kesejukan, mereka pilih pula untuk panas..kerana keinginan yang tak pernah memahami erti kepuasan, manusia lupa akan urusan Tuhan.. Manusia cuba mengingkari perancangan dari yang Maha mengawalnya.
Si miskin sering bermimpi untuk menjadi kaya.. Si kaya pula sering bermimpi untuk menjadi lebih kaya.. Si lebih kaya pula merancang untuk lebih lebih kaya.. Bila dah lebih kaya, maka makin sukar pula hatinya untuk menderma..jika menderma, makin kuranglah kekayaannya.. itulah hakikat drama dunia manusia..
Pasti semua orang mempunyai Ibu..cuma mungkin ada yang sudah kehilangan..Sempena hari ibu hari ni, ingin aku lakarkan penghargaan buat insan yang amat penting dalam hidup manusia ini... Ada yang panggil ibu, ada juga yang memanggil mama.. sesetengah Insan memanggil mereka ummi..bermacam panggilan ditujukan.. namun maknanya hanya satu.. orang yang mengandungkan, melahirkan dan membesarkan kita dengan penuh ilmu dan kasih sayang.
Terimbau kembali memori tatkala aku masih kecil dulu.. Bila Mama marah, habis semua orang akan di leterinya.. Kalu sorang je yang buat silap, maka habislah satu rumah yang jadi mangsa kemarahan mama. Setiap orang akan kena aim dengan leterannya.. pendek kata, sekali dah berleter maka 18jam nanti la baru berhenti..Ish, benda yang tak berkaitan pon boleh jadi modal untuk beliau berleter...yang pastinya, setiap kali mama berleter, setiap orang dalam rumah akan dipersalahkan..
Masa aku kecik dulu, kata Mama, akulah anaknya yang paling pelik dan tak boleh nak marah lebih-lebih kat aku..ekekeke... Kalu abang-abang aku dulu, nakal sikit je, terus makan kepala tali pinggang, hanger, dan sebagainya~ bila dah kena balun tu, konpem la nangis.. tapi kalu nangis, makin la kuat kena tibai.. terus senyap la..takut dah kena tibai lagi..tapi aku pulak, sekali mama tibai, aku terus nangis..makin ditibai, makin kuatlah aku menangis.. maka mama mengambil jalan untuk memujuk pulak..setiap kali nangis, mesti aku akan dipujuk walaupon aku buat salah..hahaha..
*Abang aku...
Aku makin besar kepala sebab selalu dipujuk.. ;p
Paling buat aku sayangkan Mama ialah sebab dia tak pernah menghampakan harapan aku.. setiap kali aku mintak nak apa-apa, mesti akan dapat.. nak mintak makan apa pon, pasti dia masakkan.. alangkah bahagianya hidup ni.. Aku tak perlukan jin aladin untuk menunaikan impian aku..cukuplah aku ada Mama...uhh..tetiba teringin nak makan Nasi Dagang nih...Mama....nak balik!!!
Sungguh besar jasa Mama dalam mendidik aku menjadi manusia..Dia yang mengandungkan aku, dia yang menyusukan aku, dia juga yang membesarkan aku, dialah yang mengajar aku kisah-kisah nabi, mengajar aku mengaji Al-Quran, ajar aku sembahyang.. Kalu takde Mama, mungkin aku takkan kenal apa itu alif ba ta.. Hmm..teringat time dulu-dulu..lepas sembahyang Maghrib, kena mengaji Al-Quran.. habis mengaji, Mama akan bercerita pasal kisah-kisah nabi.. Part tu yang paling aku suka sepanjang hidup aku didunia ini..
Kini aku dah pon besar panjang.. dah hampir 25 tahun Mama membesarkan aku tapi kasih sayang Mama tetap macam dulu.. Kecantikannya masih jelas terlekat pada rupanya..cuma raut tua itu semakin berkedut berbanding dulu.. Mama kini sudah pon mendapat gelaran baru semenjak Abah mendapat gelaran Datuk.. maka Mama pon terpaksa menggunakan gelaran Nenek.. Haish..sudah bercucu pon Mama aku dan aku pon dah ada anak buah.. Err..anak sendiri lama lagi kot..kawen pon belum aku ni..
*Dah dapat sorang anak buah.. nanti mungkin yang ke-2 akan menyusul~ ekekeke
Pape pon, terima kasih Mama kerana dah membentuk aku sebagai manusia.. Terima kasih kerana mengajar aku erti hidup di dunia.. SELAMAT HARI IBU BUAT MAMA..eh, aku panggil Mama la.. SELAMAT HARI MAMA BUAT MAMAKU.. Nanti minggu depan Man balik, nak makan Nasi Dagang.. Mama buatkan ye~ ekeke.. Hmm..tiba-tiba teringat lagu dikir barat dari Halim Yazid yang bertajuk Pesan Mak.. mentang-mentang la dok jauh diperantauan ni..
Rasanya, boleh dikatakan semua dari kita pernah main game kan? lebih-lebih lagi budak-budak lelaki.. Tapi tahukah korang dalam banyak-banyak game yang kita dok main tu, ada sesetengahnya berunsur menghina Islam dan cuba menjatuhkan Islam secara sulit. Yang mengejutkan, kebanyakannya adalah game yang femes dan menjadi kegilaan kita. Game apa yang menghina Islam?
1. Devil May Cry 3
Antara game yang pernah menjadi peberet aku..ciss.. game pasal penentang syaitan yang perlu melalui 12 pintu sebelum bertemu penghulu syaitan di pintu terakhir dan setiap pintunya ada memaparkan kalimah Allah.. Pintu terakhir tu pula dibuat menyamai pintu kaabah dan kononnya pintu penghubung diantara dunia syaitan dengan dunia nyata.
Pintu itu akan dibuka oleh sorang pengamal ilmu hitam dengan membaca ayat yang bila diterjemahkan berbunyi seperti "wahai pintu yang menghubungkan kegelapan"...dan seterusnya membaca ayat di dalam kitab yang dipegangnya. Ayat yang berbunyi "Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan Envy" yang disebut itu dipercayai 7 ayat kemusnahan yang terdapat didalam bible.
*lihat betul-betul pintu
*pintu Kaabah
2.Clive Barker Undying
Aku tak pernah main game ni. Permainan mengenai perlawanan dengan syaitan ni menggambarkan istana yang diduduki oleh syaitan-syaitan tu penuh dengan kalimah Allah. Maknanya orang yang menyembah Allah itu adalah sekutu kepada syaitan.
*nampak jelaskan tulisan tu?
3. Prince Of Persia
Antara game yang cukup femes..Kalu di perhatikan, pedang pada watak tu ada tertera tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang bermaksud "Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat". Amat jelas ayat tu adalah sabda dari Rasulullah saw..
Ayat dengan maksud tersebut yang tertera dipedang adalah untuk menunjukkan Islam itu disebarkan melalui mata pedang.. Mereka ingin menunjukkan betapa Islam itu memaksa orang lain untuk memeluk agama Islam sewaktu penyebarannya dulu..
4.Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes
Dalam game yang teramat femes ni, semasa first stage memerlukan kita menembak askar pengganas yang kononnya Islam.. bila kena tembak mereka akan menjerit "Allahuakhbar" dan "Jihad"... Kononnya umat Islam itu terrorist..
5. Zack And Wikki
Aku tak tahu pon game ni pasal apa..tak pernah dengar pon selama ni.. tapi korang boleh tengok video dari sedutan game ni..cuba dengar baik-baik..pada minit ke 0:20 dan 0:44, korang boleh dengar laungan yang berbunyi "Allahuakhbar"...
6. Stronghold Crusader
Permainan dengan watak crusader yang menentang musuhnya..Game ni sebenarnya pasal perang salib..so paham-paham la apa yang berlaku semasa perang salib dan siapa yang dikatakan pihak musuh..
7. Guitar Hero 3 Legends Of Rock
Pasal game ni aku tak berapa pasti.. Kalu dilihat pada screenshot, ada yang kata mereka dok pijak kalimah Allah.. dan memang ada unsur penghinaan..tapi ada jugak yang kata mungkin itu kebetulan dengan lambang virgo yang nampak secara terbalik 180 darjah..
Lambang virgo:
dan kalau diterbalikkan 180 darjah akan jadi macam ni :
Bagi pendapat aku sendiri, aku mengatakan tu adalah lambang virgo. Alasan paling ringkas aku bagi ialah tulisan tu tak jelas menunjukkan kalimah Allah dan takde huruf Aliff di pangkalnya. Sebab lain aku katakan tu lambang virgo ialah, cuba tengok kat kaki mamat sorang lagi yang pakai topi tu.. tu adalah lambang taurus.
lambang taurus :
Terserah kepada korang untuk membuat penilaian masing-masing...
8.Resident Evil 4
Juga antara game yang femes gila-gila..Game yang mengisahkan tentang virus yang bahaya dan zomba zombie kampung pisang serta misi untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh geng Los Illuminados.. Tentu korang tahu pasal Illuminati kan? Tengok gambar lambang illuminati ni...
*Lambang Illuminati pada loket
*babak dalam game
*zoom kat pintu tu... Apakah korang pernah tengok pintu ni?
*Apakah bezanya pintu itu dengan pintu Omar bin Khattab, di Masjid Nabawi, Madinah?
Hmm..sama je kan? yang beza sikit je kat lambang tengah tu.. tulisan kat tengah tu telah dimasukkan dengan lambang illuminati.. tu je~
perbezaan pintu sebenar dengan pintu dalam game...
Sungguh halus perancangan Yahudi untuk menghaspus dan menghina Islam bahkan dalam game pon ada diterapkan..sebenarnya masih banyak game lain yang turut mempunyai unsur sebegini.. tu belum sentuh bab movie, iklan video, video klip lagu dan sebagainya.. Pesan aku, berhati-hatilah dengan permainan Yahudi ni.. tanpa kita sedar sebenarnya kita dah semakin hanyut mengikut rentak yang dirancang oleh yahudi sejak bertahun-tahun lamanya...Percayalah, kita sekarang ni sedang menari mengikut rentak dendangan yahudi.. bila tiba masanya mereka akan melanyak kita secukupnya. Kemajuan yang kita kecap hari ni juga adalah agenda mereka.. Kemajuan memerlukan kemewahan.. kemewahan menjadikan kita lalai. kelalaian akan membuka ruang untuk mereka menyembelih mangsanya..
Ingat nih, kalu korang ada game-game gini, baik uninstall je.. jika ada CD, buangkan atau berikan kepada JAIS atau badan-badan agama yang berkaitan..Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.
Minta maaf..entry untuk kesekian kali ni pon masih bercakap pasal perempuan. Aku tak nak tulis dah sebenarnya pasal perempuan untuk jangka masa terdekat ni. tapi terpaksa jugak tulis lepas baca paper kosmo tadi dan blog Bro Framestone. Korang salahkan Bro Framestone la sebab dia yang mintak share entry ni.. ekekeke..aku janji minggu ni takde dah entry pasal perempuan.. minggu depan aku tak leh janji lagi..
Aku agak tak terkejut tapi sangat tertarik dengan berita hari ni.. Sorang gadis berusia 21 tahun dari Amsterdam yang lelong daranya kat Internet dengan harga 50,000 euro (RM218,062). Apa kebangangnya jual dara.. oh perempuan, kenapa mudah sangat korang buat benda bodoh gini hanya kerana duit.. Kerana duit jugak perempuan jadi pelacur.. Seperti kata Bro Framestone, dara anak gadis melayu lagi murah.. hanya berharga dengan top up telefon. benda gini memang terjadi dan aku sendiri pernah jumpa ngan budak perempuan gini. yang lagi teruk, dara mereka ni dapat dirampas hanya bermodalkan air liur oleh sesetengah lelaki.
Ada perempuan yang melenting kalu aku kutuk-kutuk perempuan gini bodoh.. kenapa harus melenting kalu korang tak buat macam tu? Aku hanya katakan kepada mereka yang bodoh tu je.. bukan semua perempuan. Ada yang kata lelaki pon sama je.. kalu takde permintaan takkan ada penawaran..memang betul pasal tu. tapi pikirkanlah balik, orang lelaki yang menjadi pelanggan, yang membuat permintaan tu takkan rugi pape pon.. habis duit pon, jantan hidung belang ni tetap puas hati dengan hasil yang dia dapat. duit boleh di cari lagi..tapi adakah dara perempuan tu dapat dicari balik? apakah dara tu dapat diganti balik? Jelaskan siapa yang bodoh?
Kerana alasan sayang, perempuan sanggup serahkan hati dan bodi kepada lelaki yang takde apa-apa ikatan dengannya melainkan gelaran boipren.. Kerana tak ingin ditinggalkan kekasih, perempuan tu serahkan daranya.. Kan jelas perempuan gini memang bodoh, bangang.. Kalu korang betul-betul sayang kat lelaki tu, maka jagalah dara korang tu untuknya sehingga korang di ijabkabulkan.. tu lah hadiah paling bermakna buat lelaki.. Kalu dah serahkan awal-awal lagi, nanti kemungkinan besar lelaki tu memang akan tinggalkan korang. Alasannya korang dah tak suci.. dah takde dara, buat apa nak buat bini.. Dara tu yang paling penting bagi lelaki semasa malam pertama..Tanyalah lelaki mana pon, mesti kalu boleh nak dapatkan yang dara dan yang sopan untuk buat isteri.. Kalu belum kawen lagi dah takde dara, maka korang mesti bersedia untuk menjadi ANTAKDARTU.. Anak takde dara tua..kemungkinan la..Jodoh tu urusan Allah.. Kalu ada lelaki yang sanggup terima, nasib koranglah. Kalu tak, memang lelaki akan pandang sebelah mata je la..
seyes aku cakap, para perempuan, jagalah dara korang.. anggaplah dara tu hadiah dari korang untuk suami. Jangan biar lelaki lain merampasnya kalu korang taknak kena cerai hari kedua perkahwinan... Kepada yang dah terlanjur tu, bertaubatlah segera..aku yakin, antara korang ni pernah terlanjur.. Mohonlah keampunan-Nya.. Kalu kita ingat kepada Tuhan, pasti Tuhan akan ingat pada kita..Semoga jodoh yang ditentukan oleh-Nya nanti terbaik buat kita..
Ahh...entry nak hentam perempuan lagi~ otak aku memang selalu pikirkan perempuan kot sebab aku takde awek lagi..hahaha. Tapi aku betul-betul ikhlas menghentam sebab nak nasihat ni..(-_-;) Satu lagi trend perempuan sekarang ni yang aku tak suka ialah berposing dan ambik gambar dengan lidah terjelir..Ishh, tak senonoh betul..
Siyes memang aku rasa nak lempang je muka perempuan yang suka ambik gambar sambil jelir lidah.. kenapa perempuan suka jelir time nak ambik gambar? cantik?? unik?? cun?? stylo? haramjadah!!! Bagi aku perbuatan tu amat sangat sungguh teramat kurang sopan lebih-lebih lagi bila membuatnya ialah gadis melayu yang kononnya tersohor dengan lemah lembut dan sopan santun. Gambar gitu sopan ke? aku rasa gambar korek hidung lagi sopan kot..
Tak boleh ke kalu ambik gambar tu just senyum je... tersengih ke.. berdiri macam tiang bendera ke, peluk tiang telefon ke..Korang terasa ke? memang patut korang terasa kalu pernah buat gitu.. jadi kepada sesiapa yang pernah upload gambar korang dok jelir lidah tu, tak kira la kat pesbuk ke, prenster ke, blog ke, lebih baik korang delete balik.. Kalu tak delete, nanti aku wat video, upload kat redtube..ekkk..redtube tu apa?? (dengan muka berpura tak tahu) kepada yang tak tahu apa tu redtube, jangan sesekali nak try search kat google.. kepada yang dah tahu, pura-pura lah tak tahu macam aku...Hmmm..tapi aku tahulah perangai korang ni..yang orang larang tu lah yang nak dibuatnya..
*cun ke jelir gini?? nampak gersang ada la~
*bertudung, tapi buat sign lucah... gambar kredit to oh! tidak
p/s : Awek gersang pada pandangan aku ialah awek yang suka jelir lidah dan yang suka pakai subang besar..
Baru aku perasan, kebanyakan entry aku selama ni banyak yang hentam orang perempuan je.. mungkin ada di kalangan korang yang tak puas hati.. Lelaki jarang pulak yang kena.. kalu perempuan, itu salah, ini salah..yang tu tak betul, yang ni tak betul.. Yang lelaki pulak hanya pasal gay je..takde dah isu lain..
Ada entry pasal perbezaan perempuan dan betina, perempuan bodoh, perempuan suka bogel, perempuan dikaca mata lelaki dan apa lagi ntah.. kebanyakannya memang pasal aku kutuk perempuan je.. Harap-harap sesiapa yang panas hati tu bersabarlah ye bila baca entry aku.. kalu korang terasa kenyang tu, maknanya korang la yang makan nasi..
Bukan niat aku nak mengutuk sebenarnya.. Aku cuma nak bagi nasihat dan teguran je.. cuma ayat tu kena la kasi pedas sikit.. baru orang akan berpikir.. stakat membebel kosong, nanti masuk mata kanan, keluar mata kiri..eh.. ye kot..sebab bukan korang dengar aku membebel.. kira masuk kat mata la~ Aku marah-marahkan golongan perempuan ni sebab aku sayang.. orang tua kata, marahkan tanda sayang.. kat lelaki aku tak sayang sangat..nanti orang cop aku gay pulak..
Diharap korang tak kesah la kalu kena laser ngan aku tu.. cuba la renung-renungkan kata-kata aku sebelum ni.. Aku paling sedih bila tengok orang perempuan sekarang dah semakin hanyut oleh duniawi.. nak sangat ikut gaya barat..hmm, apakah kemodenan itu di ukur dari tahap kebogelan kita? semakin banyak bogel, semakin majulah kita..gitu ke?? pape pon, kalu ada idea nak hentam, aku akan hentam lagi orang perempuan lepas ni.. aku takkan berhenti dari berdakwah kat golongan perempuan ni.. saje berdakwah guna ayat kasar..kalu selalu guna hadis2, mesti korang taknak baca kan? aku kutuk bukan dengki ngan korang, tapi sebab aku sayang korang..muahhh~
Susulan kejadian yang kononnya Osama Laden mati ditembak di persembunyiannya di Pakistan, Amerika dan Britain kini mula menuding jari dan menuduh Pakistan bersubahat dalam menyembunyikan Osama yang dikatakan pengganas. Sudahlah mayat Osama pun tidak ditunjuk, kemudian dikatakan dilempar ke laut.. Apakah Amerika sekarang semakin bodoh dengan menunjukkan kebodohan tersebut kepada dunia.
Bukankah menjadi suatu kepelikan kerana Osama dikatakan bersembunyi di Pakistan sedangkan orang Pakistan sendiri dikatakan tak pernah berjumpa dengan orang arab disana apatah lagi melihat Osama Laden yang menjadi buruan kuasa dunia.. Tambah memelikkan, tempat persembunyian Osama berdekatan pula dengan akademi tentera Pakistan. Kini, Amerika dan sekutunya Britain mula mendesak Pakistan.. Hmm..Apakah Pakistan pula yang akan menjadi mangsa serangan Amerika selepas ini selepas Iraq, Afghanistan? Pakistan pun Negara umat Islam...Apakah benar perasaan aku ni terhadap permainan Amerika?
Dalam kejadian berasingan, Barrack Hussien Obama pulak dikatakan telah menonton video pembunuhan Osama Laden dikediamannya, White House bersama beberapa pemimpin Amerika yang lain. Err... kalu betul ada video tu, kenapa tak tunjukkan saja kepada dunia? Gambar yang diberi pon memang sah di edit.. Apakah Amerika sudah tiada pakar untuk membuat super impose yang betul-betul nampak real? Stakat gambar bodoh macam tu, aku edit pun lagi cantik...Sama-samalah berdoa agar umat Islam terus selamat dari kegilaan Amerika dan sekutu-sekutunya.. Semoga Pakistan terelak dari menjadi mangsa Amerika yang seterusnya..
Obama dikatakan tengah menonton video pembunuhan Osama. kalu betul ada video, kenapa kamera tak tunjuk kat paparan video tu?? Ke depa dok tengok video dari Datuk T pasal ahli politik 'main' ngan amoi cina?